20130506

23 tahun dakwahnya, saya?

Hujan rintik-rintik
Air bergelora
MB Kelantan baru dah dilantik
TGNA tetap dalam jiwa

Alhamdulillah. Allah, Seha nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Allah bagi peluang dekat Seha, untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz masa Seha belajar kat Kelantan dulu. TERIMA KASIH ALLAH ! Allah, sihatkanlah Tok Guru. Seha sayang beliau. Allah, berilah balasan yang sebaik-baiknya kepada Tok Guru atas segala usaha dakwahnya.

Berkesempatan juga saya meneguk ilmu daripada beliau. Arghh! Rindu nak dengar ceramah beliau pada setiap hari Jumaat. Orang Cina, India, Arab pun pergi ke ceramah beliau. Hebat bukan? Inilah ulama' yang diherdik-herdikkan. Rasisme? OH, TIDAKKK!

Kuliah Tok Guru, Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment