20151016

Puisi yang basi

Assalamualaikum wbt.


Tajuk : Kenapa?

Tuhan
Betapa dahsyatnya ujian
Atas diri yang serba kekurangan


Tuhan
Apakah itu petanda takat iman
Hanya seperti cebisan makanan?


Tuhan
Acapkali 'mengapa' menjadi zikir di lisan
Ketika sendirian
Mahupun di dalam keramaian

Tuhan
Sering 'kenapa' kusoalkan
Kuminta jawapan
Namun masih jua kau kosongkan

Tuhan
Kekadang aku malu sendirian
Membuat percaturan dalam kehidupan
Seolah-olah Engkaulah hamba dan aku adalah Tuan

Tuhan
Apakah masih ada ampunan
Buat hamba yang penuh kemaksiatan?

Tuhan
Sekali lagi aku jadikan Kau mainan
Meragui cinta yang penuh ketulusan
Tanpa pernah mengharap balasan

Tuhan
Walau tiada kefahaman
Selagi ada harapan
Aku kan cuba sampai Kau takdirkan
Untuk aku bertemu jawapan
Yang paling indah dari sisi-Mu, TUHAN..
saShu,11102015

No comments:

Post a Comment