20111018

Luahan rasa untuk baby..

Assalamualaikum wbt.

Astaghfirullah al'Aziim ..
Allahurobbi.. Saya rasa semua dah tahu pasal berita nie. PENZINA 16 tahun yang melahirkan anak yang suci bersih ini di asrama. Saya nak abadikan berita ini untuk kegunaan saya di masa hadapan dan buat si bayi yang sudah menempatkan dirinya di syurga Allah.

Baby,,
Apa khabar? Sihat? wahhh serucomel baby wangi betul la. Baby duduk kat mana sekarang? Duduk kat syurga ye? Bestnya baby.. kakak ni pon tak tahu lagi dapat masuk ke tak. Baby, kakak nak tanya boleh? Apa perasaan baby bila baby tahu yang bunuh baby adalah mak kandung baby? Apa perasaan baby masa baby nampak pisau tu? Mesti baby takutkan? Kesian baby. Baby, kakak sayang baby. Walaupun kakak tak kenal baby, tapi kakak nak berterima kasih pada baby. Sebab baby dah jadi HEROIN dalam hidup kakak. TERIMA KASIH BABY ^^ Baby, doakan orang yang buat baby dekat dunia ni, berubah & bertaubat. Baby doakan kakak jugak tau. Kakak takut duduk dekat dunia nie. Macam-macam kakak rasa. Rasa macam nak ikut je baby. Tapi, amalan kakak tak melayakkan kakak untuk ikut baby. Baby sangat beruntung sebab baby tak ada langsung dosa dan janji baby dengan Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya pun tertunai. Kakak jelessssss dengan baby. SUMPAH, KAKAK JELES Baby, sampaikan salam kakak dengan "yang lain" ye. Minta mereka doakan kakak. Kakak tak kuat untuk dunia ni. Baby, kalau Allah izinkan kakak untuk merasai syurgaNya, kakak nak jumpa baby tau! TERIMA KASIH SEKALI LAGI SAYANG hati Berseronoklah baby di sana. Indahnya tempatmu,sayang!
Al-Fatihah untuk Syahidah ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang ada dihatiku.

20111007

Gambar Pertama Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum wbt semua !! Bonjour ! (ni good morning dalam fenghancis) . Takde apa pun yang nak dikongsikan. Sekarang tengah final exam sem3. Moga berakhir dengan sesuatu yang baik. Moga Allah redha dengan apa yang saya usahakan . eh2.. melebih pulak kau nie seha.. okay, nie saja nak tunjuk gambar yang baru saya edit menggunakan photoshop . ini cubaan pertama tau ! jadi, jangan nak maki hamun sangat la kat gambar ni. rupa-rupanya, baru saya tahu betapa seronokkkkkkkkknya guna photoshop ni . rasa macam orang expert pulak bila orang tanya :

"weyhh,, cantik gileeee! eh, kau guna apa untuk edit2 gambar ni?"
"alaaa~ biasa je tuh. / baru belajar nak guna PHOTOSHOP"
"gile arr.. guna photoshop?!!! / aku guna picnik.com je.."
"macehh../kau pun belajar la guna photoshop.. BEST!"

Itu sahaja untuk hari ini. lepas exam nanti saya cerita macam-macam okay? Gambar pertama yang di edit menggunakan photoshop .
.
.
.
.
.
.
.
.
Aishah dan Rosnani sahajalah yang betul-betul boleh masuk dengan saya . Setakat nie belum pernah ada
masalah dengan depa . Aishah orang kedah, nanie orang selangor . kami suka benda yang sama kami benci pun benda yang sama .

psst: kepada adik saya, muhammad abdullah bin jasni, AKU PUN BOLEH BUAT LAAAAAAA !! tak payah mintak tolong kau ajarkan cara nak potong keliling tudung tu punnnn.../sikit tak heran !!

