20121224

Cara Orang Malas (Bahagian 1) macam upinupin lah pulokk


Assalamualaikum wbt. 
Sekarang tengah cari mood untuk study. Jadi, saya dah dapat idea iaitu untuk bercerita di sini. Saya nak letak semua post-post saya dekat fesbuk kat sini. Boleh? Kalau tak boleh pun, NAK LETAK JUGAK. Blog i kannnn? -___-" Kebelakangan ni.. tak sebenarnya baru je perasan tadi saya selalu cerita dekat fesbuk berbanding di sini. Mengapa ye teman-teman? Mungkin sebab di sana ada respon dan di sini tidak. Papepun, saya tetap sayang di sini (blog) lebih dari saya sayangkan yang di sana (fesbuk). Mari kita mulakan marathon post-post fesbuk Fasiihah JasniAyuh !

10 SEPTEMBER 2012 

Okay, bilik saya betul-betul 1Malaysia. Melayu (me), Indian (mirosha), Chinese (senior). Saya boleh belajar 2 bahasa utama kaum di Malaysia. Tak perlu tukar bilik mcm kawan-kawan lain kott :D dah 7 tahun hidup sekaum dan seagama.

"Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."


[A pessimist sees the difficulty in every opportunity, an optimist sees the opportunity in every difficulty]
Inna allah ma'ana !

12 SEPTEMBER 2012 
Penat menjawab pertanyaan kawan2. Kenapa saya tak tukar kolej walaupun kolej saya tak "seselesa" kolej 12 dan lain2? Mudah sahaja. 
1. Suraunya best! kalau saya duduk kolej lain, entah turun atau tak.
2. Kawasannya yang comel. Tak perlu penat2 berjalan.
 

3. Bilik saya paling kecil antara semua bilik2. Tapi roommate saya sangat baek! 
4. Kolej saya takde cafe, jadi inilah peluang saya untuk berjumpa semula kawan2 majmuah, nilam puri di kolej2 lain bila beli makanan di kolej mereka.

Saya bukanlah seorang yang TERLALU positif, malah lebih negatif pada kebiasaannya dan saya bukanlah jenis "redho" / terima sahaja apa yang diberi/ dapat. Entah, saya rasa kolej 8 memerlukan khidmat saya lebih dari kolej2 lain. 

17 SEPTEMBER 2012 
Sedih apabila diperlakukan sebegini hari ini. Mungkin lebih tepat terguris apabila mengenangkan susah payah EMAK untuk "majlis" hari ini tidak dihargai dan dipandang sepi oleh mereka yang.. :'( Ya Allah, jauhkan aku dan keluargaku daripada sifat-sifat orang munafik; apabila berjanji dia mungkiri.

Mak, TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA. YANG MAKAN, TERIMA KASIH JUGA :')

13 OKTOBER 2012
13 OKTOBER 2012 : Merupakan hari yang paling BAHAGIA dalam hidup saya. Sungguh seronok sebab Allah bagi saya peluang utk berdamping dengan mereka yang buta mata tapi SANGAT-SANGAT-SANGAT celik hati PERMIUM-PERSATUAN MAHASISWA ISTIMEWA UNIVERSITI MALAYA. Walaupun baru setengah hari bersama, banyakkkk yang saya belajar dari mereka: 
1.Tidak mudah ambil hati/kecil hati. 
2.Bersedia memaafkan dan meminta maaf. 
3.Bersyukur 
4.Be a good listener. 
5.Menjadikan kekurangan sebagai satu kelebihan. 

Dan Alhamdulillah, saya juga dapat berkawan dengan orang-orang (sukarelawan2) yang SANGAT POSITIF :') saya suka tengok senyuman diaorang. terpancar keikhlasan dan bersihnya jiwa mereka. SAYA NAK LAGI, BOLEH? \(^O^)/



23 OKTOBER 2012
Alhamdulillah, seronok sebab Allah bagi peluang jadi si tukang interview. Macam-macam perangai dan gelagat saya jumpa. Masa interview, saya tanya satu soalan je. Soalan pun saya kasi diaorang pilih. Kreatif tak kreatif bakal cikgu/ustz/ustzh SMPI batch 2012/2013? Kebanyakan yang datang interview adalah dari fac. Science, Engine.. dan malang sekali, ramai tak dapat jawab.


HAAA! untuk orang2 di luar sana, jangan pandang kami sebelah mata lagi. Sebab Allah kasi kalian dua mata. DARE TO BE DIFFERENT!


28 OKTOBER 2012
Jangan tanya kenapa saya selalu berhubung dan keluar dengan kawan SMKAKL.
Jangan hairan kenapa saya selalu cerita pasal SMKAKL (esp. kawan2 dan cikgu2). 

Jangan soal kenapa saya selalu kaitkan semua benda dengan SMKAKL. 
Jangan pelik kenapa saya selalu cakap "dia tu dulu , budak SMKAKL"

Walaupun orang cakap macam-macam pasal sekolah saya tapi hati saya tetap berbisik:


CAKAP LA APA PUN,, I'M PROUD TO BE SMAKLIAN/SMKAKLIAN ! FOREVER :)


psst: saya berani cakap, kalau ada masalah ke, ada berita gembira/sedih ke, bila cuti nak cari teman hangout ke,, SMAKLIAN MESTI cari kawan SMKAKL dulu kan? waleupun dah duduk jauh2~


Amacam? Best tak?! Mestilah best. Kalau tak best tu, tak best la. Eh, best tu bukan tak best tau! Tak best tu pun bukan best. Okay, pening! @__@ Nanti kita sambung untuk bulan November dan Disember pulak. Haa! Kalau ada post-post kat atas ni yang anda nak tahu kisah selebihnya, do tell me :D




No comments:

Post a Comment