20121229

Penat berlari dalam..

Letih..
Dikejar Ah Long
Ah long itu tukang karut
Dalam karoot komedia
Sekarang dia tukang kaut bukan tukang karut

Melihat ke belakang
Jauh juga aku berlari

Kenapa aku yang dia yang dia cari?
Aku tiada hutang

Penat..
Berehat
Betul-betul tepi segi empat
Motif dikejar dia masih tidak dapat
Nak lari ke mana lagi?
Kalau balik naik tren tak sempat

Sambung berlari
Entah bila nak berhenti
Cuba beranikan diri
Untuk tamatkan larian ini

Lambat-lambat aku buka si mata
Akhirnya Ah Long si tukang kaut tiada
Tapi penat tadi masih ada
Tangan kanan di dada
"Kuatnya..."
Macam betul saja

Tapi ini hanyalah mimpi
Akibat tak basuh kaki
Di malam hari.






Pernah rasa tak?

Assalamualaikum wbt.

"Tolong daftarkan untuk saya sekali. Nanti saya bayar.."
"Ouh, okay.."
"Awak, dia mintak kad matriks kita.. So, jangan lupa scan tau! Kalau tak, tak dapat daftar."
"Okay, nanti saya bagi. Saya bagi petang boleh?
"Boleh.."

Petang berlalu.
Ishh.. esok tarikh tutup untuk daftar. Macam mana ni? Kad matriks dia pun tak dapat-dapat. Kata petang, ni dah malam.

Pukul 9.00 malam

"Awak, kita nak tutup laptop dah ni. Agak-agak bila boleh bagi ye?"
"Eh, tak dapat ek gambar saya bagi?"
"GAMBAR? Takde pun. Handset kita tak canggih. Cop! Awak tangkap gambar ke scan?"
"Tangkap. Nanti awak masukkan dalam lappy je la. Boleh kan?"
"..............................."

How should I respond?
Ketawa guling-guling?
Melompat keriangan?
Tak mungkin itu berlaku ! Salahkah ada rasa geram, tertekan, dan sedih?
Niat nak bantu orang je. Mudah-mudahan menyenangkan urusan dia tapi.. saya pulak yang susah. TT__TT 

Yang lebih mudah, SAYA BENCI!

20121228

Tak Ingat.. bukan pelupa


Assalamualaikum wbt. 
Sedihnyaa. Saya ni sebenarnya tak ingat ke .. pelupa ke.. nyanyuk? :'( Minggu ni asyik lupa tak ingat je kat mana letak barang. Kenapa? Kenapaaaaaaaaa?! Mula-mula dengan kertas statement account UM. Dah la kertas tu sehelai je. Lepas tu, kad matriks pulak! Gila tak gila saya mencarinya, sampai ke ceruk almari kecik pun saya terjah juga. Dah macam cencorot.  Risaunya.. Ni baru benda penting, kalau tak ingat enchiksuami nanti macamana? huaaaaaaaa! jauh sangat perginya.


Siapa tahu sebab apa kita boleh jadi pelupa? Banyak makan semut, eh? Rasanya.. setiap kali makan dan minum saya check dulu ada serangga atau apa-apa ke tak. Ada sebab lain? Kalau ada yang tahu, jangan segan silu nak bagitahu.. Sedih ni.. Sedih sangat.. T_T

Mungkin banyak maksiat dan perlu bertaubat, kan?

20121227

Bercampur-baur tapi bukan bau busuk mcm dalam bas rapid

Assalamualaikum wbt !




Beberapa perkara yang anda (pelajar Universiti terutamanya) perlu tahu ketika menaip atau membuat 'assignment'. Saya hanya tekankan beberapa perkara sahaja dan sebetulnya banyak lagi yang perlu saya dan anda tahu. Moga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dan memudahkan kerja rakan-rakan kalian yang perlu mengumpulkan, mencantumkan bahagian-bahagian kalian untuk menjadi senaskah? sebuku? assignment..

Moga hilang pening kepala, beban dan sakit hati yang ditanggung oleh insan-insan yang sering menjadi "PENGEDIT" dan "PENYUDAH" kerja kawan.


Secara peribadi, saya menganggap kerja yang sudah siap ialah KERJA YANG TAK PERLU SESIAPA EDIT dan BETULKAN. Perkara-perkara yang disebutkan dalam gambar adalah perkara REMEH-TEMEH.


Nasihat saya, kalau anda satu kumpulan dengan saya atau orang lain yang jenis teliti & kemas, mohon fahami cara kerja kami.


