20130222

Solehah kaki shopping, anda?


Ini kisah Solehah yang tak berapa nak solehah. Dia ni kaki shopping ! Tengoklah tu, betapa banyaknya barang yang dia beli. Jangan memain.. semua barang tu dia beli dekat Mid-valie. macam pernah dengar je kan? Jalan TAR hitam memang dia tak pandang dah. Salah ke tak beli dekat situ? Tak salah. Jadi, apa masalah Solehah sebenarnya?



Kalau tengok dari segi pakaian.. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Tutup aurat. Tang tudung tu, haa! tudiaaa..sampai ke lutut nun. Hurmm.. Satu je yang slack, SOLAT. Bila dah masuk waktu solat, dia tetap ligat bershopping mopping. Tak reti nak berhenti. Makin gagah kakinya. Apa salahnya kalau pergi solat dulu, lepas tu sambung shopping balik. Rezeki tu semua siapa yang kasi, cik Solehah oi?! Kalau Allah tak bagi sihat.. nanges tak berlagu lah cik Solehah kite sorang ni dalam bilik, mengenangkan kawan-kawan yang pergi shopping dan menghabiskan voucher 250 hengget!

Benarlah kata Allah ,

 

Psst: Saya gunakan kartun Solehah tu dalam team Media HEWI UM. Jadi, jangan terkejut la kalau korang ada terjumpa gambar yang sama nanti. Nak buat macam mana, penconteng nya orang yang sama. hehe.

No comments:

Post a Comment