20130124

Sembang Solat Jumaat


Dan saya ada satu soalan untuk kaum adam. Apakah usaha kalian untuk tidak mengantuk ketika khutbah jumaat? Kalau tengok dalam tv, susah sangat nak tengok jemaah mencatat isi khutbah sama ada dengan buku & pen atau medium lain (ipad, tablet, mobilephone). Kalau kuat ingatan takpela. Tapi kebanyakannya tidak. Setuju atau tidak? Jangan asyik menyalahkan khatib sehingga salah diri tidak dianggap aib.

20130122

Wordless Wednesday (W&W #1)


Saya guna Paint. Sila komen.

20130113

Ujian di atas ujian

Assalamualaikum wbt.
Baru mendapat berita. Ayah kepada sahabat kelas saya (Nurul Amirah) telah kembali ke rahmatullah beberapa minit yang lalu. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Moga arwah diampunkan segala dosanya, dirahmati dan diberkati seisi kehidupannya dan diganjari semua kebaikannya.

Mira kesayangan Seha.
Untungnya Mira. Diberi ujian pada musim-musim begini (minggu exam). Macam mana kalau Seha yang kena? Adakah Seha akan setabah dan sekuat Mira? Allahu robbi. Seha doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Sungguh, Mira orang terpilih dan orang hebat!

Bagaimana dengan kita, sahabat? Bersediakah? Y_Y

20130112

Aku hidup untuk apa?


Kenapa awak tak pergi sekolah?

Awak, ada duit? Saya takde. Kalau saya ada, saya boleh pergi ke sekolah.
Kenapa awak bekerja? Bukan ke awak patut ada di sekolah sekarang?
Saya nak adik perempuan dan adik lelaki saya kahwin. Saya tak nak mereka rasa dan lalui apa yang saya alami selama ini. Realitinya sangatlah kejam.

Allahu robbi. Budak 9 tahun di India cakap begini. Malu saya pada diri sendiri. Dah 21 tahun masih tiada kematangan seperti ini. Tiada syukur pada Ilahi. Apa guna saya hidup di muka bumi? Dua ayat yang MESTI kita imani (Al Dzariyaat, ayat 56 dan Al-Baqarah, ayat 30)



Rujuk: Dokumentari "Road of Hope (in India)" untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penderitaan dan kemiskinan di India.







20130109

Puncakan pada Allah

Assalamualaikum wbt.

Tarbiyyah Allah itu sangat unik dan indah! Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas saya ajak kawan beli makanan sama-sama.

Nak gi makan tak? Kalau nak 1230 kat pondok pak guard.
Okay.

Saya pun tunggulah punya tunggu.. dekat 10-15 minit jugak la.. Sementara menunggu tu, ada sorang hamba Allah ni pula datang dekat saya minta tolong belikan nasi kawan dia. Sebab dia dah sampai pintu gate kolej. Jujur dari hati, saya memang tak ikhlas nak belikan. Sebab.. saya memang tak suka orang kirim mengirim ni.  Tambah-tambah minggu exam ni. Saya fikir orang macam ni suka curi masa orang. Dia nak masa lebih untuk study sampai benda nak masuk mulut pun suruh orang. Saya tak marah yang minta tolong belikan, saya marah pada yang mengirim dekat dia. Tengok, betapa jahatnya saya. 

Pergi dengan siapa?
Dengan tutt..tapi tak nampak dia pun dari tadi.
Boleh ke nak tolong belikan ni?
Boleh..

Saya dah tak senang duduk. Okay, semua orang tahu saya pesen tak suka menunggu. Saya terus hantar mesej.

Jadi ke tak?
Jadi. Tapi ore lalu jalan belakang. Tak lalu depan pondok pak guard. 

I just wonder perasaan mereka-mereka yang sejenis dengan saya (tak suka menunggu). Mungkin agak terasa dan geram. Kenapa tak bagitahu awal-awal, kan? Ke saya sorang je rasa? Saya pun pergilah beli makanan sorang-sorang ditemani sang mentari terik tegak di kepala. Ceh :p 

Balik dari beli makanan tu, saya tiba-tiba rasa sebak dan nak menangis. Biasa laa. Typical me! Saya pun tak tahu kenapa. Saya menangis sampai rasa puas. Dah puas saya pun berhenti. So budak-budak! Tapi itulah.. saya sangat mudah memaafkan tapi sangat sukar untuk melupakan. Saya masih tak puas hati lagi. Saya pergi solat zohor dekat musolla tapi malang tidak berbau. Saya terpijak "singam" (chewing gum) masa nak on the way ke musolla. Melekat habih kat seluar. Arghh! 

