20110426

jejaka hot ;)

Assalamualaikum wbt ..
Ohayou gozaimasu !
heeee~ kali nie, takde nak merapu ke ape . tapi saya nak share tentang Vlog . VLOG? apakaa~ah ? MAKANAN KA?*muka penuh EKSAITED* haaa! mungkin ada yang tertanya-tanya ataupun takde- sapa- langsung -yang -tanya apakah itu vlog . takpe-takpe, biaq cheq habaq kat hangpa.. vlog tu ialah voice logger. eh betol tak? Pada pendapat saya, tu dia !! terus kasik pendapat.. vlog nie untuk mereka yang HEBAT+SUPERB dalam berkata-kata, berceloteh, dan mereka SANGAT-SANGAT SPONTAN .urghh ! jeles disitu~ walaupun dyeorg dah rancang topik apa nak cakap tapi dyeorg tetap bersahaja plus sangat coolllllll . tak macam saya . dah taip-taip,, pastu tekan backspace . taip-taip lagi,, tekan backspace . kadang-kadang dah siap satu post dah macam karangan untuk perdana menteri tapi macam takde confident nak tekan "publish"  dan rasa post tu tak best langsung selepas di baca berkali-kali secara seorang diri . hurmmm~ parah la ko nie.. itu adalah salah satu sebab kenapa saya asyik tekan butang "save now" . macam karangan dan essay bi saya masa sekolah dulu . banyak potong-potong . huduhhhh kertas . tak kesah la pasal tu . nasib baik dah lepas dan yang paling penting BM&BI saya A . hahahahaha ! berlagak siooott ~ ini kali pertama saya menggunakan perkataan siot . eden pun tak tahu apobondonyo tuh . cam sedap je bila sebut.. hehe .

vlogger yang paling berjaya mencuri hatiku, of coz la MATLUTHFI >__< sebab dye kiut . dye comel . dye kawaaii . dye kelako . dye cool . dye sepet . dye hebat . dye sweet . dye best .okayy~ sudah TERover.. orang kat bawah nie saya punya . jangan ambik !!!! hikhik..ketawa seorang gedikkkss~


Vlogger seterusnya yang telah menambat hati saya adalah . . . . . . takde lorrrr~ HANYA MATLUTHFI SEORANG DI HATIKU setakat ini . mungkin akan bertambah ? hohoho.. ^O^ ni antara vlogger yang saya sedang usyar-usyar dari jauh . harap matluthfi kusayang tidak cemburu . ape kes dye nak cemburu dengan ko?? percayalah, hanya abang di hati ayang ! yucks !




abang luth,,,,,,, can ah?
abang luth menggelengkan kepala tanda tidak boleh..
-__-"



ok2.. how about this one , abang luth?
abang luth kasi penampar dekat saya..
+__@


 abang luth,, i know,, greenlight, right? ;>
abang luth kata : aku ceraikan ko dengan talak tiga !
T___________T
..[THE END]..
sekian kisah penceraian saya dengan matluthfi.

moral of the story; kalau korang dah ada laki/bini nanti jangan cuba carik pasal dengan menggelenyakan diri atau memiangkan diri dengan orang lain . kalau dengan laki/bini korang sendiri takpe ;p maafkan saya, entah merewang ke mana tah saya ni .




20110422

Saya yang Terbaru

Bismillah .
konnichiwa - good afternoon !
Tak ada apa yang menarik . tak baca pon lagi bagus . jangan baca . jangan baca . saya cakap baik-baik nie. baca jugak?! ISHH, SAYA CAKAP JANGAN BACA , JANGAN BACA LAAAA ! DEGIL LA AWAK NI . SUKA HATI AWAK LAA . O_O"  masalah gile ko ,seha~ ok, teruskan pembacaan anda .

semenjak dua menjak tiga menjak nie, saya suka . . . . . . . . . . . .  :
  • panggil orang laen kakak . kenapa eh? walaupun sebaya . pada saya benda tu kiut miut. bhaha . memang tak dapat disangkal lagi, naluri adik bongsu perempuan masih KUATdalam diri saya . hampir semua kawan kawan saya telah menjadi mangsa . kesiann mereka ~ tapi panggilan kakak nie untuk orang-orang yang saya rapat , saya sayang  dan memang spontan -> gengpuzzlekite , kak mimi , kak nes , dan ramai lagi sebenarnya .
"Sila ambil perhatian . untuk baca titik yang seterusnya awak perlu baca ayat "saya suka....:" semula . Setiap kali nak baca titik yang baru sila berbuat demikian ."
  • tengok anime . yang paling saya suka, ONE PIECE ! bestttt gleeeeee >__< kadang-kadang rasa heran jugak , sejak bile saya minat cite-cite anime nie? rupa-rupanya kalau dilihat dari sejarah hidup memang dari kecik saya dah tengok dan SUKA anime . dragon ball , sailormoon, school rumble, detective conan dan macam-macam lagi . kalau saya nak tengok anime, saya MESTI tengok anime tuh sama ada cantik atau tak . kalau keras , memang ma'assalamah wa ila liqo'~ kedua, saya kena tengok, cite tu lucah ke tak . wohoooo~ sangat bahaya benda nie sebab selalunya anime mesti ada unsur nie . sume cite nie saya tengok di tv sahaja sebab saya takut kalau saya buka kat internet,, macam-macam keluar . kat tv selamat lagi . kalau korang nak tahu, penangan anime ni sangat dahsyatttttt ! macam apa yang berlaku di jepun . dyeorang siap buat penyanyi anime 3D macam manusia . bukan 3D kot,, dah ber DD dah..yang melebih-lebihnya siap buat konsert . tak caya? tengok video kat bawah ni nanti. btw, sailormoon dah ada balik ! kat ntv7 . heee ~ :D 

Dye masih mampu tersenyum walaupun dye adalah salah seorang "WANTED"
  • main game . ADDICTED . terutama game-game di facebook . nak bagitahu jugak nama-nama game yang saya main ; CityVille , Fashion World ,  Baking Life , It Girl .. waaaaa~ memang tak jadi kerja la kalau duk melayan game-game kesayangan tuh . saya punya ketagihan nie sampai sakit belakang . saya tahu, tak elok . dan saya berjanji saya tak kan main sampai sakit belakang dan saya berjanji saya akan main sampai lenguh tangan dan bosan jer :p . dan semenjak berkawan dengan senior di nilam puri especially kak nisa, kak naili, kak dayah , kak sya, kak yaa , saya suka tukar game dengan dyeorg ;p  antara dyeorg nie pon ada yang banyak game tapi tak pandai maen . HAHAHA  ! kak naili, akk tawu kan sape?? hikhik.. XD
  • jepun dari korea . ya saya tahu . dulu saya minat gila kat cite korea tapi sekarang nie, macam dah beralih angin pulak . Kini, saya suka JEPUN ! SANGAT ! mesti korang hairan macam mane boleh bertukar nie , kan? kan? ok, xde sape pon heran~ bagi saya, sume cite korea sama sahaja jalan ceritanya macam cerita indon yang berlambak nak mampus kat tv skang nie . contohnya gini , mula-mula tak suka pastu suka balik pastu berpisah pastu jumpa balik.. adoiiiii~ sampai bilaaaaaaa mau abes?? takpon, perempuan dalam cerita tu jenis yang bodoh-bodoh, lurus bendul sume . dye minat kat laki kaya , laki handsome, pandai . laki tu selalunya jenis yang arrogant . menyampah den ~_~ jepun lain . oleh itu, Fasiihah Jasni telah mula belajar bahasa jepun secara tidak rasmi . yeppppii ! tapi, bahasa arab memang tiada tandingannya . dye tetap yang no 1 dalam hati guA ! terpaksa guna huruf besar dan diboldkan untuk huruf 'a' tu sebab nanti korang baca gua=cave . ko fikir cam budak-budak seha . dyeorang bukan tak tahu . dyeorang tahu laa~    
    • tengok channel DIVA . espcially oprah winfrey show . best bangat !!!!! you must see it . ok, i know, i know.. dah lama dah rancangan tuh dan saya masih di zaman purba . sekarang nie pon kat DIVA selalu tayang yang farewell season je .  ahhhhh ! tak kira . saya yang tengok bukan awak kan? pedulik hapeee aku . kadang-kadang yang lama itu yang kita duk cari sekarang . lagi satu, saya suka movie-movie kat saluran 702 nie . walaupun movie dye jenis berkurun abad lamanya dan tak macam dalam movie-movie kat HBO, tapi filem dye HEBATTT ! banyak pengajaran .

    buat yang tak kenal lagi siapa itu oprah , opah ke.. bukan,,bukan.. ni dye !