!إن الله جميل يحب الجمال

Oh, saya post benda ni sebab terlalu TENSIOON dengan assignment. Itulah.. saya prefer buat assignment sorang-sorang daripada berkumpulan. Kadang-kadang geram dengan hasil kerja orang. Bukanlah nak kata saya yang paling perrrrrrrfect, tapi .. hurm.. Siapa yang pernah bekerja dengan saya boleh nilai sendiri kerja saya macam mana.


Exam Sem 1. Doakan saya :)
Subhanallah! :') Study dekat kaa'bah. Indah bukan? Kanan tu abang sulung saya. 
Durian crepe. Biasa-biasa saja rasanya. Sedap lagi durian asli. 
Di tengah-tengah ialah Sheikh Mohd Ali As-Sobouni. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan berjumpa dengan beliau. 
Hasil pengisian usrah saya :) 

Inilah opah yang menjaga kami adik beradik dari kecil sampai besar
Anak buah maksu seha :) Dia memang suka sengetkan badan bila nak tangkap gambar. Siapalah yang ajar dia gedik camtu, kan? lalalalala~


Suka untuk saya ingatkan kembali bahawasanya blog ini bukan blog seorang photographer dan bukan seorang model. Gambar memang takde. Banyak tulisan je. Sekian, harap maklum.



Cara Orang Malas (Bahagian 2) eh, macam tajuk yang dulu je.


5 NOVEMBER 2012
Bismillahirrahmanirrahiim.

Kadang-kadang Allah uji saya untuk ke syurga dengan gerak kerja. Allah nak lihat bagaimana saya menguruskannya, Allah nak latih saya cara untuk menjadi lebih profesional & rasional daripada emosional, Allah nak saya tahu bahawa kalau saya letak "LILLAH" dalam segala urusan saya, semuanya akan tenang, lancar, tidak sakit hati, tidak merungut, tidak penat dan sebagainya. 

[[Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, nescaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa. Katakanlah (Muhammad), "setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing." Maka TUHANMU LEBIH MENGETAHUI siapa yang lebih benar jalannya.]] Al-isra' ; 83&84

LILLAH sama sekali menghapuskan dan melupakan kita kepada LELAH.
TERIMA KASIH DAN MINTA MAAF, ALLAH . daripada FASIIHAH.

20 NOVEMBER 2012
Sedangkan huruf I dan U berbeza, inikan pula saya dengan awak. Menyuruh saya MENJADI SEPERTI awak sama sekali tidak mungkin kan terjadi. 
Persamaan, sila hargai. Perbezaan, sila hormati. 
Prinsip ulama' mudah tapi mengapa kita buat payah?

Diri, mohon mengerti.

23 NOVEMBER 2012
Semalam, saya memberanikan diri untuk menyuarakan persoalan yang terbenak dilubuk hati sekian lamanya kepada YDP MPMUM. (*perhatian soalan ni saya susun balik, sebab semalam TERKETAR2.. :( ) 

"Saudara merupakan pelajar jurusan undang-undang, bukan? Menurut pendapat anda, bagaimana KEADILAN dari sudut politik khususnya di kampus? Terus terang saya katakan, saya melihat ketidakadilan berlaku dalam pilhanraya kampus UM. Sebagai mahasiswa tahun pertama, saya tak faham, keliru, bingung dengan apa yg berlaku.. Yang menang dalam pilihanraya tak dapat jawatan MT, yang kalah pulak yang dapat. Jadi, apa tujuan pilihanraya kampus hari tu diadakan?"

Jawapan beliau........
Nanti saya sambung. Harap dapat bersabar buat yang nak tahu.

24 NOVEMBER 2012
Orang ISLAM di MALAYSIA khususnya, sila jangan pelat. غزة (Ghazzah) tauuuuu! Bukan sebut GAzA @ GAzzA. faham tu?
-----------------------------------------------------------------------

Haaa! Macam mana? Masih nak tahu?
Jawapan YDP MPPUM :

"Siapa yang menang? Siapa yang kalah?.... Itu adalah isu yang tak perlu ditimbulkan. Sepatutnya kita lebih matang dan tidak memandang kebelakang. Dalam mpp ni , kami tidak membezakan antara satu sama lain (pro-M, penggerak). Kami bersatu padu dan bekerjasama untuk membantu anda. Bantulah kami untuk membantu anda. "Menjulang Suara Siswa"

Saya tak tahu nak ulas apa. Tapi, apa yang pasti saya tak berpuas hati dengan jawapan dia. Perlu saya tegaskan disini, niat saya bertanya soalan tersebut ialah untuk memberitahu semua pelajar bahawa DIMANA KEADILAN yang dicanang2kan dan kita semua sudah tertipu.. Jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Yang salah pun kita turutkan.