Lepas solat balik bilik, saya masih teringat dua kejadian yang baru berlaku ke atas saya. Saya dah maafkan, tapi cuma.. memang susah nak lupakan. Masih berbekas dalam hati. Ya Allah, kenapalah malang sangat aku hari ni. Aku buat apa sampai dapat balasan macam ni?

Lepas Maghrib, saya menangis lagi. Sebelum nak baca Al-Quran tu, saya doa dan minta sungguh-sungguh dengan Allah. 

"Ya Allah, kenapa dengan aku hari ini ya Allah? Apa yang aku dah buat ya Allah? Salahkah aku marah, sakit hati dengan kawan aku tu ya Allah? Esok dah la periksa nazoriyyah ya Allah. Aku tak baca apa pun lagi. Tenangkanlah hati aku ya Allah. Kau tunjukkanlah dan bisikkanlah pada aku kata-kata-Mu yang boleh buat aku tenang, sabar, lupakan segala masalah. Aku mohon ya Allah. "

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Pap! Dapat satu ayat direct. Memang bertambah kuat saya menangis. Tapi kali ini tangisan penuh penyesalan dan rendah diri bukan marah atau sakit hati lagi. Sungguh! Aku lemah ya Allah. Saya tak ingat surah apa tapi nak kata terkesannya saya dengan ayat ini, sampai saya terhafal.

وَادعُوهُ خَوفًا وَطَمَعًا، إِنَّ رَحمَةَ اللهِ قرِيبُ مِنَ المُحسِنِينَ
Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

Sekarang saya sangat tenang. Sebab bila kita fikir dan muhasabah atas setiap kejadian yang berlaku dan kita balikkan kepada pencipta setiap ujian tu, kita akan sikit pon tak ambil kesah apa orang buat dekat kita. Percayalah, bila puncakan kepada Allah.. LUPA semua masalah. Terus kita boleh tersenyum dengan orang yang kita sakit hati dan marahkan tu dan rasakan "Bodohnya aku ni. Kan Allah yang buat semua tu. Buat apa nak sakit hati?"

Tiada apa yang dapat saya luahkan lagi melainkan TERIMA KASIH ALLAH! LOVE YOU!

20130104

Rentetan "kita kena malu"


Jangan susahkan mata masing-masing. Klik gambar untuk paparan imej yang lebih besar. ayatku sungguh skema! takpe la.. better dari ayat rempit. ye dakk?


20130102

Kena ada Malu

Assalamualaikum wbt.


Kita KENA MALU..
Sebab? Syed Qutb pernah menukilkan :

"Aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam."


Dah ada malu? Mari jadi hamba soleh wa musleh.



4 menanti

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Dah lepas dua paper. Subjek universiti. Empat lagi menanti.

Mohon izin mengundur diri.



20130101

Amanat cikpuan blog pada tahun baru


Assalamualaikum wbt.
Ada amanat dari cikpuan empunya blog ni.


Awak-awak semua, esok Fasiihah Jasni dah mula exam. Mohon doakan yang terbaik untuk dia, okay? Doakan supaya dia tenang, ingat apa yang difaham, dibaca dan dihafal. Doakan jugak supaya mudah dia menjawab soalan-soalan exam nanti. Dia cakap, dia paling takut subjek Nazoriyyah Al-Hukm dan Usuluddin.
Eh, lagi satu dia minta supaya kita sama-sama mendoakan keberkatan ilmu yang dia dapat. Dan last sekali dia cakap, MOHON HALALKAN SEGALA-GALANYA. Kalau dia ada hutang, tapi tak bayar.. Bagitahu tau! Dia MINTA MAAF BANYAK-BANYAK dekat semua. Bittaufi wannajah buat kawan-kawan dia yang akan menduduki exam juga.

Last and never least, FASIIHAH JASNI SAYANGGGG KORANG SEMUA ! *hugs*
Oleh sebab semua baik hati mendoakan dia.. nah! dia kasi doa dan tips menghafal :)