    • taip mesej , komen , chatting dengan menggunakan long form? ke full form? ishhh.. senang cite PENUH . saya tak suka potong-potong dan buang huruf vokal . elehh, betul ke? muka macam tak boleh percaya je . urghhh ! tak ada la semuanya panjang . ada jugak yang kemetot . 
    "Sila ambil perhatian untuk kali kedua . Haa , , sekarang tak payah baca ayat 'saya suka....:'  dah . Sebab? sebab dah habisssss~~  ^__^

    20110420

    apa kata ko?

    assalamualaikum wbt.
    kata-kata berikut saya petik dari memori ingatan saya yang terbaru . harap maklum, ia tiada di pasaran . hanya di blog saya sahaja .

    kak ngah dan kak fiza kata ; blog seha wane-wani sangat ...
    kakak unbiological+sebaya khairunnisa cakap ;
    wahhhh~ terharuuu.. :')
    wahhhh~ sekali lagi adik wat akk terharu..:')
    arghhhh, adik buat kakak terharu laah. kali ketiga :')
    emak marah ; A ah, tak bole ke A ah bangun awal sikit masa cuti nie? cara sebut nama timangan saya ialah sebut huruf A dan sambung dengan ah . saja bagitaO
    ayah speaking ; seha, try check ur laptop . working or not? how long ur holSSSS? when do u want to take the driving test? just look at your angah ........blah..blah..
    opah tanya ; seha, kamu dah ada ke? ada = ada buah hati, calon , mata air,,,,,,dll
    ayohcik ingatkan ; nanti dah tahu tarikh balik untuk sem3, bagitaO ayohcik . nak beli tiket.
    sittul mulk mesej ; bila nak kuar?
    huda kawan misteri beritahu ; ada tiga orang junior yang cuba bunuh diri . penat2 .~
    pu soal ; dah beli dah yang orang suruh tuh? mengharap sgt ~
    aini syakirah junior kat smkakl suruh ; kak seha,, update la blog akk.. saya nak baca .

    dan ................................................................


    aku jawab, berbalik kpd soalan tajuk post saya aku masih ternanti-nanti orang tuh , tapi dye tak kata apa-apa . aku just nak dye cakap hi ! tak pon, sehat? :'( i miss u so much  koyen~




    20110406

    teristimewa;)

    Assalamualaikum wbt .
    hurmm,, dah lama rasanya tak buka blog nie . malang sungguh bagi anda fasiihah jasni , iaitu tuan empunya blog ni . takpela, saya ni pon bukannyer blogger tegar . update hari-hari .  kan kakak nisa ? sekadar mengisi cuti sem2 yang agak lama nie . sapa tahan beb ! tiga bulan duk rumah . nak keluar, kawan-kawan tak cuti plak. aduuiiyyaii ~~ takpela, tolak ketepi isu cuti saya yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada anda yang membaca .

     T - I - A - D - A   
     K - E - S - I - N - A - M - B - U - N - G - A- N  . . lalalalalalala~ 


    saya telah bersetuju untuk teman kakak saya [kakngah] di kelantan . beliau sedang membuat research . saya terpaksa la ikut buntut dye . kemana dye pergi, kesitu lah saya kena pergi jugak . okayy, saya jadi cikgu untuk sekolah kebangsaan demit 2, dua hari sahaja :/ . saya cikgu untuk kanak-kanak istimewa tau ! jangan maen-maen sama saya ~ tapi orang selalu panggil murid pendidikan khas .  perasaan? hurmm, agak cuak . yela mana tak nya, budak-budak pendidikan khas kan, kebanyakannya hyper, suka buat hal sendiri, air liur meleleh, tapi itu apa yang kita dengar dari mulut orang . ya ! saya akui . memang ada yang hyper tapi mereka ni ada banyak kategori dan berbeza dari segi penyakit . sebagai contoh, ada yang menghidap dyslexia, ada jugak kena demam panas tyme baby sorii,, tak ingat nama saintifiknya tapi saya hanya menolong kakngah mengajar kanak-kanak yang ada masalah penulisan atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil "disgraphia".

    mengajar kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak istimewa memang BANYAK BEZANYA! kalau budak yang normal, sekali ajar terus masuk . itupun kalau dyeorang tumpu dan rajin . bagi kanak-kanak istimewa nie plak, adalah sebaliknya . sebulan kita ajar, belum tentu dye boleh ingat untuk bulan yang berikutnya . sangat memerlukan kecekalan hati . bukan semua cikgu ada hati macam tu . cikgu yang betul-betul faham apa erti cikgu dan mengajar sahaja yang boleh ada hati yang bagos nak mati gitu. bukan setakat cikgu sahaja, SESIAPA PUN .

    saya dipaksa diperintahkan oleh kakngah untuk mengajar abjad ABC-Z sahaja ! saya ajar dari awal . DARI AWAL disini bukanlah bermaksud setakat nyanyi lagu ABC sampai abes sambil tepuktepuk tangan keriangan pastu hafalkan . saya kena ajar bentuk huruf tu macam mana, perbezaannya dan persamaannya dengan huruf lain dan lain-lain. seingat saya, masa saya belajar tidak diterangkan . maafkan saya cikgu . terlalu jujur di sini . tapi, tak pe kott sebab cekgu tak baca blog saya :D malah TIDAK TAHU LANGSUNG blog saya . yeayyy ! ini tidak bermakna anda boleh mengutuk cekgu di blog sendiri -__- "

