20130323

Penangan "Rindu Bertamu Di Abu Dhabi" #2



LIRIK PENUH BOLEH DIPERCAYAI OST RINDU BERTAMU DI ABU DHABI
SIAPA INGIN MEMBAWA (FAHRIN AHMAD) 


Teringat zaman sekolah. Kalau cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ni siar masa tu, KOMPEM bilik rehat/tv aspuri penuh. Eh, bilik rehat aspura jugeeee ~:'D

Penangan " Rindu Bertamu Di Abu Dhabi"

Assalamualaikum  wbt.
Okay, ini entry lagho tau! Saya minat gila cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi dan saya suka semua lagu-lagu dalam cerita tu especially lagu Fahrin Ahmad., Siapa Ingin Membawa. Lirik dia best ! Tengoklah siapa yang buat.. FEDTRI YAHYA :D Disebabkan terlampau suka, saya pun mencari-carilah lirik lagu tu, tapi malangnya.. takde yang full lyric. Aisehh~ Macam-macam versi. Terutama part yang ada dalam gambar kat bawah ni.



Pstt: Oh, buat yang tak pernah tengok, cerita ada kat tv3.
Psstt: Baru perasan, semua cerita drama tv3 yang saya minat, MESTI pasal suami isteri dan keluarga.^_^ tiada apa-apa makna. sekian.. :p

20130315

Isu Hudud: Seberat tajuk..?

Assalamualaikum wbt.
Isu Hudud. Itulah tajuk yang kami dapat untuk pembentangan Hubungan Etnik (HE). Berat bukan? Ya, SANGAT! Moga Allah luruskan hati.

20130314

Puisi? gahhhhhhh!

Assalamualaikum wbt.
Aku salah?
 Tak pasti. 
Penat dengan semua ini. 
Usaha tak dihargai. 
Malah dicaci. 
Apa salah tak diberitahu 
Malah terus diam membisu. 
Mengharap aku tahu tanpa diberitahu. 
Itu memang bukan aku. 
Kadang-kadang buntu
Kadang-kadang keliru 
Yang mana satu perlu. 
Aku perlu tahu atau aku tak payah tahu? 
Sedih dan pedih. 
Jerih dan Letih. 
Kamu faham? 
Tak payah faham. 
Tiada apa yang membungkam. 
Terima kasih kerana cuba faham 
Walaupun geram sebab tak faham..
Pening? 
Aku memang saja memusing. 
Tak perlu runsing.. 
Aku memang bising 
tapi senyap bila digiling.


20130304

Malu besar seorang cucu

Assalamualaikum wbt. 
Warna hitam : saya, warna biru : Opah.
Di walimah saudara kami..


 Opah, hari Jumaat sunat (sunnah) baca surah Al-Kahfi.
Oh.. iye? 
Selalu orang dulu-dulu suka baca surah Yasiin, kan? Tak salah tapi Nabi tak cakap pula pape pasal     
           hari jumaat kena baca yasiin. Orang dulu-dulu buat bacaan yasiin dan tahlil supaya rajin baca AlQuran kan, Opah?
 A'ah. Opah kena tukar, baca Al-Kahfi pulak la ye? 
Seha pun baru tahu. tapi kan opah, panjang sikit la surahnya dari Yasiin..
Memang la panjang.. tapi kan opah nak tanya kamu. Opah kalau sebelum tidur, opah baca Al-Kahfi.
           Ada fadhilat tak?
 Opah baca tiap-tiap malam? O_O" Setiap kali opah nak tidur?
Yelaa.. macam mana? Ada fadhilatnya ke idakk?
Ada.. lebih dari fadhilat baca sekali seminggu.. macam seha T_T

Moral of the conversation (?) ialah don't judge a book by its cover! Nampak je opah macam kurang tahu tentang hukum hakam tapi praktikalitinya.. SUBHANALLAH !  Untuk para dai'e, jangan sesekali BAJETTTTT bahawa anda adalah yang paling bagus/baik imannya, agamanya, dan segala-galanya dari mad'u. Saya rasa terpukul dengan kata-kata Ustaz Pahrol ni :

Nasihat yang  paling baik adalah tidak merasa baik ketika memberi nasihat.
#nota tambahan : Dipanggil surah al-kahfi kerana perkataan alkahfi merupakan mudhof ilaih ( مضاف إليه) kepada perkataan surah (سورة) dan jika tiada perkataan surah  (سورة), maka ia dibaca dengan marfu' (مرفوع) iaitu baris hadapan (ضمّة), alkahfu. Demam nahu dan i'raab! =_='

20130302

Ikut suka hati nak buat wordless hari apa!

Ainaa Qaisara memang pandai posing. *cair*

Yang mana satu.. kakak di kalbu..~ ceh, macam lagu la pulak.

Semalam (02032013)  kawan saya kawen.  Masa nak ke kereta & nak balik tu, terus nampak pengantin. Baru lepas bersiap. Apa lagi, "boleh tangkap gambar?" huhu. Barakallahu lakuma!

Okay, benda pertama yang saya explore dalam S3 ayah ialah sketch note kott nama dia.  Seronok main lukis-lukis :D