20130624

Dare to wear PurpleBlue

Dare to wear purpleblue

 
 
 

Assalamualaikum wbt.

Kaif halukum? Alhamdulillah. Okay, lately saya memang post banyak pasal baju-baju @ fashion. Ada rupa main patung kertas tu tak? >,< Biar saya terangkan kenapa walaupun korang tak tanya.

Pertama, sebab saya memang gila fashion !!! Kedua, dalam mimpi jela saya nak pakai camtu. Ketiga, mungkin ia akan dapat memberi idea dalam berfesyen. Kena pandai mix & match. Kalau ada yang nak pakai macam tu pun, dipersilakan. Asalkan korang tahu apa garis panduan dalam bersyariat macam tak ketat, tak jarang, tak menyerupai mana-mana lambang agama lain,  labuh. Btw, cerita pasal labuh menutupi dada ni kan.. sekarang macam trend pulak pakai shawl (khususnya) labuh di depan, Alhamdulillah tapi PENDEK di belakang Nauzubillah. Kadang-kadang memang betul-betul cover batang tengkuk. Bila cakap macam ni, ada pulak yang berhujah : Dalam Al-Quran takde pulak sebut suruh tutup bahagian belakang badan atau labuhkan tudung supaya menutupi belakang. Secara peribadi, saya merasakan bahawa ilmu kita mengenai "tutup aurat" atau "berpakaian menurut syara' " masih terlalu jauh ketinggalan. Mohon fikirkan, apa yang membezakan aku dengan orang bukan Islam dalam berpakaian/berfesyen khususnya. Tepuk dada tanya iman.

Burukkan kalau depan dah cunnnnn je tutup tetibe bila minta pusing belakang..? Aiyoooooooo! Kalau rasa bila kita nak solat nanti tak perlu pakai telekung, So, bab aurat kira dah lepas. Secar mudahnya. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment