20120619

Tips Handsome : Berdepan orang Ujub.

Assalamualaikum wbt. wajibul ghunnah :) Nak habaq kat hangpa, post ni takda gambar.

Sebenarnya tengah buntu. Eh, tidak! Mungkin gila lebih tepat. Tak tahu nak cari kerja kat mana. Dari tadi  start cuti sem lagi duk mencari dengan Cik Google je. Perajin kan? 'Dia' pun sudah naik fenin dengan ana la sebab banyak sangat tab yang ana buka-tutup-buka-tutup la. Kalau boleh nak jadi cikgu/tutor sementara nak masuk UM KL ni. Tak kesahlah sekolah rendah ke menengah ke. Actually, saya prefer sekolah menengah. Awesome kotttt! Kalau tak dapat cikgu, babysitter AGAIN pon bolehla~ TT__TT Ada tak yang sudi melamar saya yang lemah-lembut-gemalai-cantik-gedik-tinggi-baikhati-lagi handsome ni? OH NO! O__O" 

Ada orang cakap, "Untungla Seha cuti lama. Boleh rehat-rehat kat rumah, goyang kaki, tanam anggur." Apa ke hey ni yob?! Goyang kaki je boleh tumbuh anggur ke? Korang cubalah! Mana tahu, kot-kot menjadi. Sumpah tak boleh pakai. Akai ada ka? Huh! Waaaa! macam mana ni ?! :'(


..................................................***.......................................................................

Okay, perenggan ni saya sambung lepas dah dapat kerja. Kerja apa? Babysitter.. tak.. rasanya cam bibik pon ada gak T__T Sedih sangat tau!! Saya kerja dekat Bukit Mahkota, dekat dengan Nilai. Jauh kannnn? Nak nanges dah nih. Macam ni ceritanya. Mula-mula search kat internet, then terus sms owner  BondaMama Kids Centre Bukit Mahkota tu, cakap yang saya ni berminat untuk bekerja. Zupp! Dia terus reply, "Esok awak datang interview" OMO!OMO! \(@_@)/ Sapelah nak hantar aku esok ni. Rasa menyesal giler sebab sms macam tu. Saya cakap kat dia tak boleh datang esok, tapi kalau hujung minggu boleh kott.

Hari Sabtu. Kebetulan mak nak pergi kenduri kat Seremban, apa lagi.. saya pun pujuk mak ke Bangi dulu. Sampai kat sana, sangat erk.. pelik.. aneh..*shuuu~ daun terbang* Takde laa, orang yang menyambut tu macam tak betol sikit. Bila saya cakap," Saya Fasiihah Jasni, yang call tadi. Datang untuk interview. " Minah tu boleh plak kerut-kerut dahi, pandang saya atas bawah. Isshhh jolok mata tu kang! Cepat la bukak gate niii!!! >:( Kami mak, ayah, abang Sai, Kak Imah, Aina Qaisara pun mengikut la dia masuk dalam rumah/taska. Dia tak cakap sebutir habuk pon. Dalam hati saya, "bisu kot dia ni".  Tiba-tiba dia bawa saya masuk bilik kecik, kira cam opis taska tuh. Dia blahh camtu je dan terus on tv kat ruang tamu. Buatkanlah air ke, ape ke.. hishhh! Penat-penat family aku datang, macam ni ko treat depa?! 
Sumpah, talakk SIVIK punya olang!  Rupa-rupanya, minah tu pembantu taska jeeeeeeeeee! Lagi menyirap darah che'.

