20110629

Hamba ini

Assalamualaikum wbt semua !

"Kak seha, akak pegang jawatan apa kat sini nilam puri?"
"Takde pegang apa-apa . Akak kan HAMBA :)"

"Kak seha, akak MPP ke? JTK? "
"Taklah wak . Akak takde sangkut paut dengan depa pon . tak layak . akak ni jahat tauu ! sebab tu akak ada jawatan HAMBA je :)"

"Kak seha, Hari Terbuka Universiti Malaya,, gerai akak jual ape?"
"aik? Akak mana ada gerai . Akak tukang membeli je laa. Akak kan HAMBA :)"

Begitulah setiap kali kalau saya berkenalan atau rapat dengan sesiapa sahaja . Terutamanya junior . Korang-korang~~ tak faham akak.. Wajib ke akak ada jawatan hebat-hebat tuh? Kalau akak tak ada jawatan-jawatan tu sume, akak tak nampak tinggi? siyes takde point -,-" Akak lebih senang dengan jawatan HAMBA . Mungkin lah, seseorang itu tampak lebih hebat dan gah bila pegang jawatan . Tapi akak tak minat laa . Akak lebih minat jadi "kentut tak bunyi , sesemerbak baunya" BUKAN "diam-diam besi berkarat , haprak pon tak boleh"  Biarlah orang lain sendiri sedar dengan kebolehan akak . Biarlah orang lain sendiri yang hidu kesungguhan akak . Biarlah hasil kerja akak yang menjadi bukti . Tak perlu ditonjolkan malah benda tu kan terserlah dengan sendirinya kalau kita benar-benar ikhlas.  Mendidik hati menjadi ikhlas memang payah . Tapi hati perlukan latihan . Sebagai latihan untuk menjadi ikhlas, adalah dengan akak menjadi hamba . Apabila menjadi HAMBA, ia menuntut akak untuk menjadi TAAT . Menuntut untuk RAJIN . Menuntut untuk SEDAR DIRI . Menuntut untuk SABAR DAN TABAH . Moga Allah permudahkan segalanya ~

Kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi sebahagian daripada kamus hidup saya , moga dengan tiada jawatan anda lebih mahu berkawan , berkongsi apa sahaja, berkasih sayang dan berkenalan dengan HAMBA ini, FASIIHAH JASNI . Doa kalian saya harapkan  . Moga hati saya dan kalian sama-sama bersih . 

Mari beriman dengan kalam Allah, surah Al-Ikhlas


Surah Al Baqarah, ayat 112


Mencapai sesuatu yang luar biasa dengan cara yang PALING sederhana

Takaful pun nak Ikhlas, saya pun nak. Tapi, perkataan ikhlas tu kena letak kat atas dulu . Baru progresif dan inovatif . kan?

Saya nak hati cenggini .. nak lagi transparent ..







20110619

critical nautical -,-"

critical nautical
Hasil tempek-tempek saya ! 
Saya suka fashion <3<3
Tapi saya tak suka bila manusia yang pakai .
HAHA
sekian terima kasih ..
"Berkat" main game Mall World and Fashion Designer kat facebook .






20110612

Allah, tolong saya !!!!!!

Suatu petang ,
Pintu bilik diketuk ,
"assalamualaikum..."
"waalaikumussalam...oh, pah.. kenapa? eh, masuklah .."
"Nak minta tolong sangat-sangat nie.."
"BOLEH.BOLEH.BOLEH.. nak minta tolong apa?"
"Boleh tak seha gantikan Na.. Dia tak nak jadi naqibah pulak. Last-last minute baru dia tolak ."
"hurmm.. naqibah? adoiii~~"
"Minta tolong sangat-sangat nie. masa kita tengah fikir nak cari partner,, terus kita teringat kat seha.."
"......okay, kita tolong.. tapi kita tak pandai sangat tau.. tahu sikit-sikit je..takpe ke?"
"takpe-takpe.. kita handle sama-sama.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK... nanti, pape hal kita bagitahu seha yer.."

saya senyum sahaja..:) tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa cuak dan bimbangnya saya . Ilmu saya tak banyak . ciputttttttttttt je . lebih kecil dari kuman.. eh, salah! langsung tak nampak dari zarah . :( 

psst: tapi saya masih tak faham, kenapa saya selalu menjadi pengganti kepada orang lain..












20110610

gambar=normal,tiba-tiba,normal,tiba-tiba..

Gambar di ambil lepas amik sijil SPM . ngeh3..

NORMAL
We're super seni~OR!

geng-amek-sijil-SPM
tutup telinga,mata,hidung,mulut

TIBA-TIBA..

saya teringin nak rasa macaroons.. apa rasanya ek?

