20110406

teristimewa;)

Assalamualaikum wbt .
hurmm,, dah lama rasanya tak buka blog nie . malang sungguh bagi anda fasiihah jasni , iaitu tuan empunya blog ni . takpela, saya ni pon bukannyer blogger tegar . update hari-hari .  kan kakak nisa ? sekadar mengisi cuti sem2 yang agak lama nie . sapa tahan beb ! tiga bulan duk rumah . nak keluar, kawan-kawan tak cuti plak. aduuiiyyaii ~~ takpela, tolak ketepi isu cuti saya yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada anda yang membaca .

 T - I - A - D - A   
 K - E - S - I - N - A - M - B - U - N - G - A- N  . . lalalalalalala~ 


saya telah bersetuju untuk teman kakak saya [kakngah] di kelantan . beliau sedang membuat research . saya terpaksa la ikut buntut dye . kemana dye pergi, kesitu lah saya kena pergi jugak . okayy, saya jadi cikgu untuk sekolah kebangsaan demit 2, dua hari sahaja :/ . saya cikgu untuk kanak-kanak istimewa tau ! jangan maen-maen sama saya ~ tapi orang selalu panggil murid pendidikan khas .  perasaan? hurmm, agak cuak . yela mana tak nya, budak-budak pendidikan khas kan, kebanyakannya hyper, suka buat hal sendiri, air liur meleleh, tapi itu apa yang kita dengar dari mulut orang . ya ! saya akui . memang ada yang hyper tapi mereka ni ada banyak kategori dan berbeza dari segi penyakit . sebagai contoh, ada yang menghidap dyslexia, ada jugak kena demam panas tyme baby sorii,, tak ingat nama saintifiknya tapi saya hanya menolong kakngah mengajar kanak-kanak yang ada masalah penulisan atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil "disgraphia".

mengajar kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak istimewa memang BANYAK BEZANYA! kalau budak yang normal, sekali ajar terus masuk . itupun kalau dyeorang tumpu dan rajin . bagi kanak-kanak istimewa nie plak, adalah sebaliknya . sebulan kita ajar, belum tentu dye boleh ingat untuk bulan yang berikutnya . sangat memerlukan kecekalan hati . bukan semua cikgu ada hati macam tu . cikgu yang betul-betul faham apa erti cikgu dan mengajar sahaja yang boleh ada hati yang bagos nak mati gitu. bukan setakat cikgu sahaja, SESIAPA PUN .

saya dipaksa diperintahkan oleh kakngah untuk mengajar abjad ABC-Z sahaja ! saya ajar dari awal . DARI AWAL disini bukanlah bermaksud setakat nyanyi lagu ABC sampai abes sambil tepuktepuk tangan keriangan pastu hafalkan . saya kena ajar bentuk huruf tu macam mana, perbezaannya dan persamaannya dengan huruf lain dan lain-lain. seingat saya, masa saya belajar tidak diterangkan . maafkan saya cikgu . terlalu jujur di sini . tapi, tak pe kott sebab cekgu tak baca blog saya :D malah TIDAK TAHU LANGSUNG blog saya . yeayyy ! ini tidak bermakna anda boleh mengutuk cekgu di blog sendiri -__- "

Oleh kerana daya tumpuan mereka yang sekejap dan tak boleh duduk lama-lama, jadi cikgu seha nie pon kenalah bermain sambil mengajar dengan mereka . sebenarnya, lebih kepada main dari mengajar . itulah fasiihah :) saya pon jenis tak duduk diam jugak jadi memang kena sangat laaa~~ sampai orang tak kenal mana satu budak mana satu  cikgunya . sebab lebih kurang sama je perangai . hoho ! tapi,, bila orang tengok SAIZ&KETINGGIAN, orang akan kata : okaayyy, itu cikgunya ! tinggi semacam jer.. itu memang point yang menyebabkan saya tak boleh nak menipu .

perasaan saya mengajar dyeorang , bercampurdarabahagitolak wey! tak tau nak expresskan camne . mula-mula takut, kejap-kejap happy, sat gi sedih , lepas tu menangis . hoooooooo~ berat-berat . tapi ada perasaan yang saaaaaangat spesel = TERHARU .  waaahh~ classroom gitu . anda juga mungkin bakal terharu lepas bayangkan situasi yang berikut . jadi, sila sediakan hati yang bebal okayy?

