20110804

Jawapan "salah siapa tiket bas habis"

Assalamualaikum wbt .
Haaaaaa!! hari tu kan saya emo-emo sikit banyak sebenarnya tentang anjak cuti raya sume kan? kan? Sekarang saya nak bagitahu keputusannya . Jawapan dari Timbalan Pengarah APIUM NP , Prof Madya Dr . Mohd Muhideen bin Abdul Rahman @ الأستاذ المشارك الدكتور محمد محي الدين بن عبد الرحم melalui presiden kami :


Khairol Najib Hashim 
ok sekarang ana menjwab soalan2 diatas.. hasil perbincangan dgn TIMB.Pengarah sebentar td, pihak pejabat tidak akan menambah cuti. hal ini kerana pihak pejabat telah mengambil cuti selama seminggu untuk cuti hari raya. tetapi jika pelajar mahu anjak kelas, pelajar hendaklah deal dengan pensyarah masing2. ikut pensyarah.. mana2 pelajar yg tidak hadir ke kuliah kerana tiket habis tidak boleh dijadikan alasan, kerana takwim UM Np telah dikeluarkan awal.katanya... oleh yg demikian.. sekarang ana dh bg jawapannya. serah kepada antum untuk buat keputusan... syukran ala kulli hal...






psst: tension ckit.. banyak keje tak siap .. salah saya T__T hari ahad nie kena tasmi' 40 hadith bermula dengan sanad, matan dan rawinya . O__O" doakan saya .




20110802

Tiket bas habis, sila salahkan diri sendiri !

Assalamualaikum wbt .
Alhamdulillah , kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berjumpa dan bertemu kembali dengan bulan yang lebih mulia dari seribu bulan , iaitu RAMADHAN KAREEM :D 

Hurmm,, sekarang semua kawan batch saya, dekat nilam puri nie duk sibuk-sibuk nak adjust cuti raya . Diaorang nak kuliah start hari selasa . Kelas sepatutnya start hari ahad lagi . Saya 100 campur 20 peratus TAK SETUJU dengan cadangan itu . Bukan apa, kesiannnnn kanlah orang-orang saya tergolong yang dah beli tiket pergi-balik . Kenapa tak bincang hal ini awal-awal ? Mengikut logik akal korang kan, agak-agak tiket bas boleh habis tak bila tiba musim perayaan? KOMPEM LAAA HABIS ! kan? Itu pun tak boleh fikir. Geram la gini , macam tak pernah je beli tiket bas . 
see ! syarikat bas pun kata DAPATKAN SEGERA BUKAN TERGESA-GESA !

Habis tu, orang yang dah beli tiket awal-awal tu nak burn tiket camtu je ke? Depa kata boleh tukar. Saya tahulah tu.. tapi,, SIAPA yang nak pergi tukar tiket tuh? Saya memang malas nak keluar ke KB . Siapakah yang patut dipersalahkan dalam "masalah negara" yang tak berapa nak besar ini? Bukan niat dihati nak tunding jari dekat sesiapa tapi,,,,, T__T Awak, awak, awak, dan awak semua yang tak peduli dengan "tiket bas akan habis" tu yang patut dipersalahkan  .  'Ikut dan' korang je nak beli bila . Saya bukan macam tuh dan saya tak suka begitu . Ikutkan hati, memang nak sangatttttt cuti raya lebih lama. Siapa yang tak nak kannnn ???  masalahnya saya DAH beli tiket . Lainlah kalau saya baru nak gi beli esok macam korang !!!! Saya yang tak memahami masalah orang lain atau mereka yang tak paham kami yang dah beli tiket @ pandai buat perancangan @ pandai uruskan diri . 

Part depa suruh kami tukar tiket tu, kira okayy lagi laa . tapi bila kami tanya "Siapa yang nak bayar duit tiket baru tuh?" Nak tahu tak depa jawab apa?! SANGAT menjengkelkan dan menggugat iman bulan puasa ni "Sponsor by parents laa.." HEYYY!! waley waley HEYYYY ! Sesedap tangan korang je menaip komen kat facebook tu kan? Rasa cam nak hempuk laptop ni kat korang . ish3.. tak bole2.. sayang laptop yang banyak berjasa ni.. Saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi . Saya nangis je dari tadi . Saya bukan datang dari keluarga yang senang macam kalian dan saya tidak di didik dengan fikiran 'kalau duit tak cukup, mak ayah kan ada~~'

Petang tadi, seorang budak Kuching ,Sarawak komen"cbe ckp awal2.. PIKIR la org borneo cmne????  dahla xbalik cti midsem.. korg xpe larrrrrr.. kalo nk jgak anjak, ganti tket rm300+".---> TERBAEK DARI LADANG ! 
Ada pulak sorang nie komen -____-"

 yang da beli tiket 2 pe slhnyer nk balik awl..study ler kt cni..tp klas stat ari selasa...coz kesian lak kt owg yg kehabisan tiket..cube msg2 cube bntu n phm antre 1 ngan yg len..xjd mslh pe pon klao klas ganjak..haa kalo xnk de klas ganti time study week..sblm study week cari la waktu kosong gnti en..nk 1000 daya xnk 1000 dalih..ag pon kalo ganti pon 2 hari je..pk2 en la..

~~ yes! WE GOT POINT THERE! awak..awak.. awak sekarang tak nak paham kiteorang yang dah beli tiket nie. Kiteorang datang awal, kiteorang kena ganti kelas? CAMTU KEEEE? arghhhh! tak suka la camnie.. Biarlah ada situasi 'Win-Win" . sumpah tak adil ! Jeles? OF COURSEEEE !

sesiapa yang xbersedia dengan kepenatan dalam menuntut ilmu akan menempah kejahilan untuk selamanya..biasalah menuntut ilmu kdg2 susah kdg2 senang..yang menentukan kejayaan,usaha seseorang itu..fikirkanlah.

hurmm, korang yang tak bersedia nak penat untuk belajar atau kami yang dah beli tiket nie? HUH? korang duk sebok-sebok pasal raya (harus), kami fikir kuliah (fardhu 'ain) dulu,, sebab tu kami tak nak cuti raya panjang-panjang ! ada paham? kalau tak faham lagi , gi hentak kepala kat dinding tuh, bila dah bergegar otak , baru faham :D

P/s: Maaf yer kawan-kawan , saya EMO sangat nie . Sebab hal ni sedikit sebanyak melibatkan perihal keluarga saya . Cukuplah Allah, saya dan keluarga saya je yang tahu .