20120809

Kakngah nak kahwin, aku yang gila!! (post-ni-sumpah-panjang.kalau-tak-sanggup-jangan-baca)


Assalamualaikum wbt. Romadhon Kareem, everyone ! :D

Sekarang ni kita dah masuk fasa terakhir Romadhon . Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ni . Tak semua berpeluang . Please, please, and please .. praise to Allah . Salah satu bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah bulan Romadhon . Jom sambut kasih sayang-Nya!

Dalam sibuk-sibuk beribadah , family saya juga sibuk dengan persiapan kahwin kakak saya yang sulung , Sitii Hazwaanii . jangan tanya kenapa nama dia ada banyak sangat huruf vokal :p  Walaupun bukan saya yang kahwin tapi macam-macam kena buat tau! Kakak awak kahwin, takkanlah nak duduk goyang kaki je kan? Sumpah takde "liverstomach" la kalau macam tu. Malas nak cite panjang . Jom ! Cekidauuuutttt~

Pos kad kahwin. Buat hebahan kat facebook. Yang warkah cinta bagai kat fb tu saya jugak yang create event. Almaklum ajela, kakngah tak pandai. HOHO. Dalam laloq2 nak tidur tu la dia suruh buat jugak. Takpe, demi kakngah. Apa-apa pun, saya belajar sesuatu. Cara-cara nak select all kawan-kawan kat facebook. Jenuh la tangan kalau nak tick nama sorang-sorang kan?

Rumah saya dah jadi kilang botol air dah. Ini 2/3 sahaja. Ada lagi.. Nak sikit? Datanglah masa kakak saya kahwin. Actually, ni doorgift. Mula-mula kakngah nak order ketipkuku tapi mahal sangat. Dia pun tukar nak air kotak pulak. Saya yang recommend kat dia kat mana dia boleh order air dengan harga murah. Kawan saya punya kawan punya emak yang tolong dapatkan air-air bukan kata ganda, harap maklum ni semua. Terima kasih !

                                                           
Design bunting sebut dia BANTING bukan BUNTING pelamin tu ye. Bukan nak kata apa, tapi seriously.. macam malas je orang kedai tu nak buat. Kadang-kadang saya rasa malu dengan bangsa sendiri sebab kerja nak duit je tapi produktiviti langsung takde. Kalau bekerja Lillahi ta'ala, KOMPEM takde la kerja main-main camni. Crop gambar pun guna magic wand tool je. Tu yang ada bergigi-gigi tuh.


Cantik kan? kan? kan? Kalau pandai, cuba teka siapa yang buat bunting ni? Ah~ malas lah I nak bagitahu uolls siapa designer hebat tu. hikhik. >_<

Okay, designer tuttt cakap yang ini semua 100% hasil kerja dia. Dari design background, colour, terxture, hinggalah sekecil-kecil benda dalam banner dan bunting yang dia buat ni. Tambahnya, tak main la copy-paste . *tiuptudung* Tapi, idea tu.. Allah yang kasi :) Designer tuttt berpesan, lepas ni kalau ada yang nak minta khidmat dia ,boleh la. HAHA. XD Sungguh bajet kan designer tutt? -__-" Maafkan lah dia.

Sebenarnya, banyak lagi benda yang telah dibuat. Disebabkan tiada gambar, malas lah nak cerita. Sumpah! Banyak yang saya belajar daripada persiapan kahwin kakngah ni. Dulu saya fikir buat apa nak susah-susah , akad nikah je, that's it! Tapi suasana Malaysia tidak mengizinkannya. Sesimple2 wedding yang kita tengok, ingat tak guna duit ke? Mahu beribu jugak tau! Percayalah cakap saya ni. Mula-mula semua berangan nak buat sendiri, tak nak beli atau upah orang. Hurmm, akhirnya give up. *sujudmenyembahbumi* Sekarang ni, berfikir duatiga kali jugak nak kahwin ke tak.  Hoho \(^O^)/ Sila abaikan~

Korang suka tak makan biskut ni? FasiihahJasni SUKAAAAA sangat ! Huhu, 90's generation mesti pernah makan. Kalau tak pernah tu maknanya awak tu budak millenium. Banyak kan kenangan masa kecik-kecik tapi dah tak jumpa sekarang T__T . Btw, disebabkan nak kan biskut ni sangat-sangat, saya pun dengan tak tahu malu minta kat adik kawan kakngah masa majlis kakak dia. Ini doorgift untuk budak-budak je tapi.. ada aku kesah? Punyala saya nak benda ni sampaikan saya cakap kat dia : arghh! Tak boleh tidur la malam ni, kalau tak dapat.. Terus dia berlari masuk dewan , ambilkan satu untuk saya. Aww~ Terima kasih Ajib :') Akak tidur lena malam tu.