    Oleh kerana daya tumpuan mereka yang sekejap dan tak boleh duduk lama-lama, jadi cikgu seha nie pon kenalah bermain sambil mengajar dengan mereka . sebenarnya, lebih kepada main dari mengajar . itulah fasiihah :) saya pon jenis tak duduk diam jugak jadi memang kena sangat laaa~~ sampai orang tak kenal mana satu budak mana satu  cikgunya . sebab lebih kurang sama je perangai . hoho ! tapi,, bila orang tengok SAIZ&KETINGGIAN, orang akan kata : okaayyy, itu cikgunya ! tinggi semacam jer.. itu memang point yang menyebabkan saya tak boleh nak menipu .

    perasaan saya mengajar dyeorang , bercampurdarabahagitolak wey! tak tau nak expresskan camne . mula-mula takut, kejap-kejap happy, sat gi sedih , lepas tu menangis . hoooooooo~ berat-berat . tapi ada perasaan yang saaaaaangat spesel = TERHARU .  waaahh~ classroom gitu . anda juga mungkin bakal terharu lepas bayangkan situasi yang berikut . jadi, sila sediakan hati yang bebal okayy?

    Lokasi : Bilik Guru Pendidikan Khas
    Masa   : Selepas loceng berbunyi menandakan waktu balik
    Babak yang aku sorang je jumpa ! cess,, merak ! merak itu sama dengan bongkak .sekian~ 
    arghhh, lambat sangat ko nak cite.. lokasi laa,, masa laa.. tolong lurus-ke-titik . 
    baiklah -__-"

    bapa+K aisya : sya, jom balik..
    sya : ......... gelengkan kepala
    cekgu jenab di mejanya: sya, jom balik . tak baik,ayah dah tunggu tuh. simpan mainan dulu yer?
    sya : tak nak ..
    cekgu jenab :cepattt.nanti ayah tinggalkan sya.cekgu masih duduk di bangku mejanya.

    ~kawan aisya datang ke bilik guru~

    tirah : Aisya, jom kita balik . ha!! tu,, ayah aisya dah tunggu . kita balik ye ? esok aisya boleh main lagi .sambil menyapu-nyapu belakang aisya dan tolong mengemas mainan yang dimain aisya . zipkan beg kawan dye sekali .
    sya  : --angguk dan tersenyum--

    T__T waaaaa!!!! saya je tak senyum.. situasi macam tu amatlah sukar untuk anak perempuan puan fatimah  tangani . air mata yang dipotong tidak akan putus . sejak bila ada peribahasa nie ? saya betul-betul terharu dengan tindakan tirah yang cuba memujuk aisya . cara pendekatan dia sangat......SUPERB ! antara cara yang digunakan beliau ialah :
    1. panggil kawan dengan nama penuh .
    2. sentuhan yang dibelai-belai. aku nak aku nak!
    3. tolong menangani situasi yang kawan dia tengah hadapi (mengemas mainan)
    4. saya tak tahuuuuu~ 
    5. lagiiiii tak tahuuuuuu....
    6. cukup lah tuuuuuuuuu.....
    7. anda sangat senggg seha . :l
    benda nombor-nombor atas nie, berdasarkan perasaan keterharu-an saya semata-mata . manusia yang normal macam kita nie pon exclude fasiihah masih tak dapat memahami apa yang mereka rasa . mungkin kita fikir dengan kata-kata sahaja dah cukup untuk mendalami jiwa istimewa mereka . ternyata tidak . dalam situasi tadi, mungkin aisya rasa terbeban bila cekgu suro dye kemas mainan dan pada masa yang sama suro dye balik . mungkin dye sedikit confused . kita perlu ambil berat dengan keadaan beliau . beliau tak sama dengan kita . kita biasa tapi beliau teristimewa . ingat tuh . kakak saya cakap, budak-budak nie kena lebihkan sentuhan dari arahan . angah, ada ke ko cakap camni kat aku?...................................

    setakat ini dahulu karangan bebas saya . semoga ketemu lagi .saya sendiri tak tahu kenapa saya melebih-lebih plak post kali nie . melepaskan gian?

    pst: xceli, aku pena TERtukar perkataan confuse dengan confius tyme mesej dengan lecturer bi aku . dah namanya pon confuse kan? mestilah aku pon confuuuuuuuuuuused~
    psstt: aku menaip post nie dalam keadaan sedu sedan . bole bayangkan tak, camne terhenjut-henjutnya badan dan tangan aku menaip . banyak gileeeee typo error..
    psssttt: dari mula, niat aku nak tulis formal dan menggunakan bahasa ibunda dengan baik, malangnya terhenti di suku jalan .