20110927

Comel kan? jangan jeles~~

Assalamualaikum wbt ..http://www.emocutez.com heeee~~ saya tengah menggedik untuk cuba emoticons nie ha.. geram tengok blog orang lain. comel-comel je depa punya .. tapi saya dah tak kesah, saya pon boleh buat cam depa jugakkkkkk http://www.emocutez.com okayy,, saya sengal http://www.emocutez.comdan saya tahu,, ada orang yang jeles saya buat camnie..ngaku jela~~http://www.emocutez.com bukannya ape,  benda nie sedikit sebanyak akan membantu saya untuk bagitahu kat luorang, macam mana gua rasa dan gambarkan. Baiklah, oleh kerana post saya comel lote je nie.. meh tengok gambar budak comel2 yang terpilih setakat ini..http://www.emocutez.com

 nama saya muhammad musleh, saya suami fasiihah jasni

saya dah besar . saya dah dapat adik 

 saya sayang adik saya.. nampak ke"abang"an tak?

 ini anak buah saya yang sulung . 'Ainaa Qaisara..

okay, saya tahu saya comel dan kuat tidur..

http://www.emocutez.com

20110903

Meniru ! sudah-sudah la tu..

Assalamualaikum wbt .

Korang, tadi saya ada exam kenegaraan malaysia. buat pakai SPECTRUM . tau tak? alaaa,, yang jawab kat komputer tuh. ala-ala ujian memandu tuh. yang terus dapat jawapan . Ada satu benda yang saya   cukuppppppp terkilan masa jawab exam tadi..

SAYA BINGUNG ! 
Saya betul-betul tak faham mengapa perlu meniru masa ujian? Apalah guna ujian yang kita jawab tuh, tapi jawapan itu bukan dari usaha kita? Okayy, saya tahu semua orang nak markah tinggi tapi cuba fikir semula tujuan ujian itu sendiri diadakan.. untuk menguji kan?


Uji apa?
Nak uji macam-macam . Bukan setakat bulatkan atau tandakan jawapan yang betul . Tapi ujian juga untuk menguji tahap kepercayaan, keyakinan dan kejujuran seseorang . Nampak tak? BESAR KAN MAKNA UJIAN? Analoginya begini, awak campakkan batu ke dalam air . Kompem-kompem la batu tu tenggelam kan? tapi,, awak masih ragu-ragu untuk mencampakkan batu tu jugak. Awak genggam batu tuh sampai tangan awak berdarah.--> ini benar-benar analogi yang hiperbola. Awak kurang yakin dengan kesahihan pasal " batu akan tenggelam dalam air kerana ketumpatannya atau dalam bahasa yang agak power sikit DENSITY". Ingat tak subject science form 1 nie? Less dense solids floating on more dense fluids. If the average density (including any air below the waterline) of an object is less than water (1000 kg/m3) it will float in water and if it is more than water's it will sink in water. (saya merompak dari encik wiki) okayy, sekarang dah percaya? TAK JUGAKK? hurmm,, camne nak kasi percaya eh? awak kena campak jugak batu tuh dalam air, baru awak tahu sama ada batu tu berat dari air atau ringan. Ya, inilah dipanggil test@ujian . Kalau kita kembali ke alam nyata , awak hanya akan tahu awak ni rajin atau pemalas/ pandai atau bodoh/ baca atau tidak/ dah kuasai atau belum sesuatu subjek itu HANYA melalui UJIAN ! percayalah ! saya tak bohong nieee ~ 


cara orang meniru -,-"

PRATIKAL LEBIH PENTING DARI TEORI
Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang saya cakapkan tadi . sedikit sebanyak ada betulnya kan? Okayy, ada yang kata nak tahu orang itu pandai atau bodoh, tak semestinya dengan jawapan di atas kertas peperiksaan , kita kena uji praktikalnya dari teorinya . Tapi kalau tak tahu teori tak boleh jugak kan? Katakanlah awak nak buat kek, tapi tak tahu satu haprak pon bahan apa yang perlu digunakan . Adakah akan menjadi kek tanpa tepung, telur dan sebagainya? TIDAK!

SELEPAS MELALUI UJIAN

Apa yang kita akan dapat ? hurmm,, mula-mula of course la dapat markah ujian / periksa kita tu .  Lepas tu? kita akan MENILAI.. Menilai tidak perlulah sampai ke negeri sembilan . Cukup di tempat duduk awak tu jee~ Menilai markah kita sama ada setimpal tak dengan usaha kita, menilai tahap penguasaan kita, menilai segala-galanya atau dalam bahasa yang lebih baik MUHASABAH :) Lagi satu, JANGAN lupa untuk menilai tahap kebergantungan dan kepercayaan kita kepada Allah . hurmm,,ujian @ peperiksaan ni melibatkan soal akidah jugak tau ! jangan memain ! 
Kalau markah elok, Alhamdulillah.. Kalau tak, LIPAT GANDAKAN USAHA untuk peperiksaan akhir nanti!


