20130904

Hadiah untuk desktop korang !

Assalamualaikum wbt. Faham.. Korang dah muak dengan semua doodles saya yang tak cun tu kan? Tapi.. saya nak buat macam mana. Minat punya pasal! Disebabkan mood tengah baiiiik punya macam salji hujan yang turun ni, saya nak hadiahkan korang doodles. Suka tak? Suka tak? Suka tak?Korang sangat-sangat dialukan untuk "set as desktop background" , "change cover photo/profile photo" dengan doodle tak seberapa ni. Atau nak hadiahkan dekat sesiapa ke :) Itu pun kalau sudi *kuis-kuis pasir* Moga untuk tujuan yang baik-baik- je tau! Hurmm.. Saya conteng-conteng guna "Paint". Next, practice guna "Excel". Hee~
 
 
 



20130903

Wordless Wednesday (W&W #3)

Assalamualaikum wbt.




Bila terlebih produktif..

Assalamualaikum wbt.
Bila dah terlebih produktif ni.. macam ni la jadinya. Sekarang baru nak belajar 'cartoonise real photo'. Dan di bawah ni contohnya. Kecacatan sana sini tu bukan biasa, tapi salah saya. Tak teliti ! Okay, dah la tu. Terimalah..

20130902

Kerja seni perlukan masa bukan bakat.


Assalamualaikum wbt.
Buat yang perasan, tolong jangan baca secara negatif header blog ni dah bertukar wajah. Semalam gatai-gatai tangan main edit-mengedit. Nampak macam simple dan tak cantik pon tapi...fuhh! Jenuh jugak la nak siapkan..sampai tak tidur. Yela dah lama tak pegang 'paint ' dan 'adobe photoshop'. Itu yang kaku semacam je gambar perempuan dekat atas. Benda-benda kemahiran ni memang kena practice selalu. Macam bawa kereta. Dah dapat lesen tapi takut nak bawa. Sampai ke sudah laa terkubur je skill memandu tu. Mohon terasa cikpuan empunya blog -__-"

Cuti ni banyak berlatih potong-memotong sahaja. Kawan-kawan pejabat mak tempah nasi dagang la, kuah kacang la, nasi lemak la, laksa la, SEMUA LA! Hurmm. Kadang-kadang tu 3 tempahan dalam seminggu. Saya pelik juga. Orang-orang pejabat ni memang kuat makan dan suka buat jamuan eh? Kawan-kawan mak korang macam mana? Sama ke?

Tutup cerita pasal makanan. Ahad ni dah start tahun kedua pengajian. Allah. Rasa kerdil. Entah apa yang aku belajar masa tahun pertama dulu. :'( Apa-apa pun, doakan saya. Moga lebih bersemangat ! Jyaaa! Sem ni kena ambil kokurikulum. Bila tengok senarai subjek koko, korang tak panggil koku kan? walaupun pada hakikatnya itu sebutan yang betul. ternampak "Asas Jahitan Tradisional". OHMAIIIIIIIIIII!!!!! Memang tak pilih yang lain dah. Dari dulu lagi saya minat menjahit berbanding memasak. Sebab tu saya masak tak sedap :p Dan saya juga ada cita-cita berangan-angan actually  nak buka kedai baju sendiri. Korang semua tahu kan kenapa. Dah siap ada nama kedai sendiri lagi iaitu... Tall, We-lah ! Ambil dari perkataan Arab طويلة yang bermaksud si tinggi :D Sesuai kan? Doakan impian saya ini tercapai.

Okay. Dah takde benda nak cerita.  Akhir sekali, terimalah.. 

Percubaan pertama. Guna adobe photoshop sepenuhnya untuk men"doodle'. Budak amatur, biasalah. Lukisan memang kena keras macam kayu. Masa nak warnakan jubah doodle ni, saya teringat Rihab Hayei :') Dia minatttttt sangat pink dan saya minat sangat purple. Minat kami tu sampai bertekak, pertahankan warna favourite masing-masing. Yang dahsyatnya, sampai kerja english masa f1 dulu pun, masih bergaduh pasal tak tahu nak letak nama restaurant.  Sorang nak pink, sorang purple. Sudahya, terhasil lah nama restaurant "PINPURP" Pink + Purple. Kaklong, Seha rindu semua tu! :') Sekarang dah besar. Dah tak kesah warna apa pun, kan? HAHA. Tanda kasih, cinta seha..TERIMALAH LUKISAN TAK SEBERAPA INI, JUST FOR YOU! Err. jangan perasan tau.. Doodle ni memang nampak "macam" kaklong tinggi tapi sebenarnya...hikhik.. Lepiu<3 br="" nbsp="">

Psst : Lupa nak habaq, cerita RBDAD (Rindu Bertamu Di Abu Dhabi) saya ada ulangan kat tv3. Setiap hari rabu hingga jumaat. Tapi.. pukul 1.30 pagi - 3.30pagi. Korang sanggup ke? 
Arghh !! Lelaki idaman (muka melayu) saya dah nak kawen Y_Y Black, sampai hati you! Kalau Beto, I memang dah lama melepas~~ Takpe, Jep ada. HAHA. Ini gila semuanya! XD Nampak sangat tak beriman kan? Eh, memang tak beriman pun T__T