20130228

Tak kiraaaaa! NAK BALIKKKKKKK!

Assalamualaikum wbt.
Nak balik ! Sem ni banyak kelas " dupdapdupdap". Nak masuk kelas mesti berdebar. Mengapakah? Yang pasti, saya nak balik walaupun baru 2 minggu kelas. Nak lupakan segala assignmentS dan presentationSFaham kan, kenapa saya boldkan huruf s? Y_Y Nak main dengan Ainaa Qaisara. Ainaa, sashu rindu ainaa. T_T Nanti kita tengok pinpin (upinipin) dengan babytv sama-sama, okay? *banjir*




20130225

Dakwah #1 saya dalam HEWI :')

Assalamualaikum wbt. 
Terharuu :') Alhamdulillah! Karya dakwah pertama saya telah diterima oleh HEWI (Hal Ehwal Wanita Islam Universiti Malaya). Sila klik http://hewi.pmium.net/. Berusahalah untuk menyampaikan walau duduk di belakang tabir. In syaa Allah, manfaatnya besar untuk diri khususnya dan juga orang lain. Terima kasih ALLAH & SEMUA.


20130223

Hari ni bukan hari rabu


Buku Al-Wajiz dah jadi buku conteng.

Nama saya dalam cina. Siha. Oh, lupa nak bagitahu.. saya masuk kelas kaligrafi cina.

Jadual waktu solat saya masa cuti sem 1.  Tak susah pun. Boleh guna kertas A4, tapi saya suka kertas mahjong. Besar, senang nak nampak! Saya lekatkan dekat dinding ruang tamu. Biar semua orang tengok. Mudah-mudahan saya akan malu bila solat lambat. Walaupun bunyi macam tak Lillahi ta'ala  je.. tapi in syaa Allah.. ada ganjaran disisi Allah kerana berusaha menjaga waktu solat. kan? :) Amiin.

Perkenalkan, kaklong saya yang ke3. Mazidah bt Mohd Rudi. annndd WE LOVE PJK!

Sangat suka gmbar ini :D

20130222

Solehah kaki shopping, anda?


Ini kisah Solehah yang tak berapa nak solehah. Dia ni kaki shopping ! Tengoklah tu, betapa banyaknya barang yang dia beli. Jangan memain.. semua barang tu dia beli dekat Mid-valie. macam pernah dengar je kan? Jalan TAR hitam memang dia tak pandang dah. Salah ke tak beli dekat situ? Tak salah. Jadi, apa masalah Solehah sebenarnya?



Kalau tengok dari segi pakaian.. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Tutup aurat. Tang tudung tu, haa! tudiaaa..sampai ke lutut nun. Hurmm.. Satu je yang slack, SOLAT. Bila dah masuk waktu solat, dia tetap ligat bershopping mopping. Tak reti nak berhenti. Makin gagah kakinya. Apa salahnya kalau pergi solat dulu, lepas tu sambung shopping balik. Rezeki tu semua siapa yang kasi, cik Solehah oi?! Kalau Allah tak bagi sihat.. nanges tak berlagu lah cik Solehah kite sorang ni dalam bilik, mengenangkan kawan-kawan yang pergi shopping dan menghabiskan voucher 250 hengget!

Benarlah kata Allah ,

 

Psst: Saya gunakan kartun Solehah tu dalam team Media HEWI UM. Jadi, jangan terkejut la kalau korang ada terjumpa gambar yang sama nanti. Nak buat macam mana, penconteng nya orang yang sama. hehe.

20130203

Kasih tak bersyarat

Assalamualaikum wbt.
 
Rasanya jarangggggg sangat saya bercerita tentang family dekat blog ni kan? Atau mungkin tak pernah? 3 FEBRUARI adalah tarikh yang paling istimewa buat saya. Kenapa ? Sebab birthday mak :) Untuk pengetahuan kalian, family saya memang tak sambut birthday. Kalau sambut pun, sambut serentak. Sambut satu family. Dari ayah sampai la ke birthday Luqman. Bukan pada harijadi. Tak kira masa. Masa hari raya pun boleh jadi. So, ucapan & hadiah itu bergantung pada diri masing-masing sama ada nak bagi atau tak.
 
