20131127

Adab ketika PRK, PRU . Luar musim pun boleh.


Assalamualaikum wbt.
Untuk SEMUA. Mohon BACA SAMPAI PENGHUJUNGNYA.
Fahami dan Hayati apa Allah cakap dalam surah Al-Hujuraat, terutama ayat 6-15.
"Wahai orang-orang yang beriman! jika seseorang fasik datang kepadamu MEMBAWA SUATU BERITA, MAKA TELITILAH KBENARANNYA, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum, kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan tersebut" [49:6]
 
 
" Dan apabila ADA DUA GOLONGAN MUKMI BERPERANG, maka DAMAIKANLAH ANTARA KEDUANYA. Jika salah satu daripada keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah yang bebrbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil" [49:9]
 
"Wahai orang-orang yang beriman! JANGANLAH SUATU KAUM MENGOLOK-NGOLOK KAUM YANG LAIN, kerana boleh jadi mereaka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-ngolok)..." [49:11]
 
"JANGANLAH KAMU SALING MENCELA SATU SAMA LAIN, dan JANGANLAH SALING MEMANGGIL DENGAN GELARAN YANG BURUK.." [49:11]
 
"Wahai orang-orang yang beriman! JAUHILAH BANYAK DARI PRASANGKA. sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN JANGANLAH ADA DI ANTARA KAMU YANG MENGGUNJING (MENGUMPAT) YANG LAIN. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.." [49:12]
 
"Sesungguhnya ORANG-ORANG MUKMIN YANG SEBENARNYA ADALAH MEREKA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA, kemudian tidak ragu-ragu, dan MEREKA BERJIHAD DENGAN HARTA DAN JIWANYA DI JALAN ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang benar." [49:15]
 
 
Ini Manual Allah. Kenapa tak nak ikut?

Kena sangat dengan suasana Pilihanraya Kampus Universiti Malaya.

Esok, bersedia!

20131125

Jelir lidah, I Hate You !


Assalamualaikum wbt.
Sedih. Mula-mula dah emo. Ini memang post emo. Sangat.


Dalam kelas, lebih spesifik kelas bahasa arab. Setiap seorang kena 'irob perkataan yang ustaz bagi beserta wazan dan asal maddah. Waktu 'irob okay, waktu wazan............ ARGGHHHH! HATE ME! Lepas sebut wazan, seha JELIR LIDAH dan GIGIT. Sedih. S A N G A T  S E D I H. Kenapa seha buat macam tu? Bila ustaz tegur (in positive way) kenapa jelir lidah, baru seha sedar.. yang selama ni, seha akan jelir lidah dan gigit lidah tu bila was-was a.k.a tak sure nak bagi jawapan atau penerangan (presentation).

Hari ini dah masuk kali kedua ustaz tegur dan tanya kenapa. Seha sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Satu kelas gelak tu, biasalah. Hurmm.

Saya tak marah dengan kawan sekelas tapi marah dengan diri sendiri. KENAPA KAU TAK BOLEH CONTROL LIDAH TU SEHA? :'( Allah..

Allah.. Betapa berusahanya seha nak ubah tabiat tu. Seha pernah test depan cermin, bila salah seha letak tangan dekat mulut. Menjadi. Tapi.. bila waktu berdiri dekat depan.. hilang dah semua latihan yang seha buat tu. Y_Y Seha pernah jugak tampar pipi atau mulut disebabkan tabiat ni. Seha dah search sikit pasal jelir lidah ni.. semuanya cerita pasal baby. Baby je yang suka jelir lidah ni. :'( Sedih. Seha bukan baby. Baby nampaklah kiutnya bila dia jelir lidah, bila orang dah tua bangka ni buat....???? Silang malaikat empatpuluhempat! Sebelum pergi kelas seha akan cakap dekat diri, " tak moh jelir lidah tau.. buruk.. kalau kau jelir jugak..tengoklah nanti"

Lepas kelas Bahasa Arab tadi, terus nangis. Pedih bila tak dapat kotakan janji pada diri. Rasa macam LOSER dan TAK GUNA. Benda kecil pun tak dapat handle.

Allah, tolong seha..bantu seha..

Pstt : Ini salah satu sebab kenapa seha tak suka bentang dekat depan dan selalu offer diri untuk buat slide. :'(

20131106

Boleh kahwin dah kakak nisa ni..

Assalamualaikum wbt.
Yaaa! Macam biasa.. DOODLE!!! Cuba teka, kali ni seha guna apa? hoho. MICROSOFT EXCEL:') Serius, best! Tak leceh macam photshop. Betul la kata orang, makin canggih teknologi makin complicated.
 
Bukti!!!!
 
Sebenarnya seha doodle sebagai hadiah belated birthday kawan seha a.k.a kakak ku, KHAIRUNNISA KAMARUDIN ^_^ Memang teringat kat dia. Btw, Kaklong (Rihab), minta maaf ye.. hari tu tak cantik.. sebab guna photoshop Y.Y Lain kali kita buat elok-elok tau!

Psst : Sesiapa nak demand doodle, boleh la PM seha.. HAHA. Macam apa jee -,-"

 

20131104

ARTist

Assalamualaikum wbt.

Seni bukanlah semata-mata bergantung pada bakat seseorang tapi ia sesuatu yang boleh dipelajari dan ianya memakan MASA. Korang tahu tak, orang seni ni ada beberapa pantang larang dia. Uishh! Diaorang memang cukup berasap bila :
  •  Ada campurtangan pihak kedua, ketiga, keempat, kelima, dan ke yang seterusnya.  Bila kerja (lukis, edit, kraf & lain-lain) yang sepatutnya dia buat, tapi dibahagi- 
     bahagikan. Sedih tahuuuu! Y.Y 
  •  Orang bukan seni atau senang cakap berlagak macam celik seni komen/kritik hasil  seni dia. Ini bukan sedih, tapi meluat plus BAJEEET!
  •  Diberi arahan cepat-cepat siap or kena buat itu ini. Orang tu belajar berpuluh tahun  bukan sehari dua. Cuba kau yang buat? Mahu terkial-kial. Gaya cakap macam dah  expert dah.. tapi hampeh! Jangan berani2 nak suruh dia buat macam kau suruh. "Nanti  letak wording dia macam ni.. Warna dia pulak kena macam ni..Haa, font dia pulak.."  Mahu makan kaki ka? Tak salah letak due date, tapi biarlah berpada dengan kerja  yang diberi.





Agak-agak, kenapa orang belajar dan buat seni? Mestilah sebab KEBEBASAN! Jadinya, berikan mereka kebebasan untuk terbang dengan sayap masing-masing. Sekian..