20121227

Cara Orang Malas (Bahagian 2) eh, macam tajuk yang dulu je.


5 NOVEMBER 2012
Bismillahirrahmanirrahiim.

Kadang-kadang Allah uji saya untuk ke syurga dengan gerak kerja. Allah nak lihat bagaimana saya menguruskannya, Allah nak latih saya cara untuk menjadi lebih profesional & rasional daripada emosional, Allah nak saya tahu bahawa kalau saya letak "LILLAH" dalam segala urusan saya, semuanya akan tenang, lancar, tidak sakit hati, tidak merungut, tidak penat dan sebagainya. 

[[Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, nescaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa. Katakanlah (Muhammad), "setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing." Maka TUHANMU LEBIH MENGETAHUI siapa yang lebih benar jalannya.]] Al-isra' ; 83&84

LILLAH sama sekali menghapuskan dan melupakan kita kepada LELAH.
TERIMA KASIH DAN MINTA MAAF, ALLAH . daripada FASIIHAH.

20 NOVEMBER 2012
Sedangkan huruf I dan U berbeza, inikan pula saya dengan awak. Menyuruh saya MENJADI SEPERTI awak sama sekali tidak mungkin kan terjadi. 
Persamaan, sila hargai. Perbezaan, sila hormati. 
Prinsip ulama' mudah tapi mengapa kita buat payah?

Diri, mohon mengerti.

23 NOVEMBER 2012
Semalam, saya memberanikan diri untuk menyuarakan persoalan yang terbenak dilubuk hati sekian lamanya kepada YDP MPMUM. (*perhatian soalan ni saya susun balik, sebab semalam TERKETAR2.. :( ) 

"Saudara merupakan pelajar jurusan undang-undang, bukan? Menurut pendapat anda, bagaimana KEADILAN dari sudut politik khususnya di kampus? Terus terang saya katakan, saya melihat ketidakadilan berlaku dalam pilhanraya kampus UM. Sebagai mahasiswa tahun pertama, saya tak faham, keliru, bingung dengan apa yg berlaku.. Yang menang dalam pilihanraya tak dapat jawatan MT, yang kalah pulak yang dapat. Jadi, apa tujuan pilihanraya kampus hari tu diadakan?"

Jawapan beliau........
Nanti saya sambung. Harap dapat bersabar buat yang nak tahu.

24 NOVEMBER 2012
Orang ISLAM di MALAYSIA khususnya, sila jangan pelat. غزة (Ghazzah) tauuuuu! Bukan sebut GAzA @ GAzzA. faham tu?
-----------------------------------------------------------------------

Haaa! Macam mana? Masih nak tahu?
Jawapan YDP MPPUM :

"Siapa yang menang? Siapa yang kalah?.... Itu adalah isu yang tak perlu ditimbulkan. Sepatutnya kita lebih matang dan tidak memandang kebelakang. Dalam mpp ni , kami tidak membezakan antara satu sama lain (pro-M, penggerak). Kami bersatu padu dan bekerjasama untuk membantu anda. Bantulah kami untuk membantu anda. "Menjulang Suara Siswa"

Saya tak tahu nak ulas apa. Tapi, apa yang pasti saya tak berpuas hati dengan jawapan dia. Perlu saya tegaskan disini, niat saya bertanya soalan tersebut ialah untuk memberitahu semua pelajar bahawa DIMANA KEADILAN yang dicanang2kan dan kita semua sudah tertipu.. Jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Yang salah pun kita turutkan.

*kenapa dengan saya je dia tak tanya, "terjawab tak?". V__V *

1 DISEMBER 2012
Astaghfirullah al'aziim. Astaghfirullah al'aziim. Astaghfirullah al'aziim. 

Geram dengan sikap sesetengah lelaki yang TAK FAHAM dengan NILAI MARUAH seorang muslimah. Kami punyalah berusaha sebaik mungkin menjaga aurat kami dari tatapan rakusan ajnabi, tapi mengapa? mengapa? mengapa? kalian buat kami begini Y__Y

-->Anda yang bernama lelaki tak faham, saya dan kawan2 yang lain ada dalam bilik. Apa salahnya anda bagi salam, ketuk pintu dahulu jika ingin berurusan (pasang kipas)? Kalau orang lambat buka pintu, jangan dijenguk2kan kepala tu ke tingkap rumah/bilik (kolej) . Dan jangan terus terjah masuk. Allah dah bagi garis panduan dah. Kenapa tak nak ikut?

|| Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum MEMINTA IZIN dan MEMBERI SALAM kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.||

|| Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka JANGANLAH KAMU MASUK SEBELUM KAMU MENDAPAT IZIN. dan jika dikatakan kepadamu "kembalilah!" Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.||

I know, it's all about your job. You need to do it on time. But, where is your akhlak/attitude, dude?? Kami sedih sangat. rasa macam bo_ _ _. Y__Y Kalaulah masa boleh diputar.