Lokasi : Bilik Guru Pendidikan Khas
Masa   : Selepas loceng berbunyi menandakan waktu balik
Babak yang aku sorang je jumpa ! cess,, merak ! merak itu sama dengan bongkak .sekian~ 
arghhh, lambat sangat ko nak cite.. lokasi laa,, masa laa.. tolong lurus-ke-titik . 
baiklah -__-"

bapa+K aisya : sya, jom balik..
sya : ......... gelengkan kepala
cekgu jenab di mejanya: sya, jom balik . tak baik,ayah dah tunggu tuh. simpan mainan dulu yer?
sya : tak nak ..
cekgu jenab :cepattt.nanti ayah tinggalkan sya.cekgu masih duduk di bangku mejanya.

~kawan aisya datang ke bilik guru~

tirah : Aisya, jom kita balik . ha!! tu,, ayah aisya dah tunggu . kita balik ye ? esok aisya boleh main lagi .sambil menyapu-nyapu belakang aisya dan tolong mengemas mainan yang dimain aisya . zipkan beg kawan dye sekali .
sya  : --angguk dan tersenyum--

T__T waaaaa!!!! saya je tak senyum.. situasi macam tu amatlah sukar untuk anak perempuan puan fatimah  tangani . air mata yang dipotong tidak akan putus . sejak bila ada peribahasa nie ? saya betul-betul terharu dengan tindakan tirah yang cuba memujuk aisya . cara pendekatan dia sangat......SUPERB ! antara cara yang digunakan beliau ialah :
  1. panggil kawan dengan nama penuh .
  2. sentuhan yang dibelai-belai. aku nak aku nak!
  3. tolong menangani situasi yang kawan dia tengah hadapi (mengemas mainan)
  4. saya tak tahuuuuu~ 
  5. lagiiiii tak tahuuuuuu....
  6. cukup lah tuuuuuuuuu.....
  7. anda sangat senggg seha . :l
benda nombor-nombor atas nie, berdasarkan perasaan keterharu-an saya semata-mata . manusia yang normal macam kita nie pon exclude fasiihah masih tak dapat memahami apa yang mereka rasa . mungkin kita fikir dengan kata-kata sahaja dah cukup untuk mendalami jiwa istimewa mereka . ternyata tidak . dalam situasi tadi, mungkin aisya rasa terbeban bila cekgu suro dye kemas mainan dan pada masa yang sama suro dye balik . mungkin dye sedikit confused . kita perlu ambil berat dengan keadaan beliau . beliau tak sama dengan kita . kita biasa tapi beliau teristimewa . ingat tuh . kakak saya cakap, budak-budak nie kena lebihkan sentuhan dari arahan . angah, ada ke ko cakap camni kat aku?...................................

setakat ini dahulu karangan bebas saya . semoga ketemu lagi .saya sendiri tak tahu kenapa saya melebih-lebih plak post kali nie . melepaskan gian?

pst: xceli, aku pena TERtukar perkataan confuse dengan confius tyme mesej dengan lecturer bi aku . dah namanya pon confuse kan? mestilah aku pon confuuuuuuuuuuused~
psstt: aku menaip post nie dalam keadaan sedu sedan . bole bayangkan tak, camne terhenjut-henjutnya badan dan tangan aku menaip . banyak gileeeee typo error..
psssttt: dari mula, niat aku nak tulis formal dan menggunakan bahasa ibunda dengan baik, malangnya terhenti di suku jalan .




No comments:

Post a Comment