20120403

Sepanjang-Saya-Tak-Update-Blog

Assalamualaikum wbt.
Lama juga saya tak update dekat sini. Bukan ada cerita menarik pun. Takpela, saya cerita sedikit apa yang berlaku sepanjang saya-tak-update-blog. Terpulang sama ada nak baca atau tidak (^O^)y Terimalah~~

1. Kelas Bahasa Mandarin = HanyuwenJustify Full ke.

Seperti sedia maklum, FasiihahJasni memang gila dengan subjek bahasa. Sejak zaman sekolah lagi. Seteruk mana pun result bahasa saya, dia tetap sayangkan saya. eh? Sekarang ni nak kata mahir, takde la mahir tapi boleh la hidup sebilik dengan Chinese. Sekadar tanya khabar, tanya jalan tuh, okay lagi kott.. lebih-lebih sangat tu idok lerrr. Menulis? Of course la! TAK. hehe.. masih sikit-sikit juga. Yela, belajar pun baru 2 months. Tapi result exam mandarin saya 99% :D Yeayy! Soalan mestilah mudah-mudah kan? Kalau taaak, saya pun menangis kesepian di dalam dewan exam sebab tak dapat jawab Y_Y. Masa mula-mula belajar tu, kiteorang tak paham sangat laoshi cakap apa. Tak jelas sangat bila dia cakap omputih. Dengan tidak semena-mena saya telah menjadi translator tak berbayar dalam kelas Mandarin. 

Sebenarnya, Bahasa Mandarin sangat penting untuk dai'e macam kita semua. Korang sedar tak tuh? Bila kita pandai cakap bahasa diaorang (orang cina), maka diaorang akan mudah tertarik dengan kita dan apa yang kita nak sampaikan. Ala, contoh paling mudah dekat Pasar Siti Khadijah tu haa. Kalau korang cakap luar (selain kecek klate) kaw-kaw korang kena dengan makcik-makcik kat situ, dia bagi harga mahal. Padan muka ! Dari harga sepuluh hengget korang dapat 15-20 hengget. SUMPAH! Diaorang rasa sangat berbangga dan appreciate sebab kita belajar bahasa dia. Habis la cerita kelas mandarin saya. Kita ke bab seterusnya. Haha. Tetibe je.

My Mandarin Class, in the middle: Ma Jing Laoshi
Tengok arrow tu: Bukti "semangat gile" belajar Mandarin. Orang lain menyebut pakai mulut, aku?
 mulut dan tangan -__-"
Ma Jing Laoshi. She's 31. Wearing her wedding cheongsam. Adorable kan? :D
Fei Libin Laoshi. My laoshi's husband. Geng TINGGI saya :D
Masakan original orang China bukan Cina tau. Air tangan Laoshi :') Hari terakhir kami belajar Mandarin.

Laoshi ajar buat dumpling, tapi saya buat.. karipap :)
Ni dumplOng yang sudah masak. Ulangan, ini dumplOng sebab takde rupa dumpling. 

Kanak-kanak kebuluran. Macam2 gaya pegang chopstick.

Exam Mandarin. Tersengih-sengih macam kerang wangi -,-" 

Comel kaaaaaan? \(^O^)/

Nak sambung sikit pasal Kelas Mandarin boleh? *pinjamkan mata Pussy in Boots dalam cerita Shrek* Sebenarnya laoshi saya ni orang muslim. Suami dia pulak non-muslim. Melalui cerita dia, kat tempat dia duduk (China) family dia je yang muslim. Kawasan tu terpencil. So, paham-paham jela macam mana dia rasa. Ustaz Hazrul selalu ingatkan kiteorang, "Allah dah hantar Ma Laoshi untuk kita bantu dia. Paling kurang kita ajar dia solat. Nanti apa kita nak jawab dengan Allah. Takkanlah ramai-ramai antara kita ni, sorang pun tak boleh bantu dia?" Apa yang mampu kiteorang tolong untuk dia belajar Islam, kiteorang tolong. Ha! Kiteorang ada belikan laoshi tudung dan telekung, bawa jalan-jalan Kelantan, dan lain-lain. Yang paling penting, kiteorang sempat ajar laoshi SOLAT :') Dia datang solat jema'ah tau dengan kiteorang. Subhanallah! 

2. RAFIQ'12

Hurmm.. apakah? RAFIQ'12 adalah singkatan untuk program 'Rebuild Attitude For Islamic Quality 2012'. Setiap kelas dari semester 4 wajib buat satu program 'bakti siswa' atau 'bakti masyarakat'. Budak-budak besar je paham, adik-adik duduk diam-diam ye? Macam la awak tu dah besar sangat ~ Mengendalikan sesuatu program sangat-sangatlah menguji keimanan dan kesabaran saya. Oh! Lupa nak habaq kat hangpa, che' dilantik sebagai Timbalan Pengarah RAFIQ'12. Pada mulanya, kami saya sorang je bercadang nak buat di SMKAKL. Memang dah nak jadi pun.. Dah duduk berbincang dengan Ustaz Abdoh, Ustaz Hafizi, Ustazah Laila dan dah direstui pun.. macam nak kawen jepp Tup2 bila bawa bincang semula, kawan-kawan kata tarikh yang kami pilih tu ada Malam Anugerah Kolej. program wajib okay!! Saya dengan berbekalkan modal (air mata) yang sedia ada, menangis lerr.. Sayuuu sangat! Saya bukan apa, cuma rasa terhutang budi dan bersalah dengan Ustaz. Depa dah sediakan semua benda! Tempat tidur fc, makan minum fc untuk 3hari2malam, sumbangan.. ARGHH! Ustaz ustazah pun BERHARAP SANGAT yang kiteorang datang sebab keadaan adik-adik SMKAKL agak "kritikal dan tenat" sekarang. Takpela, Allah tak kasi buat mesti bersebab kan? kan?

