20131104

ARTist

Assalamualaikum wbt.

Seni bukanlah semata-mata bergantung pada bakat seseorang tapi ia sesuatu yang boleh dipelajari dan ianya memakan MASA. Korang tahu tak, orang seni ni ada beberapa pantang larang dia. Uishh! Diaorang memang cukup berasap bila :
  •  Ada campurtangan pihak kedua, ketiga, keempat, kelima, dan ke yang seterusnya.  Bila kerja (lukis, edit, kraf & lain-lain) yang sepatutnya dia buat, tapi dibahagi- 
     bahagikan. Sedih tahuuuu! Y.Y 
  •  Orang bukan seni atau senang cakap berlagak macam celik seni komen/kritik hasil  seni dia. Ini bukan sedih, tapi meluat plus BAJEEET!
  •  Diberi arahan cepat-cepat siap or kena buat itu ini. Orang tu belajar berpuluh tahun  bukan sehari dua. Cuba kau yang buat? Mahu terkial-kial. Gaya cakap macam dah  expert dah.. tapi hampeh! Jangan berani2 nak suruh dia buat macam kau suruh. "Nanti  letak wording dia macam ni.. Warna dia pulak kena macam ni..Haa, font dia pulak.."  Mahu makan kaki ka? Tak salah letak due date, tapi biarlah berpada dengan kerja  yang diberi.





Agak-agak, kenapa orang belajar dan buat seni? Mestilah sebab KEBEBASAN! Jadinya, berikan mereka kebebasan untuk terbang dengan sayap masing-masing. Sekian..

No comments:

Post a Comment