20130807

Raya lebih bermakna jika..


Assalamualaikum wbt.
Hurmm. Raya? Biasa je kot. Makin dah besar makin takde feel nak raya sangat. Kalau time kecik-kecik dulu, SEMANGAT TAK HINGAT! Sampai demam-demam cari duit raya. Dengan slumber badaknya ketuk pintu rumah orang, bagi salam, terus cakap, "Acik, kami nak raya". Haa! Kalau dah 'kami' tu mestilah bergeng kan? Jalan raya tak syok sorang-sorang. Itu semua kisah satu dekad dulu. Sekarang lainnnn sangat! Eh, bunyi macam tak best je? Takdela tak best, tapi RINDU suasana raya zaman dolu-dolu. Apa yang saya rindu..?
  • REBUS LEMANG dengan TokDin (ayah ayah). Serius, kami rebus. Tak bakar macam orang lain. Rasanya pun lain. S E D A P woooo! Lemak-lemak santan tu.. adoi. meleleh pulak ayaq liuq ceq! Cara rebus tu bukan letak dalam periuk atas dapur gas tapi guna tin biskut atas dapur buat sendiri. Tau tak tin biskut yang orang jual borong tu? Alaa..Yang GEDABAK tu. Arghhhh! Kalaulah ada gambar masa tu :'( Lepas TokDin meninggal memang tak buat dah lemang. Kalau lalu belakang dapur tu mesti teringat kat atok. Semoga Allah tempatkan atok di kalangan orang-orang yang beriman.
Tula tin biskut gedabak! - Gambar ihsan pakcikgoogle.

Allah. Rinduunyaaaaa. - Gambar ihsan pakcikgoogle.
  • BUAT KUIH SEPIT dengan OpahAmnah (mak ayah). Ya Allah. Kalau jalan raya rumah sesiapa saya akan cari kuih ni dulu. Takde la tanya tuan rumah.. ada tak kuih sepit? Itu biadap namanya -__-". Uishh.. buat kuih ni mahu tersepit jugak la jari-jari ni. Lepas dah masak kena terus angkat dan lipat. Macam kain baju la pulak. Tapi kadang-kadang orang gulung. Saya lebih suka lipat dari gulung sebab ada nilai seni dan estetika main pakai bedal je guna . Arghh! rindunya.. Nasi goreng opah masa sahur. Bukan senang tau opah nak masak. Nak-nak dah ada anak menantu ni. Lagipun opah dah tua. Saya rasa orang lain (adik-berdik) tak sempat merasa sebab saya pernah duduk dengan opah sebulan. Semoga Allah tempatkan opah di kalangan orang-orang yang soleh.
Penyepit? - Gambar ihsan pakcikgoogle.
Panas tuh. Jangan main-main. Tangan kebal je yang mampu lipat. *eksen* - Gambar ihsan pakcikgoogle
  • MAIN BUNGA API dengan OpahBusu (mak saudara ayah). Seronok! Gila tak seronok main bunga api. Haha. Tulis-tulis nama kat lantai dengan bunga api. Baling-baling bunga api masuk rumah orang dekat kampung. Yang ini bajet macam mercun roket. Siapa yang main bunga api tapi tak pernah buat ni, anda belum cukup 'legend'. RINDUNYAAA!
Sekarang semuanya tinggal kenangan. Seronok kan berkawan dengan orang tua? :') Paling precious bila dia bagi nasihat spontan dan nasihat tu simple tapi ada umpph! Itu jela kot nak cerita. Akhirul kalam, 

Taqabballahu minna wa minkum. 
Selamat Hari Istiqomah ^-^

pstt: Kepada semua, siapa yang nak letak/post gambar raya dekat mana-mana (fb,twitter,ig) silakan. Saya suka tengok gambar FAMILY orang. BUKAN gambar sorang-sorang ye -____-"

No comments:

Post a Comment