Akhirnya, kiteorang bincang semula dan decide buat dekat Kelantan dan program sehari je. Secara automatiknya, saya membubarkan diri sendiri sebagai Timbalan Pengarah dan Pengarah juga melakukan tindakan yang sama memandangkan kedua-duanya orang KL. Saya tak yakin nak pikul tanggungjawab besar tu sebab bukan tempat saya. Pengarah? entah..

"Sikit je pun masa+alah.. Tarikh dengan tempat je pun yang kena tukar.." Itu apa yang korang tahu, yang korang tak tahu?! Dari mencari sumbangannya, pengisian program, pengangkutan, dan..dan.. kekurangan fasilitator. Allahu robbi ! Masa tu ada 4 orang dari kelas saya yang terpilih ke Thailand. Ada apa tah, Asean..? Asean..? Bayangkanlah, kiterorang tinggal 18 orang SAHAJA. Nasib baik ada sahabat dari kelas lain yang sudi membantu :') Jazakumullah Mohd Luthfi dan Abu Bakar. Peninglah jugak kepala KD Pengisian yang BARU (Hafizi, Fitriah, Fasiihah).. Berkali-kali tukar ldk dan lain-lain. Yang kami (kd pengisian) pelik bin ajaibnya, kerja yang tak sepatutnya kami kena urus, kami uruskan. Punyalah baik hati KD Pengisian ni. Takde orang puji, haruslah puji diri sendiri sebab tiap-tiap malam tidur pukul 3-5 pagi. Papepun, semua tu tarbiyyah buat kiteorang. Musykilah Mencambah Ukhuwwah ---> Quote sendiri. TERIMA KASIH SEMUA! 

Ex-Pengarah dan Pengarah RAFIQ'12
Rinduuuu adik-adik ni. Rindu akak tak? ^_~

Ouh, ini saya. Sesi ta'aruf dengan adik-adik. Comel  Tinggi kan?
Slot Teori : Syoknya Solat! Dikendalikan oleh Hafizi.
Pengerusi Majlis Penutup, Hafiz Aiman

 Guru Besar SK LABOK. Beliau suruh kami datang lagi dan yang perlu dihighlightkan dalam ucapan beliau: Kakak2 dan Abang2 UM ni COMEL-COMEL blako :p
Mas'ul (ketua Kelas) Majmuah Tiga. Pengerusi Majlis Perasmian RAFIQ'12.

Adik-adik perempuan SK LABOK.

Ini partner saya untuk group 8, Nur Syafiqah.

Bidang terjun dan terjunam, Abu Bakar.
Refreshment. Budak-budak kan cepat boring.

Juga bidang terjun dan terjunam, Mohd luthfi. Nampak je camni, hati baekk.

Ouchh, Banner RAFIQ'12 :')

Solat Dhuha tak berjema'ah sebab kesuntukan masa :)

Kakak fc solat dhuha :)
Slot Praktikal : Farhana Ghazali a.k.a Ceqna sedang bagi 'ceramah' : " Heiii! kome jangan la buat ngupe gitu.. ~~"
Slot Praktikal : Adik-adik solat atas MEJA tau! Hebat kan? Solatlah anda walau dimana sahaja anda berada.
Slot LDK : 3'S' (Selamatkan Saya, Sahabat)
Makan, makan, makan :) Kak Nida dan Azami a.k.a Timbalan Pengarah RAFIQ'12.
Group Aishah dan Rosnani. Apesal kakak fc yang lebih-lebih depan camera? HAHA.
Ajk Multimedia: Fatin Fatimah dan Ajk Pengangkutan: Jalilah
Group 8 = Group FasiihahJasni dan Syafiqah :')
Majmuah Tiga :) Terbukti bahawa kakak fc memang gila camera. Semua muka kepenatan.
Tak.tahu.nak.buat.caption.apa.
Kamilah Fasilitator, Kamilah AJK ^O^ Asal budak perempuan kat belakang tuh? OVER nampak!! XD
Aisyah Aziz , Ajk Makanan yang paling berjaya abad ini. PEACE yaww!
Slot Praktikal : Aisyah Aziz dengan Asiah tengah cerita rukun solat kott..

Fitriah a.k.a ketua saya (KD Pengisan) Thank you Yaa sebab tolong Seha. Sori kalau terkurang apa-apa tau!

Cikgu, Ustaz dan Ustazah SK LABOK. Terima Kasih :)
Okay, penat daaaahh! O__O" Kebas gile tangan!! Cerita lain? Nanti ye.. :) 

Pstt: Haa! Sekali saya menulis, panjang ke bawah! Sori sebab banyak melalut je.. Eleh, saya tawuu.. Korang bukan baca sangat pun. Tengok gambar je lebih! Terasa ke? HOHO \(^O^)/














No comments:

Post a Comment