inilah jawapan orang yang tak tahu teori 


Saya rasa setakat itu dahulu karangan bahasa melayu saya yang tak berapa nak sopan. Wallaua'alam :)



Pstt: Pengalaman meniru. Saya pernah meniru waktu darjah satu . subjek english. tiap-tiap hari ada spelling . menyampah den :( kalau salah , satu ejaan kena buat pembetulan SEPULUH KALI ! lepas tu, kena ketuk ketampi sepuluh kali jugak . sakit tak sakit kaki budak masa tuh . Tak pun, kena PIZZA HUT @ rotan tangan dengan pembaris panjang yang cikgu guna untuk garis kat papan hitam tuh . Yang kurang kejam sikit, cikgu tolak kepala dan cakap "STUPID LA YOU" . saya ingat nama dia. mana boleh lupa wooo ! dia cikgu cina. Itulah salah satu sebab saya memekak setiap pagi dan tak nak pergi sekolah setiap kali ada subjek english . Mak dan opah sangat memahami perihal itu  -,-"

20110804

Jawapan "salah siapa tiket bas habis"

Assalamualaikum wbt .
Haaaaaa!! hari tu kan saya emo-emo sikit banyak sebenarnya tentang anjak cuti raya sume kan? kan? Sekarang saya nak bagitahu keputusannya . Jawapan dari Timbalan Pengarah APIUM NP , Prof Madya Dr . Mohd Muhideen bin Abdul Rahman @ الأستاذ المشارك الدكتور محمد محي الدين بن عبد الرحم melalui presiden kami :


Khairol Najib Hashim 
ok sekarang ana menjwab soalan2 diatas.. hasil perbincangan dgn TIMB.Pengarah sebentar td, pihak pejabat tidak akan menambah cuti. hal ini kerana pihak pejabat telah mengambil cuti selama seminggu untuk cuti hari raya. tetapi jika pelajar mahu anjak kelas, pelajar hendaklah deal dengan pensyarah masing2. ikut pensyarah.. mana2 pelajar yg tidak hadir ke kuliah kerana tiket habis tidak boleh dijadikan alasan, kerana takwim UM Np telah dikeluarkan awal.katanya... oleh yg demikian.. sekarang ana dh bg jawapannya. serah kepada antum untuk buat keputusan... syukran ala kulli hal...






psst: tension ckit.. banyak keje tak siap .. salah saya T__T hari ahad nie kena tasmi' 40 hadith bermula dengan sanad, matan dan rawinya . O__O" doakan saya .




20110802

Tiket bas habis, sila salahkan diri sendiri !

Assalamualaikum wbt .
Alhamdulillah , kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berjumpa dan bertemu kembali dengan bulan yang lebih mulia dari seribu bulan , iaitu RAMADHAN KAREEM :D 

Hurmm,, sekarang semua kawan batch saya, dekat nilam puri nie duk sibuk-sibuk nak adjust cuti raya . Diaorang nak kuliah start hari selasa . Kelas sepatutnya start hari ahad lagi . Saya 100 campur 20 peratus TAK SETUJU dengan cadangan itu . Bukan apa, kesiannnnn kanlah orang-orang saya tergolong yang dah beli tiket pergi-balik . Kenapa tak bincang hal ini awal-awal ? Mengikut logik akal korang kan, agak-agak tiket bas boleh habis tak bila tiba musim perayaan? KOMPEM LAAA HABIS ! kan? Itu pun tak boleh fikir. Geram la gini , macam tak pernah je beli tiket bas . 
see ! syarikat bas pun kata DAPATKAN SEGERA BUKAN TERGESA-GESA !

Habis tu, orang yang dah beli tiket awal-awal tu nak burn tiket camtu je ke? Depa kata boleh tukar. Saya tahulah tu.. tapi,, SIAPA yang nak pergi tukar tiket tuh? Saya memang malas nak keluar ke KB . Siapakah yang patut dipersalahkan dalam "masalah negara" yang tak berapa nak besar ini? Bukan niat dihati nak tunding jari dekat sesiapa tapi,,,,, T__T Awak, awak, awak, dan awak semua yang tak peduli dengan "tiket bas akan habis" tu yang patut dipersalahkan  .  'Ikut dan' korang je nak beli bila . Saya bukan macam tuh dan saya tak suka begitu . Ikutkan hati, memang nak sangatttttt cuti raya lebih lama. Siapa yang tak nak kannnn ???  masalahnya saya DAH beli tiket . Lainlah kalau saya baru nak gi beli esok macam korang !!!! Saya yang tak memahami masalah orang lain atau mereka yang tak paham kami yang dah beli tiket @ pandai buat perancangan @ pandai uruskan diri . 

