20130731

Online Shopping Untuk Kamu Bukan Aku

Assalamualaikum wbt.
Seronok tengok baju-baju, kasut, kat internet ni.. TAPIIIIII...
'Online Shopping' memang tidak sesuai untuk si gadis yang mempunyai ketinggian 170 cm dan ke atas. Tak usah berangan la nak beli barang-barang/ pakaian yang bersaiz (kasut, baju, jubah ...) Y_Y sayu dan syahdu. Bila orang tanya,

1.  " Jubah ni beli kat mana?" BELI? BELI? kena upah baru boleh merasa nak pakai.
2.  "U ishhh, kasut dia mahalnya. Tengok la jenama..'LARI' tuhh " Nak buat macam mana, itu sahaja yang ada saiz. Kadang-kadang, bila dah berkenan kat hati, bila tanya.. saiz apa paling besar? Runtun hati~

Ingat aku tak teringin ke? :(


Kesian dengan gadis2 tinggi lampai a.k.a tiang lampu, klcc, pokok kelapa, dan sama waktu dengannya. Terdetik pula nak buat baju, kasut & lain-lain untuk mereka. Bersabarlah duhai hati.


Wa libaasuttaqwa zalika khoir . -->laptop Sitii Hazwaanii Bt Jasni takde font arab
Maksudnya : Tetapi pakaian TAQWA itulah yang lebih baik [7:26]

20130715

Video Pertama Saya di Youtube : Jubli Perak SMAKL/SMKAKL :')



Assalamualaikum wbt.
Ada orang cakap, "Rajin betul mengupload.." Mohon anda faham. SMKAKLIAN memang semangat "Sekolahku Tercinta". Atas permintaan ramai ramai la sangatttt saya pun dengan gigih memuatnaik a.k.a upload semua video-video persembahan masa Majlis Makan Malam Jubli Perak SMKAKL, 22 Jun 2013. Baru 6 video yang berjaya. Yang lain-lain tu kemudian ye? Tak larat dah.. kesian kat komputer ni. Tak bertutup-tutup dari semalam.

Terus berilmu, beramal, berbakti. Jadi, terimalah..!

http://www.youtube.com/watch?v=hSqG2yNCLD8

Sumpah! Ini baru cool, retro, nostalgic, classic!


Assalamualaikum wbt.
Petang tadi godek-godek youtube. Terjumpa satu shortfilm ni : Pasport Ekspres. Dengar tajuk cerita pun dah macam lain dari yang lain. Jadi saya pun tekan. S E R I O U S L Y , cerita ni cool, retro, nostalgic dan classic. Pelakon cakap sedikit tapi cukup memberi kesan. Lagi satu, cerita ni guna tiga orang je pelakon. Itu biasa lagi. Yang luar biasanya semuanya lelaki. TAKDE PEREMPUAN! Ini membuktikan bahawa bidang lakonan atau layar perak tidak melibatkan pelakon perempuan pun boleh berjaya. Sinematografi betul ke istilah ni..? sangatttttt cantik. Cerita ni arahan Rewan Ishak, yang terlibat dengan cerita KIL. Cakap panjang-panjang pun tak guna. Apa kata lu orang tengok cerita ni sendiri. Enjoy!



Tazkirah Ramadhan : Manusia Yang Bajet!!

Assalamualaikum wbt. Tazkirah Ramadhan.
Siapakah orang yang SOMBONG & PERASAN BAGUS?
Jawapan : Orang yang merasa cukup dengan ibadah fardhu dan yakin ibadahnya itu tiada cacat cela = orang yang tak nak buat perkara sunnah.
  1. Rehatnya badan kerana kurang makan
  2. Rehatnya diri kerana kurang buat dosa
  3. Rehatnya hati kerana kurang ambil berat ( benda yang tak penting )
  4. Rehatnya lidah bila kurang berkata-kata.
    - Sayyiduna Ali RA-