*kenapa dengan saya je dia tak tanya, "terjawab tak?". V__V *

1 DISEMBER 2012
Astaghfirullah al'aziim. Astaghfirullah al'aziim. Astaghfirullah al'aziim. 

Geram dengan sikap sesetengah lelaki yang TAK FAHAM dengan NILAI MARUAH seorang muslimah. Kami punyalah berusaha sebaik mungkin menjaga aurat kami dari tatapan rakusan ajnabi, tapi mengapa? mengapa? mengapa? kalian buat kami begini Y__Y

-->Anda yang bernama lelaki tak faham, saya dan kawan2 yang lain ada dalam bilik. Apa salahnya anda bagi salam, ketuk pintu dahulu jika ingin berurusan (pasang kipas)? Kalau orang lambat buka pintu, jangan dijenguk2kan kepala tu ke tingkap rumah/bilik (kolej) . Dan jangan terus terjah masuk. Allah dah bagi garis panduan dah. Kenapa tak nak ikut?

|| Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum MEMINTA IZIN dan MEMBERI SALAM kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.||

|| Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka JANGANLAH KAMU MASUK SEBELUM KAMU MENDAPAT IZIN. dan jika dikatakan kepadamu "kembalilah!" Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.||

I know, it's all about your job. You need to do it on time. But, where is your akhlak/attitude, dude?? Kami sedih sangat. rasa macam bo_ _ _. Y__Y Kalaulah masa boleh diputar.

5 DISEMBER 2012
Hari ni, ada banyak benda yang Allah pesan, sampai saya terduduk dan rasa seolah-olah tak mampu untuk bernafas lagi . Allah cakap:

[6:14] "Katakanlah (Muhammad), "Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal DIA MEMBERI MAKAN DAN TIDAK DIBERI MAKAN?.."

Baru yang pertama.. sabarlah duhai hati..

[6:17] "Dan jika Allah menimpakan suatu BENCANA kepadamu, TIDAK ADA YANG DAPAT MENGHILANGKANNYA SELAIN DIA. Dan jika Dia mendatangkan KEBAIKAN kepadamu, maka DIA MAHAKUASA ATAS SEGALA SESUATU."

Yang kedua, kuatlah duhai jiwa..

[6:18] " ...Orang-orang yang MERUGIKAN DIRINYA, mereka itu TIDAK BERIMAN (kepada Allah)."

Amacam rasanya wahai hati, jiwa, raga? Ada lagi satu.. 

Dan.. pesanan Allah yang membuatkan saya rasa seperti terkena berdas2 tembakan bazooka dan sama waktu dengannya ialah :

[6:32] "Dan kehidupan DUNIA INI, HANYALAH PERMAINAN dan SENDA GURAU. Sedangkan negeri AKHIRAT ITU, sungguh LEBIH BAIK bagi ORANG-ORANG yang BERTAKWA. TIDAKKAH KAMU MENGERTI?"

قُل إِنٍّي أَخَافُ إِن عَصَيتُ رَبِّي عَذَابَ يَومٍ عَظِيم --> Katakanlah (Muhammad), "Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku". [6:15]
TT___TT

7 DISEMBER 2012
Takkan terpisah.

Empat sekawan gila-gila, 
Rambut tak sama  
Tapi satu kepala  
Tak sedarah tapi bersaudara 
Sumpah untuk bersama-sama.
Takkan terpisah.



Biar tsunami melanda 
Pusing dunia berjanji setia 
Susah senang kami menang.
Takkan terpisah.



Ibarat KL dengan traffic jam
Burung biru dengan muka buku  
Tetap rapat.
Kami hebat.
Macam budak hipster dengan jeans ketat  
Takkan koyak takkan goyah  
Takkan terpisah 
Kami buddyz bersama selamanya.



Kami riuh, kami gempak 
Ngam ngam macam segiempat tepat  
Suara berbeza pilihan sama  
Fahami jiwa tanpa suara.
Kami sembang gaduh sms kutuk lepak 
Sebab kami muda sekali je 
Bersama mencipta menggegar dunia.



