20131030

Awal-awal cinta, akhir-akhir lupa..

Assalamualaikum wbt.
Sedar tak sedar, lebih kurang dua bulan Ramadhan meninggalkan kita. Eh? Salah. KITA YANG MENINGGALKAN DIA.

So, camno dengan amal ibadah bulan Ramadhan yang lalu? Masih diteruskan atau ..... Masing-masing ada jawapan.
 
Apa-apa pun, meh tengok checklist kat bawah ni satt..

 
Itu antaranya.. banyak lagi kan amal ibadah korang. Amcam? Tercapai? Bagus! Seha ..hurm..
Cuba bayangkan Ramadhan cakap dengan kita cenggini :


Seronok kannnnnnnnnnnnnn? Rasa berbunga-bunga hati ni.

Akhirnya, sama-sama muhasabah. Tengok diri. Apa yang baik kita ISTIQOMAH, apa yang kurang kita ISLAH.

Psst : Agak-agak, dapat "PIALA TAQWA" tak kita ni? Y.Y Allahumma ballighna Ramadhon !

20131015

Gediks yang bukan gedik sebenarnya

Assalamualaikum wbt.

"Tolong jangan gedik dengan budak lelaki/muslimin kat group batch kita tu.."

Tegur seorang "muslimah". Hurmm. Tapi saya rasa dia tu wakil muslimat yang lain. Pernah alami macam ni? Oh.. tak? Untung laa. Seha pernah dapat kertas layang.. dan cakap belakang pun ada. Sedih.

Pertamanya, Seha sendiri pernah tanya dekat beberapa muslimin dan muslimat pasal kegedikan yang diperkatakan tu. Mereka jawab, "tak laa Seha. Mungkin diaorang cakap macam tu sebab Seha selalu jadi penghubung atau orang tengah antara muslimin dan muslimat. Kalau ada apa-apa mesej penting pasal kelas, senang bagitahu Seha dulu. Cepat respon. Seha terus sampaikan dekat diaorang. Lagi satu, kalau minta pendapat.. kepala Seha tu fikir simple macam lelaki". Itu apa yang diaorang cakap. Tak tahulah kalau setakat nak jaga hati, kan? 

Keduanya, kalau Muslimat respon mesej Seha dekat group tu dengan lebih laju & cepat berbanding Muslimin, Seha memang layan Muslimat dulu la. Ingat Seha kemaruk ke perhatian lelaki? Cukuplah ada ayah, 2 abang, 2 adik lelaki dekat rumah. Bila tanya pendapat atau bagi idea, senyap membatu pula.

Ketiganya, Seha reply mesej dekat group tu pun takde la guna : 
 - hi..hi..hi.. 
 - hukhuk..
 - :)
 - :')
dan sama waktu dengannya. Hurrmm. Kalau guna "benda bajet comel" ni, takde pula yang nak kata gedik. Kalau dekat whatsapp tu favourite icon Seha, tak lain dan tak bukan smiley smirk & tumbuk. Tapi risau juga. Kena elakkan benda-benda gini. Seeloknya guna bahasa formal. Taip pun penuh bukan singkatan. 

Keempat, kawan sekolah dan family pun tahu yang Seha ni GEDIKS. Bukan GEDIK. Ada beza! Kalau tak faham beza dua perkataan ni.. tak payah la bising cakap Seha gedik! Kakak-kakak ku, Rihab, Yan, Nisa, Sittul, Teha, Tain, Aina !! Need your hugs!! Y_Y

Nilai korban

Assalamualaikum wbt.

Ibadah korban tidaklah dinilai berdasarkan , 



A : Tahun ni aku 4 bahagian.
B : Aku 2 bahagian je.
C : Aku tak la banyak.. 7 bahagian je ..



Hurmm..



Selain kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. , hayati juga kisah Qabil & Habil. Kenapa sembelihan Habil yang diterima, bukan Qabil? Satu jawapannya, TAQWA. Bukan menunjuk-nunjuk, apatah lagi ujub dan adik beradiknya.



Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.

[5:27]

20131009

Apa usaha kau?

Assalamualaikum wbt.

Menyimpan impian untuk menunaikan umrah & haji. Apa usaha yang sudah dibuat?
-doa? jauh sekali..
-kumpul duit? tunggu duit gaji..
-latih stamina? dalam mimpi..

Mulut je kata rindu tapi..apa pun tak buat! Ingat, senang-senang ke Allah nak JEMPUT orang tak bersungguh ni..!

20131005

Fasiihah Zdhulhijjah

Assalamualaikum wbt. 


Feel blessed on 1 zulhijjah :') 
Thank you mak for giving birth. 
Thank you ayah for being happy on my birth.


For more informations about Zulhijjah month, kindly click :