20140614

Roti reben tanda keluar malam

Assalamualaikum wbt.
Lepas post yang tadi, teringat pasal 'keluar malam'. Korang pernah keluar malam? Dengan kawan-kawan? Seha tak pernah. Sadis kan? Kalau keluar malam-malam mesti dengan mak ke.. ayah ke.. kakngah ke.. yang pasti, mesti dengan family. 

Bila cerita benda 'keluar malam' ni dekat 'orang luar' = kawan bukan dari KL, diaorang respon: 
"SERIUS SEHA TAK PERNAH KELUAR MALAM DENGAN KAWAN-KAWAN DEKAT KL NI?"
Muka seha muka main-main kott. -,-"
Seriuslah..
"Apalah seha.. nama je orang KL, tapi  tak pernah keluar malam dengan kawan."
Hurm. Nak tanya. Banggakah korang bila korang dapat keluar malam dengan kawan-kawan?

Itu cerita dulu. Seha telah memecahkan rekod 'keluar malam dengan kawan' pada hari sabtu, 31 Mei 2014. *gosok-gosok bahu* Itu pun sebab hantar RA, BFF( BestFriendFasiihah) dekat KL Sentral. Sementara nak tunggu masuk waktu maghrib, berjalan dekat kedai-kedai bawah tu. Azan,.pergi solat. Lepas tu, BFF ajak makan........ 'roti reben'? Seha tak tahu nama dia. Cicah coklat. SEDAP!  Tumpang makan dekat McD. Bertolak balik rumah pukul 830 M A L A M.

On the way balik, tengok handset. Berduyun missed call kakngah, mak.. Ya Allah. Dalam hati, "mesti diaorang risau aku tak balik-balik lagi ni"

Sampai rumah, semua duk tanya. 'Seha ko pergi mana wey? Aku call pun tak angkat', 'seha pergi mana lepas hantar kawan tadi? Mak call tak angkat. Risau mak'

Dan itulah kesimpulannya. RISAU. ORANG RISAU KAU KELUAR MALAM SEHA. 

Psst: Bila cerita dengan JD ( BFF seha jugak), dia kata "Baguslah.. Malam-malam duduk rumah".

Bukti keluar malam dan cincin seringgit yang dibeli. Gambar makan ' roti reben' pun ada, tapi too cute to share la.. cuteness overloadsss. HAHA. Kan Bff RA?





No comments:

Post a Comment