20140618

Terlebih advance ni


Assalamualaikum wbt.





S U P R I S E !!!!!! 

Bungkusan di pagi hari :') Seha ingat untuk Siti 'si jari kelingking'



T E R I M A K A S I H, J A R I K E L I N G K I N G K U :')

Macam.ni seha senyum >_<
Okay, semangat baca buku.

20140617

Kuseru pada diri..

Assalamualaikum wbt.


Selamat hari jadi, kawan.

Maafkanlah dari hati
Kalau mulut masih mencaci
Itu maknanya maaf di celah gigi
Moga kau mengerti
Tiada siapa yang pinta jadi begini
'Tragedi' yang tidak ingin diulangi
Kau, aku juga hamba abdi
Pada Sang Pencipta yang Abadi
Kita takkan pernah sunyi
Dari dosa yang menggunung tinggi
Siapalah kita untuk mengadili, menghakimi
Sedangkan kita bukan Ilahi
Ampunkanlah dari hati
Sekali lagi aku mohon kau fahami.

20140615

Hilangkanlah


Quote tu takde kena mengena dengan situasi post ni. Jam pukul 3.12 pagi. Ya, PAGI ! Kepala berdenyut gedik-gedik. Tak boleh tidur. Minyak angin cap kapak, minyak panas warna hijau ada muka makcik tua, balm si harimau.. semua takde. Bersujud dah. Berguling dah. Basuh kepala dah. Sapu air,selawat dah. Entah. Tak tahu kenapa. Study kuat sangat? Itu bukan seha. 

Apa yang kepala ni runsing sebenarnya?
Tadah tangan, "Allah. Ampunkanlah dan hilangkanlah".

20140614

Ambil, lari!


Roti reben tanda keluar malam

Assalamualaikum wbt.
Lepas post yang tadi, teringat pasal 'keluar malam'. Korang pernah keluar malam? Dengan kawan-kawan? Seha tak pernah. Sadis kan? Kalau keluar malam-malam mesti dengan mak ke.. ayah ke.. kakngah ke.. yang pasti, mesti dengan family. 

Bila cerita benda 'keluar malam' ni dekat 'orang luar' = kawan bukan dari KL, diaorang respon: 
"SERIUS SEHA TAK PERNAH KELUAR MALAM DENGAN KAWAN-KAWAN DEKAT KL NI?"
Muka seha muka main-main kott. -,-"
Seriuslah..
"Apalah seha.. nama je orang KL, tapi  tak pernah keluar malam dengan kawan."
Hurm. Nak tanya. Banggakah korang bila korang dapat keluar malam dengan kawan-kawan?

Itu cerita dulu. Seha telah memecahkan rekod 'keluar malam dengan kawan' pada hari sabtu, 31 Mei 2014. *gosok-gosok bahu* Itu pun sebab hantar RA, BFF( BestFriendFasiihah) dekat KL Sentral. Sementara nak tunggu masuk waktu maghrib, berjalan dekat kedai-kedai bawah tu. Azan,.pergi solat. Lepas tu, BFF ajak makan........ 'roti reben'? Seha tak tahu nama dia. Cicah coklat. SEDAP!  Tumpang makan dekat McD. Bertolak balik rumah pukul 830 M A L A M.

On the way balik, tengok handset. Berduyun missed call kakngah, mak.. Ya Allah. Dalam hati, "mesti diaorang risau aku tak balik-balik lagi ni"

Sampai rumah, semua duk tanya. 'Seha ko pergi mana wey? Aku call pun tak angkat', 'seha pergi mana lepas hantar kawan tadi? Mak call tak angkat. Risau mak'

Dan itulah kesimpulannya. RISAU. ORANG RISAU KAU KELUAR MALAM SEHA. 

Psst: Bila cerita dengan JD ( BFF seha jugak), dia kata "Baguslah.. Malam-malam duduk rumah".

Bukti keluar malam dan cincin seringgit yang dibeli. Gambar makan ' roti reben' pun ada, tapi too cute to share la.. cuteness overloadsss. HAHA. Kan Bff RA?





"Seha ada masalah ke?"

Assalamualaikum wbt.
Hari ni lepas dah exam Fiqh Ibadat. Susah? Biasa laa.. orang tak kuat study macam seha ni. Itulah hasilnya. Tapi sikit tak rasa rugi benda yang kita duk hafal tu, tak keluar. Sebab.. macam yang ayah seha selalu tanya : Seha baca buku kenapa? Tepuk dada tanya iman. 

And btw, seha baru perasan. Seha dah tak bahasakan diri 'saya' lagi dekat blog ni. Kan? Kan? Kan? Dah terbiasa kot. Budak kelas siap "ber-ana-enti" dengan seha. Dan fasiihahjasni biasa la, muka tak malu. Slumber je guna seha-nama orang tu dan kadang-kadang tu terkeluar 'kau'. Okay, adik nak jemput dari kolej ni. Papai! Sampai rumah seha sambung.

Okay.. seha tak jadi balik rumah :'( Sebenarnya takde benda pun nak cerita. Tapi nak dijadikan cerita juga, lepas balik balik dari cuti study week, Mazidah a.k.a kaklong seha yang ke berapa dah..datang bilik dan terus pegang lengan seha dan berkata:
"Seha bakpo mace kuruh?" 
      Translation: Seha kenapa macam kurus?

Okay, bila orang cakap macam ni, seha dapat hadam dah.. 'sebelum ni kau gemuk'.

