20130523

Cara berdoa : TERBARU!

Assalamualaikum wbt.
In Syaa Allah, ringkas je.
AMARAN! Baca sampai habis baru buat.
  1. Tarik nafas dan lepas.
  2. Kosongkan dan tenangkan fikiran/diri sebentar. (esaimen bagai letak tepi)
  3. Pejam mata.
  4. Letak tangan kanan kat dada.
  5. Sebut /zikir Allah. (sebanyak yang mungkin. tiada limit)
  6. Sambil berzikir/sebut Allah, lahirkan doa/permintaan/luahan kita dari hati (secara senyap) kepada Allah.
Cuba, try, test. Selalu kita berdoa lepas solat, tapi kadang-kadang takde rasa zuuq. Sekali-sekala berdoa begini, mengalir air mata. Kalau dah cuba, dipersilakan untuk berkongsi dengan saya, apa yang anda rasa. Wallahu'alam

Bila sebut nama Allah tu, bercerita segala-galanya dari hati.. rasa susah nak berhenti..Rasanya meruntun hati tapi enak sekali! TERIMA KASIH ALLAH !

Poster Kitab At-Ta'rifaat, Al-Jurjani



Inilah poster Kitab At-Ta'rifaat, Al-Jurjani. Untuk subjek nahu wazifi. Apa dia nahu wazifi? Google please...-__-" Btw, ini kali pertama saya buat poster guna komputer. Selalu pakai tangan je. Senang! Cepat pun, cepat. Kalau nak canggih nampak macam expert, gunalah photoshop. Kalau nak canggih-manggih nampak macam taiko IT, guna Adobe Illustrator. Sampai sekarang takde lagi Adobe Illustrator dalam laptop ni Y__Y Saya guna Microsoft Publisher je~ Background dan lain-lain, tak main copy+paste dari internet okay!!! --> sebab orang selalu tanya pasal benda ni kat saya.. Sedih T__T Lupa nak cerita pasal kitab ni. Ini kitab mu'jam istilahiy = kamus istilah. Okay, kalau tak faham apa yang ada kat poster tu, boleh cari PDF kitab ni. Sekian.

20130514

Semua yang ada Allah yang punya


Motivasi yang tiada pernah basi

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran kepadamu (Muhammad) secara berangsur-angsur.

Maka BERSABARLAH untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan jangan engkau ikuti orang yang berdosa dari orang yang kafir di antara mereka.

Dan SEBUTLAH nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.

Dan pada sebagian dari malam, maka BERSUJUDLAH kepada-Nya dan BERTASBIHLAH kepada-Nya pada bagian yang panja...ng di malam hari.

Sesungguhnya mereka (ORANG KAFIR) itu MENCINTAI KEHIDUPAN (DUNIA) dan MENINGGALKAN HARI YANG BERAT (HARI AKHIRAT) di belakangnya.

Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, Tetapi, Jika kami mengkehendaki, Kami dapat mengganti dengan yang serupa mereka.

SUNGGUH! (AYAT-AYAT) INI ADALAH PERINGATAN, MAKA BARANGSIAPA YANG MENGKEHENDAKI (KEBAIKAN BAGI DIRINYA) TENTU DIA MENGAMBIL JALAN MENUJU TUHANNYA.

TETAPI, KAMU TIDAK MAMPU (MENEMPUH JALAN ITU), KECUALI APABILA DIKEHENDAKI ALLAH. SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI, MAHA BIJAKSANA.

Dia memasukkan SIAPA PUN yang Dia kehendaki ke dalam rahmat-Nya (syurga). Adapun bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih! "

[76:23-31]

Motivasi pagi istimewa dari Ilahi buat hamba yang Dia sayangi.
Terima Kasih Allah !

20130506

23 tahun dakwahnya, saya?

Hujan rintik-rintik
Air bergelora
MB Kelantan baru dah dilantik
TGNA tetap dalam jiwa

Alhamdulillah. Allah, Seha nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Allah bagi peluang dekat Seha, untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz masa Seha belajar kat Kelantan dulu. TERIMA KASIH ALLAH ! Allah, sihatkanlah Tok Guru. Seha sayang beliau. Allah, berilah balasan yang sebaik-baiknya kepada Tok Guru atas segala usaha dakwahnya.

Berkesempatan juga saya meneguk ilmu daripada beliau. Arghh! Rindu nak dengar ceramah beliau pada setiap hari Jumaat. Orang Cina, India, Arab pun pergi ke ceramah beliau. Hebat bukan? Inilah ulama' yang diherdik-herdikkan. Rasisme? OH, TIDAKKK!

Kuliah Tok Guru, Kota Bharu.

20130504

Inilah harinya ! #PRU13

Dingin pagi menyelubungi
Munajat yang tiada henti
Deraian air mata yang membasahi
Demi sebuah negara yang Allah redhai


Sebak

Dada terasa berombak
Seolah-olah inilah harinya
Hari untuk kita semua


Allah, SELAMATKAN MALAYSIA
Daripada pemerintah yang hilang rasa kasihnya
Daripada pemerintah yang cintakan dunia
Daripada pemerintah yang melesapkan harta rakyatnya
Daripada pemerintah yang tiada waras akalnya
Daripada pemerintah yang tamakkan harta
Daripada pemerintah yang gilakan hiburan semata
Daripada pemerintah yang jauh dari AGAMA
Untuk Selamanya.


Do you feel what i'm feeling right now?





Psst : Innalillahi wainna ilaihi raji'un dan Al-Fatihah buat bonda Dato' Husam Musa. Orang hebat, ujian hebat, masa yang hebat. Itulah kasih dan tarbiyyah Allah buat hamba-Nya yang mahu belajar apa itu kuat !