Part depa suruh kami tukar tiket tu, kira okayy lagi laa . tapi bila kami tanya "Siapa yang nak bayar duit tiket baru tuh?" Nak tahu tak depa jawab apa?! SANGAT menjengkelkan dan menggugat iman bulan puasa ni "Sponsor by parents laa.." HEYYY!! waley waley HEYYYY ! Sesedap tangan korang je menaip komen kat facebook tu kan? Rasa cam nak hempuk laptop ni kat korang . ish3.. tak bole2.. sayang laptop yang banyak berjasa ni.. Saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi . Saya nangis je dari tadi . Saya bukan datang dari keluarga yang senang macam kalian dan saya tidak di didik dengan fikiran 'kalau duit tak cukup, mak ayah kan ada~~'

Petang tadi, seorang budak Kuching ,Sarawak komen"cbe ckp awal2.. PIKIR la org borneo cmne????  dahla xbalik cti midsem.. korg xpe larrrrrr.. kalo nk jgak anjak, ganti tket rm300+".---> TERBAEK DARI LADANG ! 
Ada pulak sorang nie komen -____-"

 yang da beli tiket 2 pe slhnyer nk balik awl..study ler kt cni..tp klas stat ari selasa...coz kesian lak kt owg yg kehabisan tiket..cube msg2 cube bntu n phm antre 1 ngan yg len..xjd mslh pe pon klao klas ganjak..haa kalo xnk de klas ganti time study week..sblm study week cari la waktu kosong gnti en..nk 1000 daya xnk 1000 dalih..ag pon kalo ganti pon 2 hari je..pk2 en la..

~~ yes! WE GOT POINT THERE! awak..awak.. awak sekarang tak nak paham kiteorang yang dah beli tiket nie. Kiteorang datang awal, kiteorang kena ganti kelas? CAMTU KEEEE? arghhhh! tak suka la camnie.. Biarlah ada situasi 'Win-Win" . sumpah tak adil ! Jeles? OF COURSEEEE !

sesiapa yang xbersedia dengan kepenatan dalam menuntut ilmu akan menempah kejahilan untuk selamanya..biasalah menuntut ilmu kdg2 susah kdg2 senang..yang menentukan kejayaan,usaha seseorang itu..fikirkanlah.

hurmm, korang yang tak bersedia nak penat untuk belajar atau kami yang dah beli tiket nie? HUH? korang duk sebok-sebok pasal raya (harus), kami fikir kuliah (fardhu 'ain) dulu,, sebab tu kami tak nak cuti raya panjang-panjang ! ada paham? kalau tak faham lagi , gi hentak kepala kat dinding tuh, bila dah bergegar otak , baru faham :D

P/s: Maaf yer kawan-kawan , saya EMO sangat nie . Sebab hal ni sedikit sebanyak melibatkan perihal keluarga saya . Cukuplah Allah, saya dan keluarga saya je yang tahu . 

20110727

Derma darah itu, DAEBAKK !

Assalamualaikum wbt semua ! كيف حالكم؟  Harap semuanya sihat . cetttt~ kenapa dengan aku nie? tanya khabar bagai~ Hoho. tak salah pun kan? Banyak benda yang gembira dan bahagia yang Allah anugerahkan untuk saya . Terima Kasih Allah <3



Salah satu daripada anugerah itu, hari lahir saya . Alhamdulillah, saya berjaya menunaikan janji terhadap diri saya . Selalunya bila birthday jer,, kita akan dapat hadiah perkataan akan ini menunjukkan probabilities untuk mendapat hadiah dalam erti kata lain ikut rezeki kalau dapat, dapat.. kalau tak,,diam jela. ucapan-ucapan , call dari orang yang nak wish birthday kul 12.00 malam . Ceh, konon nak jadi orang pertama la.. saya mengaku,saya selalu wat cenggini~~ sungguh memalukan bila saya tanya , "eh, seha orang yang ke berapa wish?" *^_~* "orang kedua../ketiga../kelima?" T__T hancuss, remukss hati den . terus hilang mood nak wish !! ape lagi, saya cakap happy birthday, bye ! HAHAHA ! kejam giler en? Kalau saya jadi orang pertama tu, abes kredit pon tak pe . sangat sengalllllllllll! okay, ini bukan menjadi persoalan utama . mesti korang tertanya-tanya, apakah janji yang  saya buat tu? hurmm.. jangan gelak yer..