Kami bebas 
Merantau merata-rata 
Merayau-rayau mencari jati diri
Bersama selamanya.
Kami buddyz.
Kami takkan terpisah...

*Jiwo pulop pagi ni. Hanya suka sajak ni. * oh, ini iklan DIGI yang coooooool .


13 DISEMBER 2012
Dear Rihab Abdul Hayei 
Do you remember when we're in form 1 (especially), we always fight about purple & pink. Tonight will be my day!!! 

Kat kolej seha ada majlis penutup KinaCares. Dia mintak semua orang pakai baju warna purple :'D bawa barang2 purple sekali. Terharuuuuu tawu takkk ! 

Rindu kan, nak gaduh mcm masa nak pilih nama restoran utk projek english kita?

16 DISEMBER 2012
Kak Princess Shams Ayuni text me : Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki, berat 3.06 pada 10/12/12. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga dunia & akhirat.
:') menangis terharu saya bila dapat berita ni, kak princess.

Antara ucapan/doa ke atas kelahiran bayi:

1. جَعَلَهُ الله مَولُودًا مُبَاركًا (May Allah make him a blessed child)

2. جَعَلَهُ الله مِنَ الصَّالِحِينَ (May Allah put him amongst good people)

3. أَقَرَّ الله بِهِ عَينِكَ (May you be comforted by Allah with his presence)

4. حَمدًا لِلّهِ عَلَى سَلاَمَةِ زَوجَتِكُم (Praised be to Allah who saved your wife)

Ya Allah, beri saya peluang utk berjumpa dengan kak princess & baby nya :) 
To baby : Please be excited to meet me, soonnnnnnnnn! HAHA.  
Kak princess, dah jadi ibu :') Nak ikut jejak akak jugalah~~

To Sitii Hazwaanii Bt Jasni, kalau kakngah dapat baby.. camni la nanti. Excited & menangis la maksu kepada anakmu itu ;)


HAHA XD Pening tak..? TAKK? ishhhh. Tak boleh jadi ni. Btw, mana yang baik dari post-post tu, manfaatkan. Kalau yang buruk tu.. diam-diamkan dan jangan ikut taw! TERIMAKASIH sebab sudi membaca. Untuk yang tak faham post ni pasal apa sila klik.

pstt: Dari post gerak kerja sampailah ke gerak kerja rumah tangga. Eh, Ada pape ke?:D

20121226

Penyesalan

Assalamualaikum wbt.

Haa! Padan muka aku. Tulaa, gatai-gatai sangat nak tukar template blog ni. Tengok! APA DAH JADIIII?! O_O" Semua gambar dalam post dulu-dulu dah macam kena gunting. Seolah-olah ada orang yang membenci dan berdendam dengan FasiihahJasni lalu dia mengerat gambar-gambar beliau. -,-" Ceh.. bajet plak. Salah sendiri nak salahkan orang lain.

Okay semua! Mari TEPUK TANGAN BERAMAI-RAMAI di atas kegagalan ini.
Tengoklah.. kalau rajin saya betulkan. Kalau tidak.. sungguh enak dibiarkan begitu saja *lagu gardenia berkumandang*

BRAVO! Lain kali buat lagi ye Fasiihah. TT__TT

20121224

Cara Orang Malas (Bahagian 1) macam upinupin lah pulokk


Assalamualaikum wbt. 
Sekarang tengah cari mood untuk study. Jadi, saya dah dapat idea iaitu untuk bercerita di sini. Saya nak letak semua post-post saya dekat fesbuk kat sini. Boleh? Kalau tak boleh pun, NAK LETAK JUGAK. Blog i kannnn? -___-" Kebelakangan ni.. tak sebenarnya baru je perasan tadi saya selalu cerita dekat fesbuk berbanding di sini. Mengapa ye teman-teman? Mungkin sebab di sana ada respon dan di sini tidak. Papepun, saya tetap sayang di sini (blog) lebih dari saya sayangkan yang di sana (fesbuk). Mari kita mulakan marathon post-post fesbuk Fasiihah JasniAyuh !

10 SEPTEMBER 2012 

Okay, bilik saya betul-betul 1Malaysia. Melayu (me), Indian (mirosha), Chinese (senior). Saya boleh belajar 2 bahasa utama kaum di Malaysia. Tak perlu tukar bilik mcm kawan-kawan lain kott :D dah 7 tahun hidup sekaum dan seagama.

"Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."


[A pessimist sees the difficulty in every opportunity, an optimist sees the opportunity in every difficulty]
Inna allah ma'ana !

