20151108

Kedua bayang pertama

Assalamualaikum wbt. Ini yang pertama Setiap yang pertama selalu istimewa Bila yang kedua.. kau faham saja Selalu teringat yang pertama Kan? Kadang-kadang kesian yang kedua Sentiasa menjadi bayang-bayang pertama Sampai yang kedua menderita Sedangkan salahnya tiada Selalu terpacul apa lebihnya yang pertama? Kalau sudah terlalu cinta Kenapa masih hendak yang kedua? Bertabahlah yang kedua Semoga tuhan melipat ganda pahala Atas sabar, derita jiwa, air mata..

Cekau dari blog seha yang satu lagi :P

20151016

Calon suami untuk seha

Assalamualaikum wbt.

Bacalah dialog di bawah dengan nada seloroh yang serius. Macam mana? Pandai-pandailah angpa.

Sedang hiris-hiris bawang..
Mak, kakak selalu pergi pejabat mak.. tolong mak potong-potong, hiris-hiris semua.. Mak takde pun nak rekemen (recommend) sesiapa budak bujang dekat pejabat mak. Penat tau..! kekeke..
Hurmm.. kakak ni.. tak ikhlas rupanya tolong mak. 
Taklah,, saja je..hehe.. Kakak dah 23 mak.. Kan ramai budak bujang dekat pejabat mak tu.. M****** ada, N**** ada..  Kenapa mak tak bagitau depa akak pandai masak semua.. HAHAHAHA..
Takkanlah mak nak bagi kakak dekat orang-orang sembarangan. Mak kenal diaorang semua. Kalau dah pukul 3 baru nak solat zohor, ceramah dekat surau pun jarang turun.. tak payah la.. Mak tak tengok lain.. mak tengok solat dia dulu.. 

Suwiittttt kan mak seha? Lepiu <3 p="">Menangis berhuhuhu la seha dekat situ.. dah la tengah potong bawang.. spoil !




Serius sangat ni..

Assalamualaikum wbt.
Beberapa orang , maksud seha kawan pernah meluahkan perasaan dan isi hati. Ya.. pasal suka dekat seseorang. Seha tak tahu nasihat apa yang paling baik. Seha pun bagi nasihat atau bahasa lebih islamik 'taujihat'. Blerghh ! *muntahungu* berdasarkan pengalaman, kisah hidup sendiri. Sebab mungkin membantu.. kot? Haha. Tak tahu la. Ikut orang la. Nasihat seha tu lebih kurang macam ni :

Lebih baik berani melamar, 
daripada menyimpan rindu dalam diam.


Lebih terhormat ditolak, 
daripada hidup dalam ketidakpastian dan angan-angan.


Lebih tenang mengungkapkan, 
daripada membisu saat ia akhirnya dilamar orang.

Kedatanganmu menunjukkan keseriusanmu.
Cinta itu butuh bukti. Komitmenmu menunjukkan cintamu. Lamaran menunjukkan pengorbananmu. 
Ijab kabul menunjukkan tanggung jawabmu.
Semoga kau memiliki keberanian yang didasari keimanan dalam menuju pelaminan. Aamiin.

Haaa.. gitulah nasihat seha.. Btw, seha cilok status siapa entah dekat fb. Apa yang dia tulis, sama dengan yang seha lalui. Sampai situ je. Takde cerita next episode :p Kalau nak tahu, jumpa seha sendiri. Tapi, belum tentu seha bagitahu.. Kahkahkahkahakkkk!

Akhir kata dari seha.. buat yang sedang menyimpan perasaan dalam diam, kalau kau betul niat, kau letak Allah dulu.. in Sya Allah.. keberanian untuk 'membuka mulut' tu akan datang.. walaupun kau seorang wanita. Kau akan mudah bangkit dan terus melaju memburu cinta yang benar dan halal setelah kau mendengar jawapan yang dah kau jangkakan (kecewa). Selagi kau pendam sorang-sorang, perasan sorang-sorang, berangan sorang-sorang, senyum sorang-sorang, dan yang lain-lain kau buat sorang-sorang macam orang angau.. kau takkan tenteram! Kau akan dihantui. Percayalah ! Sebab ..aku dah lalui.. Jangan lupa, sebelum kau tanya tu, selalu doa dekat Allah supaya kuatkan hati kau dengan apa-apa kemungkinan yang bakal terjadi dan amal ibadah kau makin baik dan bertambah.

Lagi satu, sebelum seha tutup .. jangan tersalah luah ye. Ceritakan masalah kau pada kawan yang betul-betul boleh dipercayai. Penting tau ! Sebab kot-kot la kau adalah calon seterusnya yang bakal dikecewakan macam aku .. At least, kau dah tahu nak cari siapa selain tikar sejadah. Tikar sejadah tu tak boleh dinafikan.. tempat paling mustajab mengubat jiwa yang lara. :')

Perempuan tak perlu rasa malu untuk ajak lelaki bernikah kerana itu lebih baik daripada ikatan yang tak sah.

Apa yang baik korang ambil, yang tak baik tu.. jangan ye.. Harap maklum.
Dah buat nanti, do tell me ! Feel free to share okay?

Doa dan salute seha kepada bakal 'Khadijah' yang seterusnya.

GOOD LUCK KORANG !  kekeke ^^,


Puisi yang basi

Assalamualaikum wbt.


Tajuk : Kenapa?

Tuhan
Betapa dahsyatnya ujian
Atas diri yang serba kekurangan


Tuhan
Apakah itu petanda takat iman
Hanya seperti cebisan makanan?


Tuhan
Acapkali 'mengapa' menjadi zikir di lisan
Ketika sendirian
Mahupun di dalam keramaian

Tuhan
Sering 'kenapa' kusoalkan
Kuminta jawapan
Namun masih jua kau kosongkan

Tuhan
Kekadang aku malu sendirian
Membuat percaturan dalam kehidupan
Seolah-olah Engkaulah hamba dan aku adalah Tuan

Tuhan
Apakah masih ada ampunan
Buat hamba yang penuh kemaksiatan?

Tuhan
Sekali lagi aku jadikan Kau mainan
Meragui cinta yang penuh ketulusan
Tanpa pernah mengharap balasan

Tuhan
Walau tiada kefahaman
Selagi ada harapan
Aku kan cuba sampai Kau takdirkan
Untuk aku bertemu jawapan
Yang paling indah dari sisi-Mu, TUHAN..
saShu,11102015