20140614

"Seha ada masalah ke?"

Assalamualaikum wbt.
Hari ni lepas dah exam Fiqh Ibadat. Susah? Biasa laa.. orang tak kuat study macam seha ni. Itulah hasilnya. Tapi sikit tak rasa rugi benda yang kita duk hafal tu, tak keluar. Sebab.. macam yang ayah seha selalu tanya : Seha baca buku kenapa? Tepuk dada tanya iman. 

And btw, seha baru perasan. Seha dah tak bahasakan diri 'saya' lagi dekat blog ni. Kan? Kan? Kan? Dah terbiasa kot. Budak kelas siap "ber-ana-enti" dengan seha. Dan fasiihahjasni biasa la, muka tak malu. Slumber je guna seha-nama orang tu dan kadang-kadang tu terkeluar 'kau'. Okay, adik nak jemput dari kolej ni. Papai! Sampai rumah seha sambung.

Okay.. seha tak jadi balik rumah :'( Sebenarnya takde benda pun nak cerita. Tapi nak dijadikan cerita juga, lepas balik balik dari cuti study week, Mazidah a.k.a kaklong seha yang ke berapa dah..datang bilik dan terus pegang lengan seha dan berkata:
"Seha bakpo mace kuruh?" 
      Translation: Seha kenapa macam kurus?

Okay, bila orang cakap macam ni, seha dapat hadam dah.. 'sebelum ni kau gemuk'.

Sebelum pergi exam hall, seorang lagi tegur :
"Seha.. Seha tak makan ke? Diet? Nampak pipi cengkung. Seha sakit?"
Ahh.. sudah..bila masa pula sakitnya. Ni perli ke betul-betul?

Balik dari exam, dapat satu whatsapp dari kawan:
"Seha.. seha ada masalah ke?"
"Masalah? Selaluuuu ada masalah. Kah3. (Letak gambar peace)"
"Betul ke takde masalah? Seha okay?"
"Kenapa tanya macam tu?"
 "Takde la.. tengok muka seha macam orang sakit sebab ada masalah."
Dan sekarang, mana seha nak cekau masalah supaya ada masalah?

Malam, pergi bilik kawan, Asiah. Saja temankan sebab dia tidur sorang-sorang dekat bilik. Roommate semua takde. Lagipun, dah lama tak menginap dekat 'chalet C308'. Time buat PBL Dr. Ananda Kumar a/l Palaniapan dulu, hampir setiap minggu menginap 'chalet' dia. Lupa nak cakap. TERIMA KASIH!

-dan fasiihahjasni telah melalut jauh-

Sambung cerita kurus, sakit tadi. Seha tanya Asiah:
"Asiah. Asiah tengok seha, macam orang sakit ke? Tak pun muka orang ada masalah?"
"Hurmm. A ah. Seha baru lepas nangis ke? Mata bengkak.."
Dan seha rasa, seha memang kena cari satu masalah supaya bila orang tanya, "seha ada masalah ke?", tak la seha terpinga-pinga sambil cuba flashback apa yang berlaku semalam, kelmarin, minggu lepas, dua minggu lepas.......lepas....lepas...

Last.
SEHA NI MACAM ORANG SAKIT KE? MUKA ORANG ADA MASALAH KE?

 
 



No comments:

Post a Comment