20140121

RE: Hukum memakai jam tangan ketika dalam solat


Assalamualaikum wbt.
Betul. Manusia ni kerjanya menghukum bukan mengajak dan mengajar. Seperti yang semua sedia maklum, video "Hukum memakai jam ketika dalam solat" oleh Nissa Rahman telah viral untuk permulaan 2014 ni. Saya lebih tertarik kepada komen-komen yang yang diberikan di youtube dan facebook berbanding video itu sendiri.

Dek, you are confusing more people who already confused. My advice is, please DELETE this video before it goes viral.

Kene cari ilmu lagi adik ni..

Please delete this video

Please delete this video. It's confusing and not accurate.

Ya.. macam-macam lagi komen dekat youtube tu. Dekat facebook tak payah cerita lah. Lagi teruk ! Tak bertamadun pun ada. 

Point saya dekat sini. Kalau nak minta delete video tu, tolong kemukakan hujah kenapa perlu delete? Tunjukkan atau bagitahu mana yang salah.. instead of cakap budak ni bajet ustazah, mengaji tak cukup dan lain-lain. Awak ingat dia akan sedar ke kalau tak bagitahu? Contohnya macam ni : 

Abu (12 tahun) cuba menghisap rokok. Abang, kakaknya sibuk melarang Abu, supaya berhenti menghisap rokok. Abu tanya, kenapa tak boleh? Apa yang salah? Abang, kakaknya masih cakap tak boleh.. haram..tanpa beritahu mengenai dalil, ijma' ulama, kajian saintifik, dan analogi atau pandangan mereka sendiri.

Okay, sambung cerita video hukum pakai jam ni. Saya puji tindakan "orang-orang terpencil" yang beri hujah dari sudut agama dan sains. Orang-orang seperti ini sememangya susah nak jumpa di 'zaman menghukum'. Susah nak tukar cara berfikir dan kelaziman orang yang bajet hebat ilmu agama, tahu serba-serbi, 'aku sahaja betul'.
Cakap banyak pun tak guna. Ini respons saya.

"Adik, macam mana pulak kalau guna syampu? sabun? lepas tu kita solat. Syampu, sabun tu lagi dahsyat bahan-bahan dan kesan penggunaannya. "

Kita perlu lebih teladani cara Nabi, Sahabat, Ulama' mendidik dan berselisih pendapat. Banding dengan kita.. Malu !



No comments:

Post a Comment