20110422

Saya yang Terbaru

Bismillah .
konnichiwa - good afternoon !
Tak ada apa yang menarik . tak baca pon lagi bagus . jangan baca . jangan baca . saya cakap baik-baik nie. baca jugak?! ISHH, SAYA CAKAP JANGAN BACA , JANGAN BACA LAAAA ! DEGIL LA AWAK NI . SUKA HATI AWAK LAA . O_O"  masalah gile ko ,seha~ ok, teruskan pembacaan anda .

semenjak dua menjak tiga menjak nie, saya suka . . . . . . . . . . . .  :
  • panggil orang laen kakak . kenapa eh? walaupun sebaya . pada saya benda tu kiut miut. bhaha . memang tak dapat disangkal lagi, naluri adik bongsu perempuan masih KUATdalam diri saya . hampir semua kawan kawan saya telah menjadi mangsa . kesiann mereka ~ tapi panggilan kakak nie untuk orang-orang yang saya rapat , saya sayang  dan memang spontan -> gengpuzzlekite , kak mimi , kak nes , dan ramai lagi sebenarnya .
"Sila ambil perhatian . untuk baca titik yang seterusnya awak perlu baca ayat "saya suka....:" semula . Setiap kali nak baca titik yang baru sila berbuat demikian ."
  • tengok anime . yang paling saya suka, ONE PIECE ! bestttt gleeeeee >__< kadang-kadang rasa heran jugak , sejak bile saya minat cite-cite anime nie? rupa-rupanya kalau dilihat dari sejarah hidup memang dari kecik saya dah tengok dan SUKA anime . dragon ball , sailormoon, school rumble, detective conan dan macam-macam lagi . kalau saya nak tengok anime, saya MESTI tengok anime tuh sama ada cantik atau tak . kalau keras , memang ma'assalamah wa ila liqo'~ kedua, saya kena tengok, cite tu lucah ke tak . wohoooo~ sangat bahaya benda nie sebab selalunya anime mesti ada unsur nie . sume cite nie saya tengok di tv sahaja sebab saya takut kalau saya buka kat internet,, macam-macam keluar . kat tv selamat lagi . kalau korang nak tahu, penangan anime ni sangat dahsyatttttt ! macam apa yang berlaku di jepun . dyeorang siap buat penyanyi anime 3D macam manusia . bukan 3D kot,, dah ber DD dah..yang melebih-lebihnya siap buat konsert . tak caya? tengok video kat bawah ni nanti. btw, sailormoon dah ada balik ! kat ntv7 . heee ~ :D 

Dye masih mampu tersenyum walaupun dye adalah salah seorang "WANTED"
  • main game . ADDICTED . terutama game-game di facebook . nak bagitahu jugak nama-nama game yang saya main ; CityVille , Fashion World ,  Baking Life , It Girl .. waaaaa~ memang tak jadi kerja la kalau duk melayan game-game kesayangan tuh . saya punya ketagihan nie sampai sakit belakang . saya tahu, tak elok . dan saya berjanji saya tak kan main sampai sakit belakang dan saya berjanji saya akan main sampai lenguh tangan dan bosan jer :p . dan semenjak berkawan dengan senior di nilam puri especially kak nisa, kak naili, kak dayah , kak sya, kak yaa , saya suka tukar game dengan dyeorg ;p  antara dyeorg nie pon ada yang banyak game tapi tak pandai maen . HAHAHA  ! kak naili, akk tawu kan sape?? hikhik.. XD
  • jepun dari korea . ya saya tahu . dulu saya minat gila kat cite korea tapi sekarang nie, macam dah beralih angin pulak . Kini, saya suka JEPUN ! SANGAT ! mesti korang hairan macam mane boleh bertukar nie , kan? kan? ok, xde sape pon heran~ bagi saya, sume cite korea sama sahaja jalan ceritanya macam cerita indon yang berlambak nak mampus kat tv skang nie . contohnya gini , mula-mula tak suka pastu suka balik pastu berpisah pastu jumpa balik.. adoiiiii~ sampai bilaaaaaaa mau abes?? takpon, perempuan dalam cerita tu jenis yang bodoh-bodoh, lurus bendul sume . dye minat kat laki kaya , laki handsome, pandai . laki tu selalunya jenis yang arrogant . menyampah den ~_~ jepun lain . oleh itu, Fasiihah Jasni telah mula belajar bahasa jepun secara tidak rasmi . yeppppii ! tapi, bahasa arab memang tiada tandingannya . dye tetap yang no 1 dalam hati guA ! terpaksa guna huruf besar dan diboldkan untuk huruf 'a' tu sebab nanti korang baca gua=cave . ko fikir cam budak-budak seha . dyeorang bukan tak tahu . dyeorang tahu laa~    
    • tengok channel DIVA . espcially oprah winfrey show . best bangat !!!!! you must see it . ok, i know, i know.. dah lama dah rancangan tuh dan saya masih di zaman purba . sekarang nie pon kat DIVA selalu tayang yang farewell season je .  ahhhhh ! tak kira . saya yang tengok bukan awak kan? pedulik hapeee aku . kadang-kadang yang lama itu yang kita duk cari sekarang . lagi satu, saya suka movie-movie kat saluran 702 nie . walaupun movie dye jenis berkurun abad lamanya dan tak macam dalam movie-movie kat HBO, tapi filem dye HEBATTT ! banyak pengajaran .

    buat yang tak kenal lagi siapa itu oprah , opah ke.. bukan,,bukan.. ni dye !

    • taip mesej , komen , chatting dengan menggunakan long form? ke full form? ishhh.. senang cite PENUH . saya tak suka potong-potong dan buang huruf vokal . elehh, betul ke? muka macam tak boleh percaya je . urghhh ! tak ada la semuanya panjang . ada jugak yang kemetot . 
    "Sila ambil perhatian untuk kali kedua . Haa , , sekarang tak payah baca ayat 'saya suka....:'  dah . Sebab? sebab dah habisssss~~  ^__^

    No comments:

    Post a Comment