20140124

Belangkasku, Teha


Assalamualaikum wbt.
Selamat Pagi Sabtu :) ? Mohon tengok jam. Kali ni pun nak cerita pasal 'calon menantu' yang seterusnya. Tak lain dan tak bukan.... NURFATIHAH BT AZIS. Rasa semacam je bila taip pasal budak ni. Mata ni.. *kesat mata* 

Dia lahir 11 September. Senang nak ingat kan? Oh, sebelum terlupa.. nahh! hadiah.

Teha ! Dia. Bukan saya. Saya Seha. Teha, cer teka gambar mana yang kita cilok ni? ngeee~

Antara ciri-ciri 'calon menantu' yang ada pada dia :
# pandai masak dan buat kerja rumah. (tapi.. kita tak pernah rasa masakan awak)
# kakak yang sangat bertanggungjawab (anak sulung lah katakannn)
# pandai ambil hati orang (curi hati orang pun pandai :P )
# pendebat yang hebat (cita-cita awak nak jadi lawyer kan? SESUAI sangat)
# puitis (kita selalu pelik bila tengok karangan awak. Macamana dia boleh tulis panjang-panjang. Banyaknya isi..)
# caring (ingat lagi awak jaga kita, masa kita demam panas dekat sekolah)
# manja (serius ! awak sebenarnya seorang yang manja teha)
# supportive.

dan banyakkkkk lagi. 

Teha, i really miss you so much. Ingat lagi, ada sekali tu Nisa tanya.. "Teha macam mana Seha? Dia tak join kita eh esok..?"  Terus kita nangis. Betapa lama tak jumpa dan nak sangat jumpa awak, tapi ayah awak tak bagi. Takpe, kita faham. Anak sulung memang kena gitu. Peristiwa kita bangun dan tengking Syamir dalam kelas sebab dia ejek awak tu, memang melekat dalam kepala kita. Sampai sekarang, kita tak dapat terima yang kita buat macam tu. HAHA. Padan muka dia! Teha, sorry sangat-sangat sebab tak selalu mesej awak, call awak.. tapi kita selaluuu ingat kat awak. Bila ada orang buat kita nangis je, mesti teringat dekat awak. Rindu! Okay, tak mampu nak taip lagi. 

20140122

Too late, huh?

Assalamualaikum wbt.
Tujuh Disember. Birthday Sittul Mulk! Tahu..tahuuu.. lambat sangat.. :'( Tak kira, nak jugak bagi hadiah yang tak seberapa ni.

Sittul, cuba teka. Kita amek gambar yang mana? ngeh3.. kalau betul, dapat... TAHNIAH. haha. Btw, sorry sittul sebab tak cantik. Kita tengah try main shadow dekat photoshop ni. Y_Y


Sittul Mulk. Unik kan nama dia? First time dengar seumur hidup. Dulu-dulu, kiteorang suka tanya apa maksud nama awak? Ambil dari nama siapa? Dia geram, sampai bawa keratan akhbar pasal "SITTUL MULK". Haha. Barulah kiteorang tahu yang nama dia diambil sempena nama seorang ahli politik yang hebat. er.. betulkan sittul? 

Budak ni bagus. Boleh buat calon menantu sebab :
# sangatlah boleh dipercayai dalam bab-bab simpan rahsia. (rahsia suami kan tak elok diceritakan)
# dia power maths ! (untuk belanja barang dapur.. dia boleh congak-congak)
# tak pernah lupa birthday Seha dan kawan2 yang lain. (romantik gittew~)
# alim. (masa form 2, dia dapat gelaran ni. Form lain tak tahu laa.. HAHA)
# suka sangat menolong orang lain. (bab teman-temankan orang, memang dia menang)
# pet lover. (sangattt !  Dulu, dia nak jadi Dr. Vet)
# pendengar yang baik. (she will lend her shoulder and ears for you!)
# susah nak marah. 

Banyak lagi.. Tapi satu je dia failed.. MASAK! HAHA. Kan Sittul? 

Apa-apa pun, 
SITTUL MULK, I LOVE YOU FILLAH! Awak jangan bagi muka sangat dekat orang. Kalau tak suka, awak cakap tak suka. Tegakkan pendirian awak. Ingat, cakap tu biar ringkas, padat, tepat. Jangan panjang-panjang tau?! Kan kita dah ajar.. Awak jaga diri baik-baik. Kita sayang awak ! 

20140121

RE: Hukum memakai jam tangan ketika dalam solat


Assalamualaikum wbt.
Betul. Manusia ni kerjanya menghukum bukan mengajak dan mengajar. Seperti yang semua sedia maklum, video "Hukum memakai jam ketika dalam solat" oleh Nissa Rahman telah viral untuk permulaan 2014 ni. Saya lebih tertarik kepada komen-komen yang yang diberikan di youtube dan facebook berbanding video itu sendiri.

Dek, you are confusing more people who already confused. My advice is, please DELETE this video before it goes viral.

Kene cari ilmu lagi adik ni..

Please delete this video

Please delete this video. It's confusing and not accurate.

Ya.. macam-macam lagi komen dekat youtube tu. Dekat facebook tak payah cerita lah. Lagi teruk ! Tak bertamadun pun ada. 

Point saya dekat sini. Kalau nak minta delete video tu, tolong kemukakan hujah kenapa perlu delete? Tunjukkan atau bagitahu mana yang salah.. instead of cakap budak ni bajet ustazah, mengaji tak cukup dan lain-lain. Awak ingat dia akan sedar ke kalau tak bagitahu? Contohnya macam ni : 

Abu (12 tahun) cuba menghisap rokok. Abang, kakaknya sibuk melarang Abu, supaya berhenti menghisap rokok. Abu tanya, kenapa tak boleh? Apa yang salah? Abang, kakaknya masih cakap tak boleh.. haram..tanpa beritahu mengenai dalil, ijma' ulama, kajian saintifik, dan analogi atau pandangan mereka sendiri.

Okay, sambung cerita video hukum pakai jam ni. Saya puji tindakan "orang-orang terpencil" yang beri hujah dari sudut agama dan sains. Orang-orang seperti ini sememangya susah nak jumpa di 'zaman menghukum'. Susah nak tukar cara berfikir dan kelaziman orang yang bajet hebat ilmu agama, tahu serba-serbi, 'aku sahaja betul'.
Cakap banyak pun tak guna. Ini respons saya.

"Adik, macam mana pulak kalau guna syampu? sabun? lepas tu kita solat. Syampu, sabun tu lagi dahsyat bahan-bahan dan kesan penggunaannya. "

Kita perlu lebih teladani cara Nabi, Sahabat, Ulama' mendidik dan berselisih pendapat. Banding dengan kita.. Malu !