"Maka saya, Fasiihah binti Jasni berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha saya untuk mencapai cita-cita tersebut , berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : <------ ni ikrar masa saya sekolah rendah, kuat ingatan jugak saya nie . BOOOooo!!! tapi saya tukar sikit-sikit.

1. Masa birthday seumur hidup saya kena lebih banyak memberi daripada menerima .
2. Sama dengan yang no1.
3. sama dengan no 2.

So, inilah masalah orang Melayu. Banyak perkataan Inggeris yang telah "dimelayukan" pennggunaanya . Tetiba je  semangat A. Samad Said menyirap masuk ke dalam tubuh -__-" . Jadi , pada hari lahir saya yang lalu saya telah menderma darah buat pertama kalinya dalam hidup :') sedih kan? pertama kali plak tuh . yang tak boleh tahan tu DALAM HIDUP ! arghhhhh . Bukannya selama ni saya tak pernah cuba untuk menderma darah okay? tapi setiap kali nak derma mesti ada halangan . Doktor tu yang kata tak boleh . bukan saya ! ngeh..ngeh..ngeh.. :D Pengalaman pertama kali menderma darah sangat seronok ! DAEBAKKK ! semangat super junior pulak masuk . Sumpah ! BESHHH ! haha mulut -baby tua-gedik .


Masa nak ambik darah
Nurse : darah apa yer?
Saya   : err... tak tahu la..
Nurse : first time derma darah yer?
Saya   : *tunduk dan angguk saja..* terasa sangat lemah untuk kata ya, pertama kali .
Nurse : takpe,, Saya cucuk dulu.. nak tahu awak darah ape.

Dan itulah kali pertama saya tahu saya jenis darah apa . Sadissss kan ? T__T  tolong menangis dengan kisah keterlambatan saya ini .

Check dengan Doktor
Doc : Awak sihat?
Saya : Alhamdulillah sihat..
Doc : Makan ape hari ni?
Saya : . . . . adalah dua tiga lidi fishball..
Doc : Awak pergi makan dulu yer.. Makanan semua ada dekat situ. Air pun ada . Saya takut awak pengsan kejap lagi.
Saya : takpela,, saya oke je...ciss ! berlagak betul . dalam hati, WAAAAAAAHH ! MAKANAN :D AIR TEH BENG ~ Doktor tak jemput pun saya nak gak makan .
Doc : tak bole2.. makan sikit..
Acara pecut 100 m . Ke garisan, sedia , mula ! terus mendapatkan makanan kusayang dan  ngapp ! hehehe.. tapi cover jugak masa makan tuh, sebab ada nurse lain duduk kat situ jugak . manalah tahu, kot2 dia nak buat menantu ke.. :P

Masa nak kutip darah 
Sangat kelakar .
Nurse lain : Sedia yer,, saya nak cucuk nie. Mungkin sakit sikit. Mula-mula saya bagi ubat pelali . Lepas tu saya cucuk untuk ambik darah awak pulak                    
 Saya         : Okayy :D <--- saya senyum camnie tau ! sampai nampak gigi dan gusi .
Nurse       : eh2, awak tak takut ke? dahla first time nie..Happy je saya tengok..
Saya     : Entah , tak tahu la. happy kott . Rasa lain sangat happy nya . *mata dah berkaca-kaca nak menangis*


