20110629

Hamba ini

Assalamualaikum wbt semua !

"Kak seha, akak pegang jawatan apa kat sini nilam puri?"
"Takde pegang apa-apa . Akak kan HAMBA :)"

"Kak seha, akak MPP ke? JTK? "
"Taklah wak . Akak takde sangkut paut dengan depa pon . tak layak . akak ni jahat tauu ! sebab tu akak ada jawatan HAMBA je :)"

"Kak seha, Hari Terbuka Universiti Malaya,, gerai akak jual ape?"
"aik? Akak mana ada gerai . Akak tukang membeli je laa. Akak kan HAMBA :)"

Begitulah setiap kali kalau saya berkenalan atau rapat dengan sesiapa sahaja . Terutamanya junior . Korang-korang~~ tak faham akak.. Wajib ke akak ada jawatan hebat-hebat tuh? Kalau akak tak ada jawatan-jawatan tu sume, akak tak nampak tinggi? siyes takde point -,-" Akak lebih senang dengan jawatan HAMBA . Mungkin lah, seseorang itu tampak lebih hebat dan gah bila pegang jawatan . Tapi akak tak minat laa . Akak lebih minat jadi "kentut tak bunyi , sesemerbak baunya" BUKAN "diam-diam besi berkarat , haprak pon tak boleh"  Biarlah orang lain sendiri sedar dengan kebolehan akak . Biarlah orang lain sendiri yang hidu kesungguhan akak . Biarlah hasil kerja akak yang menjadi bukti . Tak perlu ditonjolkan malah benda tu kan terserlah dengan sendirinya kalau kita benar-benar ikhlas.  Mendidik hati menjadi ikhlas memang payah . Tapi hati perlukan latihan . Sebagai latihan untuk menjadi ikhlas, adalah dengan akak menjadi hamba . Apabila menjadi HAMBA, ia menuntut akak untuk menjadi TAAT . Menuntut untuk RAJIN . Menuntut untuk SEDAR DIRI . Menuntut untuk SABAR DAN TABAH . Moga Allah permudahkan segalanya ~

Kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi sebahagian daripada kamus hidup saya , moga dengan tiada jawatan anda lebih mahu berkawan , berkongsi apa sahaja, berkasih sayang dan berkenalan dengan HAMBA ini, FASIIHAH JASNI . Doa kalian saya harapkan  . Moga hati saya dan kalian sama-sama bersih . 

Mari beriman dengan kalam Allah, surah Al-Ikhlas


Surah Al Baqarah, ayat 112


Mencapai sesuatu yang luar biasa dengan cara yang PALING sederhana

Takaful pun nak Ikhlas, saya pun nak. Tapi, perkataan ikhlas tu kena letak kat atas dulu . Baru progresif dan inovatif . kan?

Saya nak hati cenggini .. nak lagi transparent ..







No comments:

Post a Comment