20130109

Puncakan pada Allah

Assalamualaikum wbt.

Tarbiyyah Allah itu sangat unik dan indah! Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas saya ajak kawan beli makanan sama-sama.

Nak gi makan tak? Kalau nak 1230 kat pondok pak guard.
Okay.

Saya pun tunggulah punya tunggu.. dekat 10-15 minit jugak la.. Sementara menunggu tu, ada sorang hamba Allah ni pula datang dekat saya minta tolong belikan nasi kawan dia. Sebab dia dah sampai pintu gate kolej. Jujur dari hati, saya memang tak ikhlas nak belikan. Sebab.. saya memang tak suka orang kirim mengirim ni.  Tambah-tambah minggu exam ni. Saya fikir orang macam ni suka curi masa orang. Dia nak masa lebih untuk study sampai benda nak masuk mulut pun suruh orang. Saya tak marah yang minta tolong belikan, saya marah pada yang mengirim dekat dia. Tengok, betapa jahatnya saya. 

Pergi dengan siapa?
Dengan tutt..tapi tak nampak dia pun dari tadi.
Boleh ke nak tolong belikan ni?
Boleh..

Saya dah tak senang duduk. Okay, semua orang tahu saya pesen tak suka menunggu. Saya terus hantar mesej.

Jadi ke tak?
Jadi. Tapi ore lalu jalan belakang. Tak lalu depan pondok pak guard. 

I just wonder perasaan mereka-mereka yang sejenis dengan saya (tak suka menunggu). Mungkin agak terasa dan geram. Kenapa tak bagitahu awal-awal, kan? Ke saya sorang je rasa? Saya pun pergilah beli makanan sorang-sorang ditemani sang mentari terik tegak di kepala. Ceh :p 

Balik dari beli makanan tu, saya tiba-tiba rasa sebak dan nak menangis. Biasa laa. Typical me! Saya pun tak tahu kenapa. Saya menangis sampai rasa puas. Dah puas saya pun berhenti. So budak-budak! Tapi itulah.. saya sangat mudah memaafkan tapi sangat sukar untuk melupakan. Saya masih tak puas hati lagi. Saya pergi solat zohor dekat musolla tapi malang tidak berbau. Saya terpijak "singam" (chewing gum) masa nak on the way ke musolla. Melekat habih kat seluar. Arghh! 

Lepas solat balik bilik, saya masih teringat dua kejadian yang baru berlaku ke atas saya. Saya dah maafkan, tapi cuma.. memang susah nak lupakan. Masih berbekas dalam hati. Ya Allah, kenapalah malang sangat aku hari ni. Aku buat apa sampai dapat balasan macam ni?

Lepas Maghrib, saya menangis lagi. Sebelum nak baca Al-Quran tu, saya doa dan minta sungguh-sungguh dengan Allah. 

"Ya Allah, kenapa dengan aku hari ini ya Allah? Apa yang aku dah buat ya Allah? Salahkah aku marah, sakit hati dengan kawan aku tu ya Allah? Esok dah la periksa nazoriyyah ya Allah. Aku tak baca apa pun lagi. Tenangkanlah hati aku ya Allah. Kau tunjukkanlah dan bisikkanlah pada aku kata-kata-Mu yang boleh buat aku tenang, sabar, lupakan segala masalah. Aku mohon ya Allah. "

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Pap! Dapat satu ayat direct. Memang bertambah kuat saya menangis. Tapi kali ini tangisan penuh penyesalan dan rendah diri bukan marah atau sakit hati lagi. Sungguh! Aku lemah ya Allah. Saya tak ingat surah apa tapi nak kata terkesannya saya dengan ayat ini, sampai saya terhafal.

وَادعُوهُ خَوفًا وَطَمَعًا، إِنَّ رَحمَةَ اللهِ قرِيبُ مِنَ المُحسِنِينَ
Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

Sekarang saya sangat tenang. Sebab bila kita fikir dan muhasabah atas setiap kejadian yang berlaku dan kita balikkan kepada pencipta setiap ujian tu, kita akan sikit pon tak ambil kesah apa orang buat dekat kita. Percayalah, bila puncakan kepada Allah.. LUPA semua masalah. Terus kita boleh tersenyum dengan orang yang kita sakit hati dan marahkan tu dan rasakan "Bodohnya aku ni. Kan Allah yang buat semua tu. Buat apa nak sakit hati?"

Tiada apa yang dapat saya luahkan lagi melainkan TERIMA KASIH ALLAH! LOVE YOU!

No comments:

Post a Comment