5 DISEMBER 2012
Hari ni, ada banyak benda yang Allah pesan, sampai saya terduduk dan rasa seolah-olah tak mampu untuk bernafas lagi . Allah cakap:

[6:14] "Katakanlah (Muhammad), "Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal DIA MEMBERI MAKAN DAN TIDAK DIBERI MAKAN?.."

Baru yang pertama.. sabarlah duhai hati..

[6:17] "Dan jika Allah menimpakan suatu BENCANA kepadamu, TIDAK ADA YANG DAPAT MENGHILANGKANNYA SELAIN DIA. Dan jika Dia mendatangkan KEBAIKAN kepadamu, maka DIA MAHAKUASA ATAS SEGALA SESUATU."

Yang kedua, kuatlah duhai jiwa..

[6:18] " ...Orang-orang yang MERUGIKAN DIRINYA, mereka itu TIDAK BERIMAN (kepada Allah)."

Amacam rasanya wahai hati, jiwa, raga? Ada lagi satu.. 

Dan.. pesanan Allah yang membuatkan saya rasa seperti terkena berdas2 tembakan bazooka dan sama waktu dengannya ialah :

[6:32] "Dan kehidupan DUNIA INI, HANYALAH PERMAINAN dan SENDA GURAU. Sedangkan negeri AKHIRAT ITU, sungguh LEBIH BAIK bagi ORANG-ORANG yang BERTAKWA. TIDAKKAH KAMU MENGERTI?"

قُل إِنٍّي أَخَافُ إِن عَصَيتُ رَبِّي عَذَابَ يَومٍ عَظِيم --> Katakanlah (Muhammad), "Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku". [6:15]
TT___TT

7 DISEMBER 2012
Takkan terpisah.

Empat sekawan gila-gila, 
Rambut tak sama  
Tapi satu kepala  
Tak sedarah tapi bersaudara 
Sumpah untuk bersama-sama.
Takkan terpisah.



Biar tsunami melanda 
Pusing dunia berjanji setia 
Susah senang kami menang.
Takkan terpisah.



Ibarat KL dengan traffic jam
Burung biru dengan muka buku  
Tetap rapat.
Kami hebat.
Macam budak hipster dengan jeans ketat  
Takkan koyak takkan goyah  
Takkan terpisah 
Kami buddyz bersama selamanya.



Kami riuh, kami gempak 
Ngam ngam macam segiempat tepat  
Suara berbeza pilihan sama  
Fahami jiwa tanpa suara.
Kami sembang gaduh sms kutuk lepak 
Sebab kami muda sekali je 
Bersama mencipta menggegar dunia.



Kami bebas 
Merantau merata-rata 
Merayau-rayau mencari jati diri
Bersama selamanya.
Kami buddyz.
Kami takkan terpisah...

*Jiwo pulop pagi ni. Hanya suka sajak ni. * oh, ini iklan DIGI yang coooooool .


13 DISEMBER 2012
Dear Rihab Abdul Hayei 
Do you remember when we're in form 1 (especially), we always fight about purple & pink. Tonight will be my day!!! 

Kat kolej seha ada majlis penutup KinaCares. Dia mintak semua orang pakai baju warna purple :'D bawa barang2 purple sekali. Terharuuuuu tawu takkk ! 

Rindu kan, nak gaduh mcm masa nak pilih nama restoran utk projek english kita?

16 DISEMBER 2012
Kak Princess Shams Ayuni text me : Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki, berat 3.06 pada 10/12/12. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga dunia & akhirat.
:') menangis terharu saya bila dapat berita ni, kak princess.

Antara ucapan/doa ke atas kelahiran bayi:

1. جَعَلَهُ الله مَولُودًا مُبَاركًا (May Allah make him a blessed child)

2. جَعَلَهُ الله مِنَ الصَّالِحِينَ (May Allah put him amongst good people)

3. أَقَرَّ الله بِهِ عَينِكَ (May you be comforted by Allah with his presence)

4. حَمدًا لِلّهِ عَلَى سَلاَمَةِ زَوجَتِكُم (Praised be to Allah who saved your wife)

Ya Allah, beri saya peluang utk berjumpa dengan kak princess & baby nya :) 
To baby : Please be excited to meet me, soonnnnnnnnn! HAHA.  
Kak princess, dah jadi ibu :') Nak ikut jejak akak jugalah~~

To Sitii Hazwaanii Bt Jasni, kalau kakngah dapat baby.. camni la nanti. Excited & menangis la maksu kepada anakmu itu ;)


HAHA XD Pening tak..? TAKK? ishhhh. Tak boleh jadi ni. Btw, mana yang baik dari post-post tu, manfaatkan. Kalau yang buruk tu.. diam-diamkan dan jangan ikut taw! TERIMAKASIH sebab sudi membaca. Untuk yang tak faham post ni pasal apa sila klik.

pstt: Dari post gerak kerja sampailah ke gerak kerja rumah tangga. Eh, Ada pape ke?:D

No comments:

Post a Comment