20111018

Luahan rasa untuk baby..

Assalamualaikum wbt.

Astaghfirullah al'Aziim ..
Allahurobbi.. Saya rasa semua dah tahu pasal berita nie. PENZINA 16 tahun yang melahirkan anak yang suci bersih ini di asrama. Saya nak abadikan berita ini untuk kegunaan saya di masa hadapan dan buat si bayi yang sudah menempatkan dirinya di syurga Allah.

Baby,,
Apa khabar? Sihat? wahhh serucomel baby wangi betul la. Baby duduk kat mana sekarang? Duduk kat syurga ye? Bestnya baby.. kakak ni pon tak tahu lagi dapat masuk ke tak. Baby, kakak nak tanya boleh? Apa perasaan baby bila baby tahu yang bunuh baby adalah mak kandung baby? Apa perasaan baby masa baby nampak pisau tu? Mesti baby takutkan? Kesian baby. Baby, kakak sayang baby. Walaupun kakak tak kenal baby, tapi kakak nak berterima kasih pada baby. Sebab baby dah jadi HEROIN dalam hidup kakak. TERIMA KASIH BABY ^^ Baby, doakan orang yang buat baby dekat dunia ni, berubah & bertaubat. Baby doakan kakak jugak tau. Kakak takut duduk dekat dunia nie. Macam-macam kakak rasa. Rasa macam nak ikut je baby. Tapi, amalan kakak tak melayakkan kakak untuk ikut baby. Baby sangat beruntung sebab baby tak ada langsung dosa dan janji baby dengan Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya pun tertunai. Kakak jelessssss dengan baby. SUMPAH, KAKAK JELES Baby, sampaikan salam kakak dengan "yang lain" ye. Minta mereka doakan kakak. Kakak tak kuat untuk dunia ni. Baby, kalau Allah izinkan kakak untuk merasai syurgaNya, kakak nak jumpa baby tau! TERIMA KASIH SEKALI LAGI SAYANG hati Berseronoklah baby di sana. Indahnya tempatmu,sayang!
Al-Fatihah untuk Syahidah ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang ada dihatiku.

20111007

Gambar Pertama Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum wbt semua !! Bonjour ! (ni good morning dalam fenghancis) . Takde apa pun yang nak dikongsikan. Sekarang tengah final exam sem3. Moga berakhir dengan sesuatu yang baik. Moga Allah redha dengan apa yang saya usahakan . eh2.. melebih pulak kau nie seha.. okay, nie saja nak tunjuk gambar yang baru saya edit menggunakan photoshop . ini cubaan pertama tau ! jadi, jangan nak maki hamun sangat la kat gambar ni. rupa-rupanya, baru saya tahu betapa seronokkkkkkkkknya guna photoshop ni . rasa macam orang expert pulak bila orang tanya :

"weyhh,, cantik gileeee! eh, kau guna apa untuk edit2 gambar ni?"
"alaaa~ biasa je tuh. / baru belajar nak guna PHOTOSHOP"
"gile arr.. guna photoshop?!!! / aku guna picnik.com je.."
"macehh../kau pun belajar la guna photoshop.. BEST!"

Itu sahaja untuk hari ini. lepas exam nanti saya cerita macam-macam okay? Gambar pertama yang di edit menggunakan photoshop .
.
.
.
.
.
.
.
.
Aishah dan Rosnani sahajalah yang betul-betul boleh masuk dengan saya . Setakat nie belum pernah ada
masalah dengan depa . Aishah orang kedah, nanie orang selangor . kami suka benda yang sama kami benci pun benda yang sama .

psst: kepada adik saya, muhammad abdullah bin jasni, AKU PUN BOLEH BUAT LAAAAAAA !! tak payah mintak tolong kau ajarkan cara nak potong keliling tudung tu punnnn.../sikit tak heran !!