20130304

Malu besar seorang cucu

Assalamualaikum wbt. 
Warna hitam : saya, warna biru : Opah.
Di walimah saudara kami..


 Opah, hari Jumaat sunat (sunnah) baca surah Al-Kahfi.
Oh.. iye? 
Selalu orang dulu-dulu suka baca surah Yasiin, kan? Tak salah tapi Nabi tak cakap pula pape pasal     
           hari jumaat kena baca yasiin. Orang dulu-dulu buat bacaan yasiin dan tahlil supaya rajin baca AlQuran kan, Opah?
 A'ah. Opah kena tukar, baca Al-Kahfi pulak la ye? 
Seha pun baru tahu. tapi kan opah, panjang sikit la surahnya dari Yasiin..
Memang la panjang.. tapi kan opah nak tanya kamu. Opah kalau sebelum tidur, opah baca Al-Kahfi.
           Ada fadhilat tak?
 Opah baca tiap-tiap malam? O_O" Setiap kali opah nak tidur?
Yelaa.. macam mana? Ada fadhilatnya ke idakk?
Ada.. lebih dari fadhilat baca sekali seminggu.. macam seha T_T

Moral of the conversation (?) ialah don't judge a book by its cover! Nampak je opah macam kurang tahu tentang hukum hakam tapi praktikalitinya.. SUBHANALLAH !  Untuk para dai'e, jangan sesekali BAJETTTTT bahawa anda adalah yang paling bagus/baik imannya, agamanya, dan segala-galanya dari mad'u. Saya rasa terpukul dengan kata-kata Ustaz Pahrol ni :

Nasihat yang  paling baik adalah tidak merasa baik ketika memberi nasihat.
#nota tambahan : Dipanggil surah al-kahfi kerana perkataan alkahfi merupakan mudhof ilaih ( مضاف إليه) kepada perkataan surah (سورة) dan jika tiada perkataan surah  (سورة), maka ia dibaca dengan marfu' (مرفوع) iaitu baris hadapan (ضمّة), alkahfu. Demam nahu dan i'raab! =_='

No comments:

Post a Comment