Sebelum pergi exam hall, seorang lagi tegur :
"Seha.. Seha tak makan ke? Diet? Nampak pipi cengkung. Seha sakit?"
Ahh.. sudah..bila masa pula sakitnya. Ni perli ke betul-betul?

Balik dari exam, dapat satu whatsapp dari kawan:
"Seha.. seha ada masalah ke?"
"Masalah? Selaluuuu ada masalah. Kah3. (Letak gambar peace)"
"Betul ke takde masalah? Seha okay?"
"Kenapa tanya macam tu?"
 "Takde la.. tengok muka seha macam orang sakit sebab ada masalah."
Dan sekarang, mana seha nak cekau masalah supaya ada masalah?

Malam, pergi bilik kawan, Asiah. Saja temankan sebab dia tidur sorang-sorang dekat bilik. Roommate semua takde. Lagipun, dah lama tak menginap dekat 'chalet C308'. Time buat PBL Dr. Ananda Kumar a/l Palaniapan dulu, hampir setiap minggu menginap 'chalet' dia. Lupa nak cakap. TERIMA KASIH!

-dan fasiihahjasni telah melalut jauh-

Sambung cerita kurus, sakit tadi. Seha tanya Asiah:
"Asiah. Asiah tengok seha, macam orang sakit ke? Tak pun muka orang ada masalah?"
"Hurmm. A ah. Seha baru lepas nangis ke? Mata bengkak.."
Dan seha rasa, seha memang kena cari satu masalah supaya bila orang tanya, "seha ada masalah ke?", tak la seha terpinga-pinga sambil cuba flashback apa yang berlaku semalam, kelmarin, minggu lepas, dua minggu lepas.......lepas....lepas...

Last.
SEHA NI MACAM ORANG SAKIT KE? MUKA ORANG ADA MASALAH KE?

 
 



20140607

SMS Ayah :3

Ayah saja nak perli seha. Ketukkkk kangg:3 Siapa2 yang faham mesej ayah seha ni, kompem dia kenal. yah seha macam mana. Kalau tak faham.. tak payah faham punnn. I just wanna share the power of 'ayah and anakmanja' love. amazing, huh? andd I would like to remind you, this is my blog :) kenapa aku tetiba cakap omputih ni?gilak!


Psst: Memandangkan seha asyik cerita pasal family, rasanya blog ni boleh tukar kepada "diary family UncleJas". Hehe. Seha sukaaaa bila ayah & family baca blog. Benda tak terluah di mulut, termuntah dekat sini. 

Dating dengan Ayah :')

Assalamualaikum wbt.
Happy saturdayyyy!

Hari ni pergi walimah "kakak dr." , kak pqa :) senior um. Kenal kakak Dr.ni masa interaksi PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya). Serius seha cakap, seha kagum dengan kakak Dr. ni!  I asked her : Kak pqa, kenapa still join this volunteer programme? Akak dah la budak medic.. mesti bz.. asyik examm je..nak study lagi. Ni final year akak kan? Slumber je kakak Dr. ni jawab,"sebab akak rasa macam kosong. Tambah2 final year ni. I felt like..i must give something..before I grad from UM. Sebab tu akak join. Tapi...itulah.. menyesal sebab dah final year baru terfikir." MasyaAllah! 

TO MY DEAREST KAKAK DR.
I'm soooo glad to meet you, to know you, and so many more "to..". Akak, saya jeles okay.. akak dah la budak medic, tapi pandai jahit2. Veryyyyy creative! Akak, i'll always be silentreader of your blog. So, keep updating.. jangan dating je..hehe. Akak, I love your smile :) very the ikhlas!! and not forget, your perangai gila-gila & your gigglesssssss too:P Thank you for everything. Hope your marriage full with barakah,sakinah,mawaddah and rahmah. I'm really happy for both of you. (Sebenarnya, time akak tunang tu saya dah nangis dah.. tup2 akak jemput walimah..lagi nangis!) Till we meet again my Kakak Dr. 

Pstt: Kalau rindu spaghetti saya tengah2 malam, masak sendiri!! Haha

Don't worry Kakak Dr.Tak gemuk ponnngg. G O J E S, OKAY

Ini sedih. Sebab tetamu mengalahkan pengantin. Berdiri tu depan gila sampai tenggelam pengantin. SORRY kakak Dr:'( adik yang tolong tangkap gambar pon tak habaq.."er..kawan pengantin..tolong belakang sikit. AWAK BLOCKING PENGANTIN,OKAY?" And againnn, shawl itu yang digunanya. Nak buat macamana, itu jela satu-satunya shawl yang seha ada. Lainlah kalau ada yang nak bagi~ *kuis-kuis pasir* and for your information, shawl tak gosok, jubah tak gosok! Hee~ 

AND..THE HERO OF THE DAY MY ENTIRE LIFE..

Encik Jasni bin Shamaruddin. Ayah. THANK YOU sebab sudi teman dating, gi orang kawen dengan sehaaaa.. Thank you sebab ayah tunggu seha tadi. Soryyyyyy sangat2. Seha buat ayah menunggu. Seha tau ayah pantang menunggu. Seha ingatkan tak jadi pergi dah sebab kakngah kata taknak singgah. Dia nak terus gi pergi rumah dia. Thank you sebab berpanas demi anak pompuan ayah yang sorang ni. Ayah, thankkk youuuuuuuuuu! :')

Ayah, SEHA LEPIUUUUUUUUUUUUUUU♥