20110118

Sikap Saling

maaf cekgu, saya orang bahasa . bukan orang nombor . sebab tu saya jawab exam math macam apa jer ~ ~," 
cekgu tak marah kannn? hoho . kalau cekgu jadi saya, sama jer . cekgu orang nombor bukan orang bahasa . sekarang adil ! heee~ baru lepas jawab soalan midsem math . hoho . habis je jawab soalan , sume kawan-kawan datang dekat saya . ade jugak yang mengalirkan air mata . kalau ikutkan hati dan mata, memang nak nanges sama , tapi.. ntah lah.. tak tahu dye air mata tak nak keluar plak . saya memang LAM-PI ckit kalau bende yang berkaitan nombor . senang cte saya tak minat subjek nombor-nombor nie . tapi satu benda yang suka pasal subjek nombor nie ialah...
jeng..jeng..jeng..

KERJASAMA dan sikap SALING :D 

berjasa jugak ko nie nombor . naseb baekkk.. 
bila ada exam math, semua akan berkumpul untuk buat latih tubi sama-sama . tak tahu terus tanya kawan . kawan yang tahu pon tak kedekut ilmu . pastu diselangi dengan gelak-gelak dan cerita-cerita . dan tidak dilupakan, encik makanan . dye memang WAJIB ada! hoho . bila nak gi study, sume bawa makanan yang berlainan jenis . best wooooooo ! semuanya SALING ! saling tukar makanan,, makanan jugak yang first-__-" saling mengajar&belajar ,, saling menolong . saling..saling.. saling..saling..

seronok kan bila kita buat kerja ramai-ramai ? saya dah tak tahu nak cakap apa . idea dah disconnect dengan hati . ok. saya malas . papai !
psst: anggap sajalah yang anda membaca angin .

20110115

yang hilang berganti:')

الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.



saya baru dapat berita  yang .. yang.. tak tahu nak cakap camne lagi dah . happy sangatsangat ! kakak ipar saya yang  kawen baru-baru nie dengan abang saya yang kedua , BUNTING PELAMIN!! saya bakal mendapat anak buah yang pertama pada bulan september nie . sangat teruja dengan berita nie . patut la kak ima muntah-muntah ary tuh . hehe . saya tak ada hadiah yang special untuk si bakal ibu . semalam kuar gi dengar ceramah kat KB, alang-alang tu singgah sekali kat kedai buku Jaafar Rawas . kedai buku paling femes woo ! nak cari buku agama, kitab lama-lama yang dah berkurun abad pon ada.. mudah la bagi kami yang belajar di bumi serambi makkah . tyme tengah cari buku untuk kawan , jumpa plak satu buku nie . memang sesuaiiiiiii sangat untuk kakak ipar saya .

inilah buku tu :) 

sweet tak saya? muahahaha . puji diri sendiri ! jadi, saya dah mengambil kata putus untuk balik raya cina nie untuk kasi hadiah nie . walaupun cuti tak lama . tak kira ! saya suka duk rumah  :D cuti barubaru ni paling best sebab saya masak cendawan goreng untuk semua . balik ni nak masak laen . seronok bila dapat tolong mak . rasa bahagiaaaaaa jer. assignment dan kerja-kerja laen memang tolak tepi la . saya ckit tak cuak atau takut sebab tak siap keje . Alhamdulillah Allah permudahkan segal urusan saya . SAYANG ALLAH <3

si bakal umi ^__^



hurmmm,, disebalik menanti kedatangan insan baru dalam keluarga kami, kami terus diuji . kakak ipar saya yang pertama telah keguguran . sangat sedih . saya faham perasaan dye . lebih-lebih lagi anak pertama . yang lebih menyedihkan lagi, kaklong tak tahu pun yang dye mengandung . tibe-tibe je keguguran . kaklong saya ni jenis duduk tak diam . aktif sangat . ciannn kaklong. along saya kata, kaklong jadi murung . tak nak makan semua . along tak tahu nak buat apa dah . 

