20130429

Lagi 27 minit !

Assalamualaikum wbt.
Kerja masih banyak dan tak siap-siap. Sebab saya malas. Mohon Encik Malas menjauhkan diri daripada saya. Disebabkan esok  (30 April) adalah hari lahir ayah, saya tak kira.. saya nak jugak buat satu post pasal ayah :)

Mungkin ada yang bercakap, "Dulu takde pun kau nak cenghite pasal ayah, ni apahal tetibe je ni? Bajet anak penyayang plus mithali la?! Pigi daaaaa!" Apa pun yang kalian cakap saya terima. Ada betulnya. Kenapa baru sekarang, kan?

Masa kecik-kecik, saya memang tak rapat dengan ayah dan secara jujurnya saya tak suka ayah. Ayah garang. Ingat lagi, masa saya patahkan barang ayah. Saya simpan balik barang tu kat tempat asal. Bila ayah dapat tahu barang dia dah rosak, ayah pun apa lagi.. terus panggil kiterorang (saya, mat, luqman). Ayah tanya, siapa yang buat? Ya Allah.. Menggeletar kepala lutut. Kepala memang tak berani nak angkat dah la. Dalam hati bukan setakat menangis, dah meraung terlolong-lolong. Punya lah tak berani nak mengaku saya yang buat. Masing-masing diam. Bagus jugak adik-adik aku masa tu~ Nasib baik korang tak bagitahu. Lepas ayah dah soal siasat adik-adik saya macam polis, akhirnya sampai turn saya. Belum sempat ayah buka mulut, saya terus nangis dan mengaku. Ayah marah. Masa tu saya memang anggap, kalau buat salah nanti ayah marah. Tapi bila difikirkan semula, saya rasa ayah marah sebab saya dari awal tak nak mengaku. Budak kannn~ Alasan!

Banyak sangat peristiwa pahit dengan ayah. Tapi bila dah besar ni, semua peristiwa tu bertukar jadi manis. Ayah memang susah nak pamerkan kasih sayang tapi kadang-kadang tu saya tersentuh juga dengan "kasih sayang dalam diam" ayah. 

1. Bila saya demam, ayahlah orang yang paling risau dan mesti bawa saya pergi klinik.
2. Bila tangan saya terkepit pintu kereta, ayahlah yang sapu ubat tiap-tiap hari sampai kuku saya bercantum semula.
3. Bila ada homework English dan saya mengantuk, ayahlah yang stay up dan tolong buatkan essay untuk saya. (ni masa sekolah rendah je ehh..)
4.  Bila ada majlis anugerah cemerlang, ayahlah orang yang paling banyak tangkap gambar saya.
5. Bila saya cakap, "Ayah.. seha nak bla..bla.." Ayah mesti belikan walaupun dia dah banyak sangat tertekan.
6. Bila saya ada projek KH (Kemahiran Hidup), ayahlah yang bagi idea dan siapkan projek tu.
7. Bila saya urut ayah, ayahlah orang yang akan urut saya balik.
8. Ayahlah orang pertama yang ajar saya tentang wiring, suis tendang, tukar minyak hitam, isi minyak, check tayar kereta, ajar memandu, komponen dalam komputer & laptop, gadgets.
9. Ayah jugalah kamus bergerak pelbagai bahasa saya (Bahasa Inggeris, Arab, Cina, India)
10. Ayahlah guru pantun, guru teka teki, guru lawak, guru piano, guru gitar saya.
11. Ayahlah yang ajar saya tengok cerita P.Ramlee.
12.....
13...
14...
15...16...17...18...19...20............. MACAM-MACAM LAGI!

Ayah, selama ni Seha tak pernah rasa ayah baik. Tapi bila saya dah makin membesar ni, saya dapat rasakan satu per satu kasih sayang ayah dekat Seha. Ayah, Seha mintak maaf kalau selama ni Seha berkasar dengan ayah. Ayah, Seha mintak maaf masa ayah demam dulu, seha tak tolong pun ayah.. Seha tak urut pun ayah. Ayah, TERIMA KASIH sebab jaga Seha sampai hari ini. Seha mintak maaf sebab Seha tak mampu buat macam ayah buat dekat Seha. Ayah, walaupun ayah tak pernah cakap yang ayah sayang Seha tapi Seha tahu setiap apa yang ayah buat untuk seha dah cukup membuktikan segala-galanya. Ayah, Seha mintak maaf sebab Seha selalu mintak benda yang bukan-bukan kat ayah. Seha tak pernah fikir keadaan ayah. 

Ya Allah, sempena hari lahir ayah yang ke 57 ni, Seha nak mintak dekat Allah supaya Allah bagi kesihatan dan kekuatan yang baik untuk ayah. Allah, Seha minta supaya segala jasa, amal ibadah ayah selama ini diterima dan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Allah, panjangkan umur ayah. Allah, SEHA SAYANG AYAH !

Ayah :'(

20130403

"Senjata" yang selalu kita lupakan

Assalamualaikum wbt.
Masa balik dari FORUM FITNAH CINTA di KK3.
Di tempat parking motor.

"Aduhhhh,kaklong.. macam mana ni..? Tak boleh nak tutup la seat scooter ni.."
"Cuba seha try tutup dulu.. Kalau tak boleh kita try duduk pulak.."

Entah berapa kali seat itu dihentak-hentak.

"Tak boleh jugak. Jap! Seha telefon ayah la."
Padahal jam dah pukul 11.30 malam. Ayah tak angkat. Jadi kami berusahalah sesungguhnya untuk menutup seat tersebut. Dua-dua dah ngantuk.
Terus terpacul dari mulut :

"Ya Allah, seha nak balik.. seha ngantuk.."

SUBHANAALLAH! Terus jadi! Seat tu terus boleh tutup. ALHAMDULILLAH !
Kaklong, sebenarnya.. kita ni kuat sangat perasan. PERASAN HEBAT. Bajet macam semua benda kita boleh buat/selesaikan sendiri. Tapi kita LUPA.. KITA TIDAK PUNYA KUDRAT DAN APA-APA TANPA DIA.

Ayah call semula.
"Seha kenapa?"
"Takde pape la ayah.. tadi seat scooter ni tak boleh nak tutup.. Seha doa kat Allah, terus boleh. Tadi tak berdoa.."

Nampak peristiwa ni kecil, tapi besar maknanya. Betapa kurangnya kebergantungan saya dengan Allah. Kita kerdil ! Sekecil-kecil benda pun kita tak mampu, apatah lagi sebesar-besar benda. Mari bermanja dengan Allah.

Sampai kolej, kejadian "seat tak boleh tutup" berlaku sekali lagi. Saya terus doa! MENJADI!

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (2: 186)

TERIMA KASIH ALLAH UNTUK TARBIYYAH HARI INI. Allah sayang saya, jeles tak? :')