20130731

Online Shopping Untuk Kamu Bukan Aku

Assalamualaikum wbt.
Seronok tengok baju-baju, kasut, kat internet ni.. TAPIIIIII...
'Online Shopping' memang tidak sesuai untuk si gadis yang mempunyai ketinggian 170 cm dan ke atas. Tak usah berangan la nak beli barang-barang/ pakaian yang bersaiz (kasut, baju, jubah ...) Y_Y sayu dan syahdu. Bila orang tanya,

1.  " Jubah ni beli kat mana?" BELI? BELI? kena upah baru boleh merasa nak pakai.
2.  "U ishhh, kasut dia mahalnya. Tengok la jenama..'LARI' tuhh " Nak buat macam mana, itu sahaja yang ada saiz. Kadang-kadang, bila dah berkenan kat hati, bila tanya.. saiz apa paling besar? Runtun hati~

Ingat aku tak teringin ke? :(


Kesian dengan gadis2 tinggi lampai a.k.a tiang lampu, klcc, pokok kelapa, dan sama waktu dengannya. Terdetik pula nak buat baju, kasut & lain-lain untuk mereka. Bersabarlah duhai hati.


Wa libaasuttaqwa zalika khoir . -->laptop Sitii Hazwaanii Bt Jasni takde font arab
Maksudnya : Tetapi pakaian TAQWA itulah yang lebih baik [7:26]

No comments:

Post a Comment