setiap kejadian Allah PASTI ada hikmahnya . Manusia nampak atau tidak jer . Along saya menjadi lebih bertanggungjawab, lebih caring dan lebih romantis terhadap kaklong . for the first tyme, ALONG MEMASAK ! cayaaaaa lah ! dulu, mane pena dye duk dapur . nak buat kerja rumah,, lagi laaa.. HARAMMMM dibuatnyer ~ cantik kan Allah susun? :') TERIMA KASIH ALLAH <3 kaklong jangan sedih-sedih yer . kaklong patut berysukur sebab melalui miscarriege ni, kaklong dapat tahu yang kaklong ni subur . kaklong tak mandul . cuma cepat dan lambat je rezeki tu . insyaAllah .

itu saja . doakan supaya baby dapat lahir dengan sihat dan selamat . [gaya cam esok je due.. haha] moga baby jadi hamba yang beriman ye sayang :) 


pstt: puan fatimah dan encik jasni bakal menjadi DATUK DAN NENEK .. heee~ macam tak percaya. opah pulak jadi MOYANG ! yeayyy ! 





20110114

cite la beb !

Please,, STOP HURTING me again,, again,, and again . i want to share this feeling with you,, ! YOU! that keep hurting me .

Kisahnya begini . sebelum zohor, saya dapat mesej dari mas'ul [hafizi] mengatakan kelas مقال  kami batal, sebab? ust tak sehat . saya pon, berlari-larilah ke bilik JTK kira kalau kat skola dulu, bilik saket utk buat annoucement .
"بسم الله الرحمن الرحيم , Perhatian kepada Majmuah 3 sem 2, kelas مقال pada petang ini dibatalkan . ulang suara,,,,"
on the way nak balik bilik, saya masih terfikir-fikir, saya bimbang kalaukalau kawan-kawan saya tak dengar . mungkin ada yang tidur . tengah hari kan,, mmg best la utk tidur . okayy ! saya hantar sms dekat SEMUA kawan-kawan kelas saya . [kredit2 kuhhh T__T ] saya hantar
 "kawan-kawan, ary nie kelas مقال  xde . ust tak sehat . btw, jgn lupa kelas quran petang nie . reminder : pukul 6.18 minit petang yer.. itu paling lewat utk hantar isi yang korunk nak cakap tyme munaqosyah nnt . "
saya dapat banyak respons . ade jugak respons yang comelcomel ^__^. dan ada jugak respons yang BENAR-BENAR menyakitkan hati . sms itu berbunyi :
"ceQna xblik lagi , aishah tak sehat , jadi saya tak ada idea . sekian, terima kasih" .
saya memang " berterima kasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih sangatsangat " kepada yang menghantar sms tuh . kalau korunk dapat sms gini, apa yang korunk fikir? sejujurnya, saya nyampah dan sangatsangat bencikan ayat gitu. saya fikir, orang nie mcm dah habis kudrat dah nak kerah otak . tolong la jadi bertanggungjawab ckit. ko ni pon seha, bertimbang rasa lah ckit,, kawan-kawan dye takde . camne dye nak buat? bukan saya tak bertimbang rasa atau kesian TAPI saya yang perlu siapkan slide utk dyeOrg . SAYA ! SAYA! bukan depa ! saya takdela kejam sangat . sebenarnya, bukan saya nak betulbetul sebelum pukul 6.18  ptg ponnn,, kalau ade masalah cite la beb! datang jumpa .  aku ni jenis lembut hati laaa~ saje je bg due [bukan dua yer.. harap maklum]. sebab saya dah paham sangat cara keje kalian macam mana . btw, keje tu bukan baru malam tadi kena buat. masa untuk mencari bahan adalah sejak bulan Jun yang lalu hingga Disember ! kira cket ade berapa bulan? dah belajar math dari tadika pon tak lepas lagi ke?! nampak sungguh bongkak anda disini seha T__T maaf ,,