Perkenalkan, Nur 'Aina Qaisara. Anak buah saya yang pertama ! Yeay!

Tolong jangan tertipu dengan keinnocent-nan dia. Huh! depan kamea, bajet comel la..belakang kamera?maksu dia jela yang tahu macam mana.

Okay, siapa yang tak cair tengok dia senyum macam ni -__-" Aina, tolong.. Jangan buat maksu camni

Haa! Ni baru betul muka dia. Muka bengang plus merajuk dengan maksu dia sebab tak kasi main tikar getah. Habis semua tikar getah rumah kiteorang dikoyaknya. Aina kata,: Ishh, maksu ni.. Buta seni la. HAHA. Lagi satu, kalau dia marah atau geram dengan orang lain maksu dia terutamanya dia akan gigit!!! Eleh, benci-benci dengan maksu  pun, siapa yang basuh berak 'Aina huh?! Babysit 'Aina bila mama OT?  Tidurkan 'Aina walaupun akhirnya maksu pun turut terlelap sama? Bancuh susu untuk 'Aina tapi scoop pertama susu masuk mulut maksu dulu? Siapa? Siapa?  Siapa?!! Okay, maksu menang.. *angkatkening*

Lagi satu masalah 'Aina ni, rambut dia. Lambat tumbuh. Dah tiga kali kiteorang cukur rambut dia. Tiada untuk kali keempat. Kalau tidak, sampai hari kakngah kahwin pon belum tentu tumbuh. Nampak tak spect yang dia gigit tuh? Percaya atau tidak usia spect tu dah mencecah 14 tahun!! Saya sendiri tak percaya. Oh, my first spect !

Ouch, peritkan kalau tengok budak macam ni?  Kalau 'Aina demam, maksu pun nangis. Tak sanggup tengok. Daripada  mulut becok, terus jadi pendiam. Asyik nangis je.. Makan, minum susu semua tak lalu. Kalau tak demam, semua benda dikunyah. Asal orang sua makanan kat mulut sikit, menganga je kerjanya. Kalau nak tidur pulak, nak berpeluk je. Kadang-kadang sampai maksu pun demam sekali dengan 'Aina. Dalam gambar ni dia bukan tidur betul pun. Tidur ajak-ajak ayam je sebab dah tak larat sangat.



Okay, tiga gambar atas ni pulak perihal Nasi Dagang Kak Timah-->mak saya. Boleh dikatakan selang dua tiga hari ada je orang tempah. Kalau tak nasi dagang, nasi lemak.. kalau tak, pulut kuning dengan rendang. Haa! nak dekat-dekat raya ni, banyak la orang tempah kuah kacang. KUAH KACANG PUN ORANG NAK TEMPAH? Ya, ini telah membuktikan sekarang orang dah malas nak buat sendiri. Semua benda nak instant. Anak pun nak instant. Na'uzubillah min zalik. Lagi dua tiga tahun akan datang, tak mustahil akan ada mesin jual "MAKANAN BASAH". In Syaa Allah. -,- Bagi sesiapa yang tak pernah rasa Nasi Dagang Kak Timah, ketahuilah anda telah hilang satu nikmat makanan. HAHA. Jangan memain, ni resipi turun temurun dari moyang-moyang saya tau! Al-Marhum Sultan Mahmud Ayah Sultan Mizan pun tempah dengan moyang saya. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, sila datang ke rumah saya.

Cukuplah setakat ini saya syoksendiri. Dari post pasal persiapan kahwin kakngah sampai dah bertukar jadi post 'Aina Qaisara. Nanti kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan, saya buka balik blog ni. *pemalas* Sebelum menclick butang publish, I would like to say "FasiihahJasni dah boleh potong macam chef kat restoran 5bintang. Alaa.. yang cincang-cincang macam dalam kungfu tuh. Ini semua berkat potong-memotong dan tolong-menolong emak di dapur." Hurmm, dah boleh kahwin la ni. EH?

No comments:

Post a Comment