12 SEPTEMBER 2012 
Penat menjawab pertanyaan kawan2. Kenapa saya tak tukar kolej walaupun kolej saya tak "seselesa" kolej 12 dan lain2? Mudah sahaja. 
1. Suraunya best! kalau saya duduk kolej lain, entah turun atau tak.
2. Kawasannya yang comel. Tak perlu penat2 berjalan.
 

3. Bilik saya paling kecil antara semua bilik2. Tapi roommate saya sangat baek! 
4. Kolej saya takde cafe, jadi inilah peluang saya untuk berjumpa semula kawan2 majmuah, nilam puri di kolej2 lain bila beli makanan di kolej mereka.

Saya bukanlah seorang yang TERLALU positif, malah lebih negatif pada kebiasaannya dan saya bukanlah jenis "redho" / terima sahaja apa yang diberi/ dapat. Entah, saya rasa kolej 8 memerlukan khidmat saya lebih dari kolej2 lain. 

17 SEPTEMBER 2012 
Sedih apabila diperlakukan sebegini hari ini. Mungkin lebih tepat terguris apabila mengenangkan susah payah EMAK untuk "majlis" hari ini tidak dihargai dan dipandang sepi oleh mereka yang.. :'( Ya Allah, jauhkan aku dan keluargaku daripada sifat-sifat orang munafik; apabila berjanji dia mungkiri.

Mak, TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA. YANG MAKAN, TERIMA KASIH JUGA :')

13 OKTOBER 2012
13 OKTOBER 2012 : Merupakan hari yang paling BAHAGIA dalam hidup saya. Sungguh seronok sebab Allah bagi saya peluang utk berdamping dengan mereka yang buta mata tapi SANGAT-SANGAT-SANGAT celik hati PERMIUM-PERSATUAN MAHASISWA ISTIMEWA UNIVERSITI MALAYA. Walaupun baru setengah hari bersama, banyakkkk yang saya belajar dari mereka: 
1.Tidak mudah ambil hati/kecil hati. 
2.Bersedia memaafkan dan meminta maaf. 
3.Bersyukur 
4.Be a good listener. 
5.Menjadikan kekurangan sebagai satu kelebihan. 

Dan Alhamdulillah, saya juga dapat berkawan dengan orang-orang (sukarelawan2) yang SANGAT POSITIF :') saya suka tengok senyuman diaorang. terpancar keikhlasan dan bersihnya jiwa mereka. SAYA NAK LAGI, BOLEH? \(^O^)/



23 OKTOBER 2012
Alhamdulillah, seronok sebab Allah bagi peluang jadi si tukang interview. Macam-macam perangai dan gelagat saya jumpa. Masa interview, saya tanya satu soalan je. Soalan pun saya kasi diaorang pilih. Kreatif tak kreatif bakal cikgu/ustz/ustzh SMPI batch 2012/2013? Kebanyakan yang datang interview adalah dari fac. Science, Engine.. dan malang sekali, ramai tak dapat jawab.


HAAA! untuk orang2 di luar sana, jangan pandang kami sebelah mata lagi. Sebab Allah kasi kalian dua mata. DARE TO BE DIFFERENT!


28 OKTOBER 2012
Jangan tanya kenapa saya selalu berhubung dan keluar dengan kawan SMKAKL.
Jangan hairan kenapa saya selalu cerita pasal SMKAKL (esp. kawan2 dan cikgu2). 

Jangan soal kenapa saya selalu kaitkan semua benda dengan SMKAKL. 
Jangan pelik kenapa saya selalu cakap "dia tu dulu , budak SMKAKL"

Walaupun orang cakap macam-macam pasal sekolah saya tapi hati saya tetap berbisik:


CAKAP LA APA PUN,, I'M PROUD TO BE SMAKLIAN/SMKAKLIAN ! FOREVER :)


psst: saya berani cakap, kalau ada masalah ke, ada berita gembira/sedih ke, bila cuti nak cari teman hangout ke,, SMAKLIAN MESTI cari kawan SMKAKL dulu kan? waleupun dah duduk jauh2~


Amacam? Best tak?! Mestilah best. Kalau tak best tu, tak best la. Eh, best tu bukan tak best tau! Tak best tu pun bukan best. Okay, pening! @__@ Nanti kita sambung untuk bulan November dan Disember pulak. Haa! Kalau ada post-post kat atas ni yang anda nak tahu kisah selebihnya, do tell me :D