dan macam biasa lah, bila dah namanya SMS "SHORT MESSAGE SERVICE" eh2, service ke system? aku sendiri tak pasti kompem!! berjela-jela dan meleret-leret sebab hantar short-short . senang cite, cakap tak abes, rasa macam ajar budak bercakap jeeeeee . :/ contohnya

salam.sehat?
wslm. alhamdulillah ~ nape?
nak mintak tlg. bole tak?
tolong ape?
bole tak tlg belikan pen ary tuh
pen? pen yg mane?
pen yang awak kasi dkt wanie tuh...
oo... tgk la camne..
tlg yer.. :) 
klu saya kuar la.."
ok. tqvm .
welcome

dah abes? dah abes?? serious dah abes??naaa~ blom lagi... -___-"

 sori menyusahkan 
xpe. xkesa pon..
time kaseh tau !
my pleasure
ok, bye/wslm
bye/:) 
abes ponn...

haaaa ! kan dah cakap tadi,, CAKAP TAK ABES! s a t u  per s a t u ditanya dan dibalas . kata nak jimat, so manfaatkanlah . aduiyaiii ~ tapi kalau mesej cenggini, oke lagi kan? kalau msg couple cinta-kera-monyet-cipanzi-gorilla? boleh letak sekali tak? masuk jela..hikhik . Itu lagi TAK BOLEH MENAHAAAN~ yucks!  @_@ HAHAHA! macam mana aku boleh melalut sampai ke sini nie? sebenarnya nak cite , saya dengan kawan kelas tadi tuh balas sms . saya cakap 
" saya xkesa la mcm mana sekalipon, yang penting, 6.18 tuh korunk dah hntr isi korunk untuk munaqosyah " 
then, dengan tidak semena-menanya, dye menreply buruk wey gabunggabung bahasa . 
"terima kasih banyakbanyak seha . Kami 3 orang memang suka dengan cara awak . sekian . 


saya cam "HUH?!" apo bondonyo ni jang ? saya tak kesa ape orang cakap sebab telinga saya agak kalis perluru gitu . kalau tak puas hati, please.. cakap depan-depan dan terus terang . saya ckit pon tak marah .  kalau cakap belakang, sampai bila nak tunggu saya sedar? nak tunggu 2 tahun kemudian,,? dan saya akan cakap: ouh,, rupanya aku tyme aku jadi mas'ulah, dyeorg tak suka cara aku . tak guna wey ! dah letak jawatan dah pon masa tuh. btw, ada satu benda yg baru saya perasan, ada tiga orang tengah mengumpat pasal saya . syabas!

saya mintak maaf sekali lagi . bukan berniat untuk memburuk-burukkan manamana tambah perkataan BO dkt depan jadi cam lagu suju plak :p pihak dan mengatakan sayalah yang paling betol . TIDAK!  saya tak ada tempat mengadu lagi selain di tikar sejadah dan emak . saya mencari kepuasan dengan menulis . anda perlu ambil peduli tuh . 


psst: kalau korunk nak tahu perangai kawan korunk macam mana , korunk try jadi ketua dyeorg . maka, dengan sendirinya sikap sebenar mereka akan TERSERLAH ! sumpah beb!

Ketakutan Seorang Da'ie

Saya ada roommate . eh, korunk ada? haha.. sengal nyer seha nih . roomate saya orang kedah dan orang thailand :D sila sebut ayat seterusnya dgn laju dan tiada jedda. hebat tak hebat tak? dua-dua seniOr ! lagi hebat kan? saya sorang je junior dalam bilik A 104 . tyme mulamula dapat kunci bilik , terkejot sebenarnya . 104 mcm 404 . hukhuk . teringat cite hantu yang tah pape tuh . sebenarnya, fasiihah jasni dalam KETAKUTAN yang teramat . kakak bilik saya yang kedah tu, ada berkawan dengan sorang laki . laki tu pon budak kat cni jugak . saya selalu tanya dengan kakak tuh 
" betol ke dye anggap akk kawan dye jer? saya rasa tak kottt~ saya rasa dye anggap akk lebih dari tu . " 
"eh, betol laa.. kiteorg berkawan je . akk tak kesa kalau ada budak laki nak berkawan dengan akk . ala, kawan macam biasa je . jgn lebihlebih dah la . "

