20120927

Mengutuk orang, meh baca. Gambar kawen, meh tengok.

Assalamualaikum wbt.
Sebelum kalian tengok gambar, meh baca celoteh-an saya dulu.
Hari ni, 28 September 2012 dah nak dekat sebulan saya jejakkan kaki ke Universiti Malaya Kuala Lumpur. Hurm, how was my life? Biasa sahaja. Tiada apa yang menarik cumanya ada beberapa perkara yang saya kurang gemar sejak saya masuk sini.

Pertama, pasal MHS (Minggu Haluan Siswa).  Sedikit  Banyak tertekan bukan sebab kena rush2, masa kat SMKAKL lagi dah belajar rush2 ni tapi sebab orientation week tu tak berguna! mintak2 lah takde PM (pembantu mahasiswa) yang baca blog ni .Mengapa saya berkata sedemikian? 
  1. Asyik-asyik CHEERS! Dari celik mata sampai dah nak tutup mata. CHEERS, CHEERS, CHEERS! haa..geram ni geram. Ingat kiteorang ni mesin suara ke? Saya dua minggu hilang suara dan sakit tiga serangkai (selsema, batuk, demam) gara-gara cheers. Ya, sakit itu penghapus dosa tapi salah satu penyumbang sakit tekak tu, cheers ni laa. -..-" Sampai sekarang kami masih tak faham apa kebaikan cheers tu. Menurut PM, dapat menyemai semangat cintakan kolej masing-masing. Astaghfirullah.. Kalau begitulah yang diperkatakan, mengapa masih ramai yang nak tukar kolej? Tidur pukul satudua pagi sebab berlatih cheers. Tujuannya? Supaya boleh eksen dengan kolej lain, cheers kolej aku paling best.  BLERGHHH~ Setiap kali masuk dewan, WAJIB lawan cheers. Woi! Penat laaa! Masa lapang kami memang diisi dengan cheers "tercinta".
  2. Malam Idola Gila. Oh, gila tu saya saja tambah. tapi memang sesuai pon. Malam tu  semua orang macam meroyan. Saya terkejut dan takut sangat dengan reaksi freshie2 yang lain bila mc (master of ceremony)--> baru tahu nama dia gembar-gemburkan yang Lisa Surirumah nak datang UM. Mulalah mereka meroyan, meraban. Sampai panjat kerusi semua. Dalam hati saya, "Ya Allah, macam ni la suasana orang pergi konsert. Aku takut.." Y__Y Fyi, Dr. Faez Khalid dengan Dato' Johan kott orang media prima turut diundang untuk bagi talk. Ini ketakfahaman saya yang kedua. Mengapa jemput artis/lisa? Malam tu, dia bukan bagi talk pon.. Hampeh! Macam nak pancing peminat je.. Sekadar tergedik-gedik atas pentas, buang masa I jeeee! Jemput retis ni dahla beribu-ribu hengget. Malam tu kami (budak-budak terpelajar dan sihat akal fikirannya) tidur dengan lenanya di dalam dewan.
  3. PM yang sengal. Nak menangis dan sepak-sepak je muka sorang PM ni. Ada ke patut bila saya tanya, "Akak, tumpang tanya.. Sel 4 yang mana?" dia tengking saya depan orang ramai, "EH, PERGI CARI SENDIRI LAA, SEL AWAK!" Harap maklum, dia seorang perempuan dan Timbalan Ketua Pembantu Mahasiswa Kolej 8. Mengucap jugaklah saya kat situ. Saya dahla baru daftar. Masuk lewat sehari dari yang lain-lain. Cenggini dia layan. Ikutkan hati memang nak suruh makayah patah balik, angkut saya balik rumah TT_TT.
Keduanya, berkenaan kawan-kawan yang kurang positif. Urgh! Saya ni dah la jenis yang susah nak positif. Bila dikelilingi orang yang sebegini.. bertambah pasif la saya. iye ke?


Ada yang mengajak saya untuk bertukar kolej dengan menggunakan orang dalam. A'uzubillah min zalik. Jawapan saya untuk dia, semua ada kat printscreen tu. Ada jugak yang cuba melemahkan semangat saya untuk aktif dengan aktiviti kolej. Aduiiiiyai. Saya berpegang pada kata-kata..tak dapat dipastikan kata-kata siapa 
"A pessimist sees the difficulty in every oppurtunity, an optimist sees the oppurtunity in every difficulty"

Okay, setakat ni dulu. Next time, in syaa Allah saya akan cuba titipkan beberapa tips "PERSEDIAAN Ke UMKL" untuk adik-adik nilampuri. Moga menjadi panduan. Mohon doakan. Maaf saya pinta kepada sesiapa sahaja yang saya pernah buat salah, cakap belakang (MENGUMPAT), sakitkan hati, kecilkan hati, SEGALA-GALANYA! Saya juga "hamba".

Tibalah masa yang dinanti-nantikan, tengokgambar time!!!

Berdebar ke bangah oiii?!

Alhamdulillah, selamat segalanya.
Sangat sweet gambar ni. Nampak sangat suamisteri. nya itu hoho.
Baling-baling kelopak bunga pon jadi ek?

kalau gambar kakngah tu "ditinggikan" sikit..PERFECT!


HAHA. Kami sekeluarga berpendapat gambar ini menjadikan taraf rumah kami bertukar bungalow? gila!
:') Lepas akad nikah. Kat rumah.
Giler jeles dgn potograper nih. Benda camni pon dia boleh jadikan subjek!


Okay, comel ^^,

Kiri sekali tu kak adwa, pengapit. "Kakngah" saya yang kedua :D

Sangat sesuai untuk dijadikan cover novel.

ke-POYO-an.

Cantik kannnnnnnnn? >,< Angah, seha mohon untuk tidak salah faham. GAMBAR okay? bukan ORANG!

Adik beradik bangah. Semua perempuan :) Akhirnya, saya dapat adik perempuan :')

Bangah : Aku hensem.
Kakngah&lain2 : EH? YE KEEEE?

GAMBAR FAVERETTTTTT :D

Nak tengok yang selebihnya, mari datang rumah :)









No comments:

Post a Comment