Habis intebiu. Cik S (owner) tu cakap, "Hari Isnin ni awak dah boleh start kerja." Dagu jatuh 5inch jap. Mana tak nya, nama pun intebiu kottt. Saya sendiri pon tak cakap setuju nak kerja kat sini lepas apa yang si minah senget tu buat kat family saya. Argghhh! Orang kat sini memang gilaaaaa!!  Eh, ada yang lagi gila tapi lupa nak habaq tadi. Masa isi borang pengalaman bekerja, Cik S kata, "Gaji kat sini 450"  *Oh! terlepas  pen* Memang tak jadi tulis gaji masa saya kerja nursery kat SMKAKL. Gilaa kan? kan? Y_Y Jaga 20 budak gaji 450?! Tak masuk hidden works lagi :'(

Bila dah kerja, lain pulak masalahnya. Sorry to say, saya memang pantang orang pengotor. Terutama mereka-mereka yang tak tahu nak menjaga kebersihan diri. Euuuwww! Tak payah nak sembang kencang sangat la pasal kebersihan tempat tinggal ke, tempat tidur ke, tempat buang air kecikbesar ke, kalau diri sendiri tak terjaga. Contohnya:


1. Baju yang dah basuh hari ni diperam macam orang nak buat arak. Hurm.. memang terbaik la~ 
2. Melabur "aset yang tak berharga" taik atau "air teh" dengan banyaknya dan malas nak flush. Eee.. rasa nak toyoh-toyoh je muka orang tu dalam jamban, pastu flush !
3. Korek lobang hidung, telinga dan yang sewaktu dengannya depan orang. Aduiyaii~ Tak dapek den nak nolong.
4. Jilat air/sos kat luar botol, kutip serpihan/makanan/sos yang jatuh atas LANTAI, dan terus ngap masuk dalam mulut. Phuiii!


Mintak maaf banyak-banyak sebab macam agak kotor dan kasaq sikit bahasa che'. Maaf naa. Kalau cakap berlapik-lapik tak paham pulak. Senang, lurus-ke-titik. Cerita bab kebersihan diri satu hal, kebersihan tempat paham-paham sendiri la camne -..-" 

Sorry to say untuk kali yang kedua. Saya memang mudah meluat atau naik menyampah bila ada orang yang suka membesar-besarkan diri ni. Tahulah badan tu besar dari kite.. hihi.. Rasanya, semua orang tak suka kott. Orang pesen gini kan sebenarnya dia tak reti nak bersyukur dengan pemberian mulut yang Allah kasi. Adaaaaa je benda dia nak mengata atau nak memperkecilkan orang . Yang ini tak betul itu tak betul. Salah orang nampak, salah dia rabak! Haha XD. Bila dah start cakap pasal diri sendiri ni memang susah nak stop. Bagi mereka yang pernah dan akan menghadapi orang jenis ni, don't worry, be pretty like me erk! saya ada tips untuk korang.
1. Bila dia start bercerita pandang muka dia tanpa perasaan. Macam ni --> :|
2. Dua minit kemudian, alihkan pandangan ke tv atau lantai atau ceiling atau mana-mana tempat kosong.
3. Besarkan/bulatkan mata selama 5 minit.
4. Minit yang seterusnya, tanpa rasa bersalah dan segan silu angkat punggung blaah dari situ.
5. Jangan lupa tutup lampu. jika perlu

Haa! kacang buncis kan? Saya gerenti, bila korang buat camtu dia terus diam, kaku, bisu tak terkata. Dan banyak lagi sebab-sebab lain saya berhenti kerja. Btw, saya hanya bertahan selama satu bulan je. Ikutkan hati nak kerja seminggu je!

Dalam pahit-pahit ubat tu ada juga rasa manis yang terselit bila ada orang suapkan. :') Sebenarnya nak letak gambar baby dan anak-anak kecil yang saya jaga tapi takde pulokk. Tak ingat letak mana file gambar tu.

.........................................................***...........................................................

Perenggan ni saya sambung masa menganggur semula. Saya nak tanya nih. Ada tak yang sudi melamar saya? TT__TT *Nada pidato* Sayugia, marilah kita berganding bahu untuk meringankan beban Fasiihah Jasni dengan mencarikan sebuah pekerjaan yang halalan toyyiba baginya demi kesejahteraan, keamanan, keharmonian, kebahagiaan beliau di UM KL kelak. LOL >,< "Terima kasih" kerana membaca dan tak komen ! HAHA. 


No comments:

Post a Comment