20131015

Gediks yang bukan gedik sebenarnya

Assalamualaikum wbt.

"Tolong jangan gedik dengan budak lelaki/muslimin kat group batch kita tu.."

Tegur seorang "muslimah". Hurmm. Tapi saya rasa dia tu wakil muslimat yang lain. Pernah alami macam ni? Oh.. tak? Untung laa. Seha pernah dapat kertas layang.. dan cakap belakang pun ada. Sedih.

Pertamanya, Seha sendiri pernah tanya dekat beberapa muslimin dan muslimat pasal kegedikan yang diperkatakan tu. Mereka jawab, "tak laa Seha. Mungkin diaorang cakap macam tu sebab Seha selalu jadi penghubung atau orang tengah antara muslimin dan muslimat. Kalau ada apa-apa mesej penting pasal kelas, senang bagitahu Seha dulu. Cepat respon. Seha terus sampaikan dekat diaorang. Lagi satu, kalau minta pendapat.. kepala Seha tu fikir simple macam lelaki". Itu apa yang diaorang cakap. Tak tahulah kalau setakat nak jaga hati, kan? 

Keduanya, kalau Muslimat respon mesej Seha dekat group tu dengan lebih laju & cepat berbanding Muslimin, Seha memang layan Muslimat dulu la. Ingat Seha kemaruk ke perhatian lelaki? Cukuplah ada ayah, 2 abang, 2 adik lelaki dekat rumah. Bila tanya pendapat atau bagi idea, senyap membatu pula.

Ketiganya, Seha reply mesej dekat group tu pun takde la guna : 
 - hi..hi..hi.. 
 - hukhuk..
 - :)
 - :')
dan sama waktu dengannya. Hurrmm. Kalau guna "benda bajet comel" ni, takde pula yang nak kata gedik. Kalau dekat whatsapp tu favourite icon Seha, tak lain dan tak bukan smiley smirk & tumbuk. Tapi risau juga. Kena elakkan benda-benda gini. Seeloknya guna bahasa formal. Taip pun penuh bukan singkatan. 

Keempat, kawan sekolah dan family pun tahu yang Seha ni GEDIKS. Bukan GEDIK. Ada beza! Kalau tak faham beza dua perkataan ni.. tak payah la bising cakap Seha gedik! Kakak-kakak ku, Rihab, Yan, Nisa, Sittul, Teha, Tain, Aina !! Need your hugs!! Y_Y

No comments:

Post a Comment