20110903

Meniru ! sudah-sudah la tu..

Assalamualaikum wbt .

Korang, tadi saya ada exam kenegaraan malaysia. buat pakai SPECTRUM . tau tak? alaaa,, yang jawab kat komputer tuh. ala-ala ujian memandu tuh. yang terus dapat jawapan . Ada satu benda yang saya   cukuppppppp terkilan masa jawab exam tadi..

SAYA BINGUNG ! 
Saya betul-betul tak faham mengapa perlu meniru masa ujian? Apalah guna ujian yang kita jawab tuh, tapi jawapan itu bukan dari usaha kita? Okayy, saya tahu semua orang nak markah tinggi tapi cuba fikir semula tujuan ujian itu sendiri diadakan.. untuk menguji kan?


Uji apa?
Nak uji macam-macam . Bukan setakat bulatkan atau tandakan jawapan yang betul . Tapi ujian juga untuk menguji tahap kepercayaan, keyakinan dan kejujuran seseorang . Nampak tak? BESAR KAN MAKNA UJIAN? Analoginya begini, awak campakkan batu ke dalam air . Kompem-kompem la batu tu tenggelam kan? tapi,, awak masih ragu-ragu untuk mencampakkan batu tu jugak. Awak genggam batu tuh sampai tangan awak berdarah.--> ini benar-benar analogi yang hiperbola. Awak kurang yakin dengan kesahihan pasal " batu akan tenggelam dalam air kerana ketumpatannya atau dalam bahasa yang agak power sikit DENSITY". Ingat tak subject science form 1 nie? Less dense solids floating on more dense fluids. If the average density (including any air below the waterline) of an object is less than water (1000 kg/m3) it will float in water and if it is more than water's it will sink in water. (saya merompak dari encik wiki) okayy, sekarang dah percaya? TAK JUGAKK? hurmm,, camne nak kasi percaya eh? awak kena campak jugak batu tuh dalam air, baru awak tahu sama ada batu tu berat dari air atau ringan. Ya, inilah dipanggil test@ujian . Kalau kita kembali ke alam nyata , awak hanya akan tahu awak ni rajin atau pemalas/ pandai atau bodoh/ baca atau tidak/ dah kuasai atau belum sesuatu subjek itu HANYA melalui UJIAN ! percayalah ! saya tak bohong nieee ~ 


cara orang meniru -,-"

PRATIKAL LEBIH PENTING DARI TEORI
Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang saya cakapkan tadi . sedikit sebanyak ada betulnya kan? Okayy, ada yang kata nak tahu orang itu pandai atau bodoh, tak semestinya dengan jawapan di atas kertas peperiksaan , kita kena uji praktikalnya dari teorinya . Tapi kalau tak tahu teori tak boleh jugak kan? Katakanlah awak nak buat kek, tapi tak tahu satu haprak pon bahan apa yang perlu digunakan . Adakah akan menjadi kek tanpa tepung, telur dan sebagainya? TIDAK!

SELEPAS MELALUI UJIAN

Apa yang kita akan dapat ? hurmm,, mula-mula of course la dapat markah ujian / periksa kita tu .  Lepas tu? kita akan MENILAI.. Menilai tidak perlulah sampai ke negeri sembilan . Cukup di tempat duduk awak tu jee~ Menilai markah kita sama ada setimpal tak dengan usaha kita, menilai tahap penguasaan kita, menilai segala-galanya atau dalam bahasa yang lebih baik MUHASABAH :) Lagi satu, JANGAN lupa untuk menilai tahap kebergantungan dan kepercayaan kita kepada Allah . hurmm,,ujian @ peperiksaan ni melibatkan soal akidah jugak tau ! jangan memain ! 
Kalau markah elok, Alhamdulillah.. Kalau tak, LIPAT GANDAKAN USAHA untuk peperiksaan akhir nanti!


inilah jawapan orang yang tak tahu teori 


Saya rasa setakat itu dahulu karangan bahasa melayu saya yang tak berapa nak sopan. Wallaua'alam :)



Pstt: Pengalaman meniru. Saya pernah meniru waktu darjah satu . subjek english. tiap-tiap hari ada spelling . menyampah den :( kalau salah , satu ejaan kena buat pembetulan SEPULUH KALI ! lepas tu, kena ketuk ketampi sepuluh kali jugak . sakit tak sakit kaki budak masa tuh . Tak pun, kena PIZZA HUT @ rotan tangan dengan pembaris panjang yang cikgu guna untuk garis kat papan hitam tuh . Yang kurang kejam sikit, cikgu tolak kepala dan cakap "STUPID LA YOU" . saya ingat nama dia. mana boleh lupa wooo ! dia cikgu cina. Itulah salah satu sebab saya memekak setiap pagi dan tak nak pergi sekolah setiap kali ada subjek english . Mak dan opah sangat memahami perihal itu  -,-"

No comments:

Post a Comment