Nurse tu pun cucuk tak best la sebut cucuk . kalau cucOk baru cam ada feel  dan menampakkan betapa kejamnya nurse tuh. Hehe. tak la, nurse tu baik sangat . Sori nurse baik :) la tangan saya . Habis kebas satu tangan . Rasa cam dah hilang tangan pun ada . hoho. Masa amik darah tu best ! Darah saya pancut-pancut keluar dan meriah macam geiser wa cakap lu ! Saya tak tahu pon macam mana darah saya keluar masa tu . Saya gambarkan apa yang dikatakan oleh doktor dan nurse kat situ .
Nurse : Doktor2 , mari sini kejap . Cuba tengok darah dia . Saya salah cucOk ke? 
Doc   : hurmm.. dah betul dah .  Biar saya tengok  .  Peliknya salur darah awak ni . Bertindih nie . Better stop amik darah dia . Saya risau kita amik darah yang ke jantung .
Saya  : O__O"
Saya cuba tengok beg darah tu . Dah setengah beg, darah saya dikutip .  warna merah CILI punyerr .  Cair pulak tuh .  Doktor dan nurse-nurse kat situ sume datang tengok tangan saya ! Depa kata , ini kali pertama dia dapat kes gini . salur darah jantung dan salur darah (yang sepatutnya . saya tak tahu nama dia . lupa dah )  bertindan . power la darah dalam badan saya nie. Terima kasih Allah <3 Tapi kan, saya terfikir . "betul ke apa yang depa cakap ? Ke depa nak sedapkan hati aku je.. Yela, kan dah salah cucOk . " sangat jahat fikiran fasiihah .

Kawan saya , Asiah dah lembik dah . Muka pucat lesi lepas tengok beg darah saya yang tak jadi tuh . HAHAHA  ! Asiah nie lawak la .. Saya yang kena cucOk dia pulak yang pengsan .

Nurse  : Awak nak derma darah lagi tak? yang tadi tak jadi .
Saya    : NAK !! :D
Nurse  : Ishhh,, awak nie tak rasa pape ke? Pening ke? Rasa nak muntah ke?
Saya    : TAK ! :D
Nurse  : Betul awak nak cucOk ?

Saya   : :D :D :D 
Nurse  : Okayy, nanti saya cucOk sebelah kanan pulak . Sekarang nie, awak rehat sekejap . Takut awak pengsan je kejap lagi .

Kutipan darah kali kedua .

Nurse : Saya cucOk yer .
*saya angguk jer.. tak larat nak tunjuk gigi yang cantik nie lagi *

Dalam lima minit gitu , darah penuh satu beg ! :D:D Seronok tengok beg tu . Saya mintak izin nurse tu untuk pegang dan picit-picit beg darah tu . WEEEEEEEE~ darah saya ! Nasib baik saya tak cium beg darah tu . Hoho. Nurse-nurse kat situ semua gelak tengok saya . Diaorang rasa lucu tengok saya . Yelah, lepas derma darah boleh pulak nak bangun , turun dari katil , nak pakai kasut . HAHAHA !

Nurse-nurse : Awak nak nak buat apa tu ?

Saya            : Pakai kasut . Nak balik .
Nurse-nurse : awak ni ,, tunggu la dulu . kang jatuh kang  . rehat 10 minit dulu .
Saya            : ouh,, kena rehat ek?


Kan saya dah cakap, FIRST TIME derma darah . ^O^" nak buat camne . saya tak tahu apa-apa langsung .
Masa nak balik tuh, saya salam-salam nurse dekat situ . Depa kata," KUAT SEMANGAT awak nie . baru pertama kali derma darah tapi senyum jer.. saya suka tengok awak. " Awwww~ terharu saya :') nurse nie.. ketuk kang . Sayang awak la nurse ! <3 meh peluk cium sikit . muahhx . Ops ! sebelum terlupa , saya pun kejut kawan saya yang pengsan tu . hikhik .  terima kasih , boleh teman seha derma darah lagi dan boleh pengsan lagi nanti :)

Itulah pengalaman saya menderma darah . Apa kata, lepas nie kalau birthday kita je,, kita memberi jangan menerima . Boleh kan? Seha tahu , semua kawan seha hebat-hebat belaka . Kalau tak setuju dengan idea tak logik seha ni , takpe . it's okay . buatlah apa yang dapat menggembirakan kalian pada hari lahir kalian nanti :)










20110629

Hamba ini

Assalamualaikum wbt semua !

"Kak seha, akak pegang jawatan apa kat sini nilam puri?"
"Takde pegang apa-apa . Akak kan HAMBA :)"

"Kak seha, akak MPP ke? JTK? "
"Taklah wak . Akak takde sangkut paut dengan depa pon . tak layak . akak ni jahat tauu ! sebab tu akak ada jawatan HAMBA je :)"

"Kak seha, Hari Terbuka Universiti Malaya,, gerai akak jual ape?"
"aik? Akak mana ada gerai . Akak tukang membeli je laa. Akak kan HAMBA :)"

