20130203

Kasih tak bersyarat

Assalamualaikum wbt.
 
Rasanya jarangggggg sangat saya bercerita tentang family dekat blog ni kan? Atau mungkin tak pernah? 3 FEBRUARI adalah tarikh yang paling istimewa buat saya. Kenapa ? Sebab birthday mak :) Untuk pengetahuan kalian, family saya memang tak sambut birthday. Kalau sambut pun, sambut serentak. Sambut satu family. Dari ayah sampai la ke birthday Luqman. Bukan pada harijadi. Tak kira masa. Masa hari raya pun boleh jadi. So, ucapan & hadiah itu bergantung pada diri masing-masing sama ada nak bagi atau tak.
 
Pernah satu ketika, kami mengemas rumah. Satu rumah dikemasnya. Paham-paham jela.. Kalau dah kemas-mengemas ni benda yang kita cari dan tak jumpa dulu memang akan jumpa semula. Dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besar benda. Tak percaya? Cubalah! Apa pula kaitan mengemas rumah dengan birthday mak saya, kan? Masa tengah kemas-kemas tu, saya terjumpa satu kad birthday, masih elok dalam sampulnya. Nama yang tertera atas sampul adalah "MAK:)" Bila dibuka, "oh.. kad yang aku kasi dulu la. Masa sekolah menengah. Mak simpan lagi." Terus saya tunjuk dan cerita dekat mak yang sibuk mengemas di bilik sebelah.

Mak tersenyum. "Kakak nak tahu tak, kad yang kakak kasi mak masa sekolah rendah dulu pun ada lagi.." Sekarang, saya pula yang tersenyum. Saya tertanya-tanya kenapa mak simpan? Bukan apa sangat pun kad tu. Hanya kertas A4 berwarna dan beberapa tulisan tangan di dalamnya "Selamat Hari Lahir, Mak ! Semoga panjang umur murah rezeki. Kakak sayang mak <3 br=""> Saya tanya mak kenapa mak simpan lagi kad-kad tu, mak jawab :

Buruk ke tidak, yang penting ingatan. Ayat last tu yang mahal. Sebab tu mak simpan.

Murni kan hati seorang ibu? :') Lagi satu yang paling saya kagum pasal mak ialah sarapan. Setiap hari, mak akan bangun pukul 3 atau 4 pagi. Kemudian, bersiap untuk solat tahajud. Lepas tu mak akan terus pergi dapur dan memulakan aksi "ketang-ketung"nya. Kalau mak terlebih rajin, mak akan masak nasi berlauk. Kalau tidak pun, dua tiga jenis makanan. Contohnya, mee hoon dan nasi goreng. Kuey teow, kentang goreng, dan telur hancur. Mak tak pernah tinggalkan satu makanan je. Hebat kan mak? Kadang-kadang saya rasa kesian dekat kawan-kawan yang maknya tak masak sarapan atau maknya suruh masak sendiri atau cari sendiri. Betapa beruntungnya saya ada mak macam MAK. Alhamdulillah..

Kesucian hatinya tidak berhenti setakat itu. Lepas dah siap-siap pakai baju nak ke kerja, mak akan bekalkan 4 bungkusan makanan sarapan untuk Kakngah, Sai (abang saya), Kak Imah (kakak ipar saya), dan ayah saya. WAJIB! Kalau tidak sempat, mak akan pesan pada saya atau sesiapa sahaja yang bercuti di rumah. Selalunya mak yang sediakan sendiri. Walaupun kadang-kadang mereka ambil cuti, dan mak tak tahu.. Mak TETAP bungkuskan juga. Kasihnya dia pada anak dan keluarga.

Dalam plastik merah itulah bekal sarapan yang saya cakapkan tu. 

Mak akan sangkutkan bekal makanan tu TIAP-TIAP hari.
 
Kalau nak bercerita pasal kehebatan dan kesucian seorang ibu tiada noktahnya. Sebab kasihnya tak bersyarat! Selamat hari lahir MAK :) Kakak nak jadi macam mak. KAKAK SAYANG MAK<3>


Selagi mak di depan mata,
Hargai dan taatilah dia.
Selagi mak masih boleh membebel,
Layankan saja.
Selagi mak suruh buat kerja,
Turutkan perintahnya.
Selagi mak boleh memasak,
Berilah pujian, wahai anak.
Selagi mak boleh bekerja,
Berjimatlah untuk di hari muka.
Selagi mak boleh bernafas,
Sifatnya jangan kita rimas.
SELAGI MASIH ADA MASA,
SAYANGI EMAK SENANTIASA! ♥
 
KALAU SUDAH TIADA,
BERDOA UNTUKNYA.
MOGA DITEMPATKAN DI SYURGA.


No comments:

Post a Comment