saya terus jadi keliru . kita berkawan dengan budak laki nie,, macam mana yang boleh? apa batasannya ? bole sms&call bende yang tak penting ke? bergurau senda dalam talian ? budak laki tu selalu call kakak bilik . dan kakak tu pon dengan tanpa rasa takut pon angkat . hati saya mampu cakap : dengan gerak perlahan @ slow motion . a k a a k k k k! j a n g a n  a n g k a t !!!! ~ huhu.. hati je cakap, mulut tak gerak pon tak guna jugak. kan? T__T

saya ingat lagi, waktu saya baru mula menginjak ke alam remaja . akhir tahun form 1 . ketika itu, saya berada di dalam bilik . tiba-tiba, telefon rumah berdering , lalu ayah saya pun mengangkat gagang telefon tersebut . perghh! bapak formal ayat ko seha .
"hello,, assalamualaikum.."
"waalaikumussalam.... hurm, nak cakap dengan sape?"
"saya kawan sekelas fasiihah . boleh saya cakap dengan dia tak? dia ade kat rumah tak?"
"ouh,, sekejap yer.."
ayah pon panggil saya .

"seha, ada budak laki call . dia kata kawan sekelas seha . "
erkkk.. abes la aku~~ ayah dah muka laen dah :0

"okayy.."
saya pon angkat tepon .
"hello,,assalamualaikum.. sape nie?"
"waalaikumussalam.. ni azri azmi ."
"huh. kenapa call?"
"tak ada apa-apa . just nak tanya pasal kelas . Untuk tahun depan kan, nak tema kelas colour ape ? oren dengan biru ok tak?" 
okayyy! agak senggggg di situ ! tyme2 orang tengah bersuka ria dengan cuti ni lah boleh ko tanya pasal kelas azri !!! dah la nak tanya pasal warna tema je... saket aty akuuuuhhh ! tapi, bila dikenang-kenang semula , tersengih aku macam kerang wangi :) lucu la azri ni.. XD aku maafkan ko, sebab masa tu kita sama-sama berhingus kan? ko je, aku tak . aku sehat .

masa tu kami sama-sama masih mengesat dan sedut hingus . eeee~ baru mengenali istilah-istilah agama yang lebih UP ckit dari apa yang kami belajar di sekolah rendah . baru tahu apa itu aurat yang sebenar-benarnya . dan baru pakai tudung labuh . itu perubahan yang terlalu drastik dalam hidup saya . tapi saya tak pernah rasa terbeban . Alhamdulillah . Allah pilih saya untuk memakai tudung sebegitu . Terimakasih Allah ^__^

lihat cara saya duduk dalam kelas . unik kan?

berbalik kepada cerita saya . macam mana dengan mereka yang sudah "matang" ni? masing-masing sudah ada pengetahuan tentang hal berhubung dengan ikhtilaat ni tapi mengapa mereka tak FAHAM? atau saya je yang tak MEMAHAMI ? saya sebagai adek bilik dye, apa peranan saya? takkan nak duk biar jer . saya jadi tak tenang nak belajar . bila dyeorg tgh sembang dalam phone, saya rasa nak lari keluar dari bilik . saya cuba untuk pekakkan telinga sebab saya tak tahan . memang la dyerorg tak guna ayat cintancintun atau suara gedik2 tapi dosa depan mata saya . aishhh ~ ini salah satu kenapa masyarakat tak berubah . kerana da'ie itu sendri yang takut untuk tegakkan kebenaran .  ampunkan saya ya Allah . berikanku kekuatan seperti kekuatan yang Engkau berikan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda dalam menegakkan syariatMu. :'(


pstt: moga aku dijauhkan dari segala tipu daya syaitan . btw, saya rindu budak kat gambar bawah nie... sangat-sangat!! T__T <3 <3
bila kita akan dijodohkan?