Begitulah setiap kali kalau saya berkenalan atau rapat dengan sesiapa sahaja . Terutamanya junior . Korang-korang~~ tak faham akak.. Wajib ke akak ada jawatan hebat-hebat tuh? Kalau akak tak ada jawatan-jawatan tu sume, akak tak nampak tinggi? siyes takde point -,-" Akak lebih senang dengan jawatan HAMBA . Mungkin lah, seseorang itu tampak lebih hebat dan gah bila pegang jawatan . Tapi akak tak minat laa . Akak lebih minat jadi "kentut tak bunyi , sesemerbak baunya" BUKAN "diam-diam besi berkarat , haprak pon tak boleh"  Biarlah orang lain sendiri sedar dengan kebolehan akak . Biarlah orang lain sendiri yang hidu kesungguhan akak . Biarlah hasil kerja akak yang menjadi bukti . Tak perlu ditonjolkan malah benda tu kan terserlah dengan sendirinya kalau kita benar-benar ikhlas.  Mendidik hati menjadi ikhlas memang payah . Tapi hati perlukan latihan . Sebagai latihan untuk menjadi ikhlas, adalah dengan akak menjadi hamba . Apabila menjadi HAMBA, ia menuntut akak untuk menjadi TAAT . Menuntut untuk RAJIN . Menuntut untuk SEDAR DIRI . Menuntut untuk SABAR DAN TABAH . Moga Allah permudahkan segalanya ~

Kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi sebahagian daripada kamus hidup saya , moga dengan tiada jawatan anda lebih mahu berkawan , berkongsi apa sahaja, berkasih sayang dan berkenalan dengan HAMBA ini, FASIIHAH JASNI . Doa kalian saya harapkan  . Moga hati saya dan kalian sama-sama bersih . 

Mari beriman dengan kalam Allah, surah Al-Ikhlas


Surah Al Baqarah, ayat 112


Mencapai sesuatu yang luar biasa dengan cara yang PALING sederhana

Takaful pun nak Ikhlas, saya pun nak. Tapi, perkataan ikhlas tu kena letak kat atas dulu . Baru progresif dan inovatif . kan?

Saya nak hati cenggini .. nak lagi transparent ..







20110619

critical nautical -,-"

critical nautical
Hasil tempek-tempek saya ! 
Saya suka fashion <3<3
Tapi saya tak suka bila manusia yang pakai .
HAHA
sekian terima kasih ..
"Berkat" main game Mall World and Fashion Designer kat facebook .






20110612

Allah, tolong saya !!!!!!

Suatu petang ,
Pintu bilik diketuk ,
"assalamualaikum..."
"waalaikumussalam...oh, pah.. kenapa? eh, masuklah .."
"Nak minta tolong sangat-sangat nie.."
"BOLEH.BOLEH.BOLEH.. nak minta tolong apa?"
"Boleh tak seha gantikan Na.. Dia tak nak jadi naqibah pulak. Last-last minute baru dia tolak ."
"hurmm.. naqibah? adoiii~~"
"Minta tolong sangat-sangat nie. masa kita tengah fikir nak cari partner,, terus kita teringat kat seha.."
"......okay, kita tolong.. tapi kita tak pandai sangat tau.. tahu sikit-sikit je..takpe ke?"
"takpe-takpe.. kita handle sama-sama.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK... nanti, pape hal kita bagitahu seha yer.."

saya senyum sahaja..:) tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa cuak dan bimbangnya saya . Ilmu saya tak banyak . ciputttttttttttt je . lebih kecil dari kuman.. eh, salah! langsung tak nampak dari zarah . :( 

psst: tapi saya masih tak faham, kenapa saya selalu menjadi pengganti kepada orang lain..












20110610

gambar=normal,tiba-tiba,normal,tiba-tiba..

Gambar di ambil lepas amik sijil SPM . ngeh3..

NORMAL
We're super seni~OR!

geng-amek-sijil-SPM
tutup telinga,mata,hidung,mulut

TIBA-TIBA..

saya teringin nak rasa macaroons.. apa rasanya ek?

 NORMAL SEMULA

 tomey la izan wat camtu ^__^

 rihab sahaja yang tiada dalam gambar sebab dia dah balik

 TIBA-TIBA

saya teringat dan rindukan suami saya :'(

 NORMAL

tak tahu nak wat caption apa -,-"

sittul !! nape tak buat dua?!!crop gambar hang kang..

TIBA-TIBA YANG TERAKHIR

ini wallpaper yang saya guna sekarang 
saya tak paham kenapa benda nie pon saya nak tunjuk? -___-"