Pernah satu ketika, kami mengemas rumah. Satu rumah dikemasnya. Paham-paham jela.. Kalau dah kemas-mengemas ni benda yang kita cari dan tak jumpa dulu memang akan jumpa semula. Dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besar benda. Tak percaya? Cubalah! Apa pula kaitan mengemas rumah dengan birthday mak saya, kan? Masa tengah kemas-kemas tu, saya terjumpa satu kad birthday, masih elok dalam sampulnya. Nama yang tertera atas sampul adalah "MAK:)" Bila dibuka, "oh.. kad yang aku kasi dulu la. Masa sekolah menengah. Mak simpan lagi." Terus saya tunjuk dan cerita dekat mak yang sibuk mengemas di bilik sebelah.

Mak tersenyum. "Kakak nak tahu tak, kad yang kakak kasi mak masa sekolah rendah dulu pun ada lagi.." Sekarang, saya pula yang tersenyum. Saya tertanya-tanya kenapa mak simpan? Bukan apa sangat pun kad tu. Hanya kertas A4 berwarna dan beberapa tulisan tangan di dalamnya "Selamat Hari Lahir, Mak ! Semoga panjang umur murah rezeki. Kakak sayang mak <3 br=""> Saya tanya mak kenapa mak simpan lagi kad-kad tu, mak jawab :

Buruk ke tidak, yang penting ingatan. Ayat last tu yang mahal. Sebab tu mak simpan.

Murni kan hati seorang ibu? :') Lagi satu yang paling saya kagum pasal mak ialah sarapan. Setiap hari, mak akan bangun pukul 3 atau 4 pagi. Kemudian, bersiap untuk solat tahajud. Lepas tu mak akan terus pergi dapur dan memulakan aksi "ketang-ketung"nya. Kalau mak terlebih rajin, mak akan masak nasi berlauk. Kalau tidak pun, dua tiga jenis makanan. Contohnya, mee hoon dan nasi goreng. Kuey teow, kentang goreng, dan telur hancur. Mak tak pernah tinggalkan satu makanan je. Hebat kan mak? Kadang-kadang saya rasa kesian dekat kawan-kawan yang maknya tak masak sarapan atau maknya suruh masak sendiri atau cari sendiri. Betapa beruntungnya saya ada mak macam MAK. Alhamdulillah..

Kesucian hatinya tidak berhenti setakat itu. Lepas dah siap-siap pakai baju nak ke kerja, mak akan bekalkan 4 bungkusan makanan sarapan untuk Kakngah, Sai (abang saya), Kak Imah (kakak ipar saya), dan ayah saya. WAJIB! Kalau tidak sempat, mak akan pesan pada saya atau sesiapa sahaja yang bercuti di rumah. Selalunya mak yang sediakan sendiri. Walaupun kadang-kadang mereka ambil cuti, dan mak tak tahu.. Mak TETAP bungkuskan juga. Kasihnya dia pada anak dan keluarga.

Dalam plastik merah itulah bekal sarapan yang saya cakapkan tu. 

Mak akan sangkutkan bekal makanan tu TIAP-TIAP hari.
 
Kalau nak bercerita pasal kehebatan dan kesucian seorang ibu tiada noktahnya. Sebab kasihnya tak bersyarat! Selamat hari lahir MAK :) Kakak nak jadi macam mak. KAKAK SAYANG MAK<3>


Selagi mak di depan mata,
Hargai dan taatilah dia.
Selagi mak masih boleh membebel,
Layankan saja.
Selagi mak suruh buat kerja,
Turutkan perintahnya.
Selagi mak boleh memasak,
Berilah pujian, wahai anak.
Selagi mak boleh bekerja,
Berjimatlah untuk di hari muka.
Selagi mak boleh bernafas,
Sifatnya jangan kita rimas.
SELAGI MASIH ADA MASA,
SAYANGI EMAK SENANTIASA! ♥
 
KALAU SUDAH TIADA,
BERDOA UNTUKNYA.
MOGA DITEMPATKAN DI SYURGA.