 NORMAL SEMULA

 tomey la izan wat camtu ^__^

 rihab sahaja yang tiada dalam gambar sebab dia dah balik

 TIBA-TIBA

saya teringat dan rindukan suami saya :'(

 NORMAL

tak tahu nak wat caption apa -,-"

sittul !! nape tak buat dua?!!crop gambar hang kang..

TIBA-TIBA YANG TERAKHIR

ini wallpaper yang saya guna sekarang 
saya tak paham kenapa benda nie pon saya nak tunjuk? -___-"

Huduh bebenor perangai tuh

Assalamualaikum wbt . 
Ogenki desu ka? Genki desu.. How are you? I'm fine. Saya nak beritahu awal-awal, post kali ni mungkin penuh beremosi dan menunjukkan diri saya yang sangat tidak matang pernah ke ko bersikap matang? oke, saya memang tak pernah matang . So, kalau rasa tak larat nak baca, boleh la bukak web lain ke, bukak blog yang lagi hebat ke, Saya minta maaf banyak-banyak kepada anda yang masih sudi membaca blog nie walaupun anda tak pernah dapat apa-apa manfaat pun setelah membaca  :( dah la saya suka buat entri panjang-panjang sampai muntah UNGU..kesian korang..

Nak dijadikan modal untuk saya bercerita, minggu lepas saya dapat satu mesej yang berbunyi :
"awk, guess what i saw here?  hantu bungkus!!"
"siapa? " Saya saja tanya walaupun dah tahu apa jawapannya.
"muslimah.."
"muslimah? kenapa awak panggil dia hantu bungkus?" Sumpah ! saya memang dah tahu sebabnya .
"dah tinggal mata dia je yang nampak .." tepat sekali sangkaan saya . 
Sebak di dada tidak dapat dibendung lagi . Ahh, tewas juga akhirnya . :'( 

Korang mesti tak paham en , kenapa saya terlalu beremosi sampai macam tu sekali . Baiklah, begini ... Saya ada seorang kakak yang amat-amat saya rindui dan sayangggg . ya, kakak kandung! tak main la kakak-kakak-tak-larat-angkat ni . mungkin kalian pernah kenal beliau . Nurfaaizah binti Jasni . Naib presiden BADAR SMKAKL 2006 . Alaaaa, yang TINGGI-TINGGI tuh.. Ingat?  Dialah kakak saya . Kami  sekeluarga panggil beliau, Jah . Masa kecik, saya sangat rapat dengan Jah berbanding kakngah . sekarang terbalik pula . Kami selalu maen masak-masak sama-sama, buat khemah dalam rumah dengan menjatuhkan semua kerusi meja makan dan letakkan selimut atas kerusi tu, maen cekgu-cekgu setiap kali nak naik darjah , maen jual-jual pemadam atau apa sahaja yang boleh dijual dengan menggunakan duit saidina , masa tu rasa HEBAT gilee sebab ada duit berpuluh-puluh ribu . ops! BERJUTA :D banyak la yang kami maen sehingga membawa kesan sampai ke hari ini. Contoh, parut dekat kepala saya sebab Jah tolak ke dalam longkang dan Luqman adik bongsu masih memanggil Jah sebagai MAMA disebabkan maen masak-masak . 

Prestasi kokurikulum Jah sangat CEMERLANG . akademik? hurmm,, toksah tanya la.. cantik je report card & slip2 peperiksaan besar dia. Rasa cam nak liquid je semua slip dia, pastu tulis nama FASIIHAH JASNI . wahhh ~ sangat perasan ! Dia kira cam budak harapan sekolah dan rumah. Kalau dalam family dialah yang paling pandai. Apa yang saya kagum mengenai kakak saya nie dia sangat pandai uruskan masa . SERIUS, jeles sangat !! Kadang-kadang kita rasa macam 24 jam tu tak cukup untuk kita especially bila kerja sekolah berlambak dan assignment yang menggunung setinggi gunung everest . melampau la kau nie tapi tengok dia senang je,, kerja sekolah semua siap, kerja rumah siap, urusan dengan Allah siap, urusan dengan manusia siap.. adoiiii ! tensiOn la dapat kakak yang macam nie. tang mana yang ko tak siap haaa , jah?? Dan perkara yang paling saya tak suka pasal jah ialah, disebabkan kebagusan beliau yang melampau-lampau tu, semua cikgu suka sangat salah panggil nama saya . "Faaizah, fasiihah boleh tolong cikgu tak.." "faaizah,fasiihah awak turun kat bawah,amekkan cikgu punya buku..." "faaizah,fasiihah awak masuk netball nak tak?" perghhh~ sape tak gila camnie . O_O" saya sentiasa dibayangi kakak saya . Actually, saya tak kesah sangat pasal tu.. tapi bila ada yang cuba membuat perbandingan antara saya dengan dia, saya rasa macam.... ish,tak patut ! 

