20140530

I'm sorry..


Assalamualaikum wbt.
Habis dah kuliah for this semester. Tak boleh nak happy. Dapat dua berita sedih dan satu berita menyedihkan.


1. Mak sakit kepala. Patut la call tak angkat-angkat. Risau sangat bila mak sakit kepala sebab mak susah nak sakit. Kalau dah sakit tu, maknanya betul-betuuuuuuul sakit. Teringat dulu, mak pernah pengsan dekat pejabat sebab kuat sangat bekerja. Dan masa tu baru Seha sedar yang Allah baruuu tarik sikit 'nikmat ada Mak'. Memang tak jadi buat kerja. Nangis sahaja. Tapi sungguh, Seha bersyukur sangat sebab Allah selalu bagi Seha instinct tentang mak ayah. Mak, seha minta maaf. Mak jangan sakit ye. Seha tak tahu nak cerita pasal hari-hari seha dengan siapa lagi kalau mak sakit.

BFF, minta maaf. Tak dapat datang rumah esok. Mak Seha tak sihat.

2.  Hari ni juga dapat tahu yang kak Anis, adik kak Mimi yang jaga nursery sama-sama dulu tu dah takde. Allah. Syahdu hati ni, Allah sahajalah yang tahu. Rasa diri ni teruk sangat sebab 3 bulan kemudian baru tahu pasal ni. Jahat aku ni. Walaupun jarak umur kiteorang jauh berbeza, Seha still boleh 'masuk air' dengan dua-dua kakak ni. Dua-dua baik. Innalillahi wainna Ilaihi raji'un. Kak Anis, moga kau lebih tenang di sana. Al-Fatihah.

How should I respond to this?
3. Telefon rosak. Seha memang tak suka pegang handset. FasiihahJasni memang terkenal dengan lambat membalas mesej orang. Especially masa cuti. Dua tiga hari baru reply. Kalau sebelum cuti topup tinggal seringgit, makanya sampai habis cuti pon macam tu jugak. Tak berganjak. Tapi hari ni Allah ajar seha satu 'nikmat telefon'. Susahnya tak boleh call, mesej. Macam tu la orang yang mesej, call seha rasa ye dak? Minta maaf pada yang pernah terasa. Kalau nak seha reply cepat , mesej/call lepas subuh. Pukul 6.30-7.00 pagi. Sebab lepas tu Seha memang tak duduk dengan handset. Maaf sekali lagi.

Tiada lagi ucapan
Hanya MAAF mampu pohonkan. 
TERIMA KASIH aku pada Tuhan
Atas 3 nikmat ujian

No comments:

Post a Comment