20121229

Penat berlari dalam..

Letih..
Dikejar Ah Long
Ah long itu tukang karut
Dalam karoot komedia
Sekarang dia tukang kaut bukan tukang karut

Melihat ke belakang
Jauh juga aku berlari

Kenapa aku yang dia yang dia cari?
Aku tiada hutang

Penat..
Berehat
Betul-betul tepi segi empat
Motif dikejar dia masih tidak dapat
Nak lari ke mana lagi?
Kalau balik naik tren tak sempat

Sambung berlari
Entah bila nak berhenti
Cuba beranikan diri
Untuk tamatkan larian ini

Lambat-lambat aku buka si mata
Akhirnya Ah Long si tukang kaut tiada
Tapi penat tadi masih ada
Tangan kanan di dada
"Kuatnya..."
Macam betul saja

Tapi ini hanyalah mimpi
Akibat tak basuh kaki
Di malam hari.






No comments:

Post a Comment