Saya ingat lagi masa sekolah dulu . Kami satu dorm . Kawan-kawan saya ingat, mak saya pakai "orang dalam" supaya tempatkan kami satu dorm. HAHA. ape lah~~ Dia sangat sombong dengan saya kat sekolah. Tak bercakap langsung dengan saya.. cehh~ tak nak ngaku kakak kunun.. nak tahu macamana tahap sombongnya tuh? sampaikan salah sorang kakak dorm saya tak percaya yang kami nie adik beradik kandung . Kakak tu kata " eh,,bukan diaorang saja-saja gosip ke.. sebab kamu dengan kak faaizah kan tinggi..kan? kan?" HAHAHAHA,, satu dorm pakat gelak. paham-paham jela bila gelak masa bukan hari ada liqo' atau bacaan surah almulk . gila tak gila. cam orang meroyan semuanya..aduiiyaii .yang lebih teruk, kakak dorm saya tu tahu yang kami ni adik beradik kandung lepas kakak saya dah keluar sekolah. adalah dalam dua tahun gitu.. naseb baek dia tanya.. kalau tak, sampai kesudah la kakak tu tak tahu hakikat yang sebenarnya . 

Saya ingat lagi masa Jah pegang jawatan Naib Presiden Badar . for short, Naib PresBa .hurmm, saya kira, Jah sangat bertuah kerana dapat jawatan yang sangat dihormati di sekolah . Hubungan adik beradik antara kami banyak diuji masa nie. Kadang-kadang saya rasa sangat malu apabila mengenangkan salah satu peristiwa pahit dalam hidup saya . Jah ada lah join usrah2 underground nie , tapi satu hari nie, semua kawan-kawan rapat dia datang satu per satu kat saya beritahu pasal Jah. Diaorang kata KAKAK SAYA SESAT ! :( bila saya lalu je kat mana-mana, semua orang pandang-pandang dan jeling-jeling yang menjengkelkan kat saya. saya jadi sangat tertekan masa tuh ditambah dengan esoknya nak exam . saya dah tak tahan, saya terus gi public phone, telefon mak . Sampai mak datang sekolah hari ahad tu . Jahat tak jahat orang sekeliling dia . Saya memang bulat-bulat percaya yang kakak saya sesat . Saya sangat tak matang . Bodohnya saya T__T Lepas mendengar apa yang kakak saya explain depan mak saya , saya terus mintak maaf dengan dia. BERSALAH YANG TERAMAT ! rasa cam tak layak jadi adik Jah . :'( Lama-lama, orang pun tutup mulut . Penat dah tabur fitnah kat orang agaknya. Yang saya terkilan sangat-sangat, kawan yang dikatakan masa susah dan senang , dengan sekelip mata berubah . Sanggup kawan-kawan "baik" Jah kata dia cam tuh.. Allah,,Allah~~

Lepas habis sekolah, Jah dapat tawaran ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu . Lepas habis belajar di DQ, Jah sambung  belajar kat UIA, Nilai . amek kos econs kalau tak silap :p Dia memang nak sangat jadi AUDITOR bukan editor majalah al-isra' yer. Lebih kurang duatiga bulan gitu kott, Jah pun menyatakan hasratnya untuk menamatkan pengajian di UIA dan menyambung ke Pondok Darul Asma' di Kelantan . Katanya sebab dia tak rasa apa-apa bila belajar . saya tak pasti apa yang dia cari . hurmm,, masa mula-mula Jah bagitahu mak, mak sangat terkejut . yela, anak dah elok-elok dapat belajar kat U gatai-gatai nak gi sekolah pondok pulak . biasalah, semua ibubapa memikirkan masa depan anaknya . menipulah kalau mak saya tak fikir macam mak orang lain kan??  Lepas dah bincang dengan suami beliau, ayah saya laaa mereka pun buat keputusan . Mak dan ayah bagi kebenaran untuk Jah belajar di Kelantan . arghhh ! mak,ayah :') sangat terharu.. tak sangka, mak ayah sanggup melepaskan impiannya melihat anak mendapat segulung ijazah, DEMI kebahagiaan sebenar yang dicari oleh si anak . Saya pun hairan lah jugak kan, kenapa mak dan ayah dengan mudahnya setuju? Terdetiklah kat hati saya ni  nak bertanya dekat mak , nak tahu apa alasannya.
"mak, kakak nak tanya sikit boleh tak...? "
"hurmm.. apa dia?"
"kenapa mak bagi Jah berhenti belajar kat UIA?" jahat gila kan soklan. saya lah yang bertanya tu -,-'
"masa sekolah dulu, dia dah perform yang terbaik untuk mak dengan ayah . sekarang ni, biar dia pulak yang pilih dan atur hidup dia . mak dengan ayah boleh bagi nasihat je . dia kan dah besar . dia yang nak belajar, bukan mak . insyaAllah,, mak pasti, keputusan yang Jah buat nie tak sia-sia ."
:') :') :') awwwwww~ mudahnya mak saya punya alasan . oh,begitu ye hati ibu !

Apa yang membuatkan saya terus meminati dan mengagumi emak saya dalam diam ialah apabila ada saudara mara yang datang bertanya tentang Jah  dan mengutuk-ngutuk perbuatannya berhenti belajar di U, mak cakap kat depa " dia bukan buat benda tak senonoh . dia belajar agama ."
sungguh !! SAYANG GILAAAA kat mak . kadang-kadang rasa nak kasi pelempang tangan besar ni je kat depa sambil berkata ; eh, tolong sedar sikit ! awak tu saudara mara saya juga. support lah sikit ! by the way, nak tanya .. kenapa anak awak cakap nak couple awak bagi ek? tak ke bongap tuh ! amek ko.. rasakan penangan mulut laser nak mampuih fasiihah jasni . 

Setiap kali ada yang mencemuh, mak hanya bertindak sebagai peneutral keadaan . tidak pernah sedikit pun, mak menunjukkan reaksi susah hati :)

okayy,, sambung balik cerita pasal kakak saya . Alhamdulillah, semenjak Jah belajar di pondok, hidupnya makin bahagia . mungkin dia sudah jumpa kebahagiaan sebenar yang dicari . Cara berpakaian Jah untuk keluar rumah atau berjumpa dengan yang bukan mahram (saudara-mara) turut berubah . Berjubah, berpurdah dan bertudung labuh serba hitam . Disebabkan cara berpakaian Jah inilah , macam-macam gelaran yang dia terima . Antara gelaran  yang diberi , hantu bungkus, seperti yang telah dinyatakan di awal cerita gagak hitam errkk.. dah namanya pon gagak, sahsah la warna hitam kan.  ada warna lain ke?-__-" banyak sangatlah kalau nak listkan..

Setelah berjela-jela menaip, boleh tak kita terus jump to conclusionquestion? pleaseeee >o< ..
1. Sebelum kita mengatakan atau menghukum seseorang itu sesat, sila tanya diri kita.. Layak tak kita cakap macam tu? Tuhan pun tak cakap dia sesat means ciri-ciri sesat tu tak ada seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah. Malah amal solehnya juga turut bertambah dan lebih sempurna, KITA?
2. Tepuk Ketuk kepala sendiri dan tanya : Berapa lama aku hidup dan tinggal serumah dengan dia? Sama tak dengan usia mak ayah dia bela dan besarkan dia..
3. Sebenarnya orang yang suka sangat memberikan gelaran kat orang lain ni , masih tak sedar dan tidak menghayati kalam Allah surah AlHujurat ayat 11 dan 12 . 



"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yg lain,(karena)boleh jadi mereka( yg diperolok-olokkan adalah lebih baik dari mereka (yg mengolok-olok,dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan)perempuan lain,(karena) boleh jadi perempuan (yg diperolok-olokkan) lebih baik drpd perempuan(yg mengolok-olok).Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, danjanganlah saling memanggildgn gelaran yg buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yg buruk (fasik) setelah beriman. dan barangsiapa tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yg zalim." [11]

"Wahai orang-orang yg beriman! Jauhilah banyak dri prasangka,sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, danjanganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, danjanganlah di antara kamu yg menggunjing sebagian yg lain.Apakah dia antara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kpd Allah,sungguh Allah Maha Penerima taubat,Maha Penyayang." [12]
4. Lempang pipi dan tanya: Adakah orang yang belajar dan mengkaji tentang AlQuran dan AsSunnah itu orang yang jahat dan sesat? 
5. Cubit cikit peha tu dan tanya: Apa perasaan mak ayah kepada anak yang dikutuk dan menerima gelaran tu ? Susah payah mereka besarkan anak kandung sendiri, begitu pula orang mengata . Mereka sendiri tak pernah bagi gelaran buruk-buruk kat anak-anak depa apatah lagi mengatakan anak mereka sesat . 
6. Akhir sekali, untuk mereka yang pernah memberi gelaran kat kakak saya atau sesiapa pun, kalau rasa diri dah cukup baik dan layak untuk ke syurga Allah, tak payah bertaubat . get it? kalau xpaham tu, doa banyak-banyak supaya diterangkan hati .

psst; nak letak gambar kami bertiga,,(kakngah,jah&saya) tapi bila difikirkan semula,, saya masih adik jah dan kena hormati perubahan beliau . 
psst : seburuk mana pun dia, selagi darah  masih mengalir dalam tubuh,, dia TETAP kakak saya :D
psst: baru perasan yang kebelakangan ni saya tak rajin upload gambar kat sini :P